Tuesday, December 31, 2013

penutup tahun 2013



salam uolls!

kalau 31/12/2012 penutupnya adalah berita gembira bakal hadirnya orang baru dalam keluarga, tahun ni 31/12/2013 aku rasa benda ni lah penutup paling penyejuk hati untuk tahun 2013 selain dari kenaikan harga segala jenis benda untuk pembuka tahun 2014 nanti termasuklah taska anak2 aku huahuahua....

Hari ni check up cik bunga 4 bulan, sedang elok sampai rumah, abang Gdex pin pin depan rumah hantar photobook dari photobook malaysia.

Terima kasih untuk servis yang baik, minggu lepas submit minggu ni dapat cun cun 31/12/2013.

Dalam photobook ni terkandung semua gambar anak-anak aku. dari abang kecik sampai 2 tahun dan gambar cik bunga dari lahir sampai 3 bulan.

mereka berdua ni lah perkara terindah dalam hidup kami sekeluarga.

kehadiran cik bunga tahun 2013 ni penambah seri lagi yang sedia ada. moga bahagia yang dipinjamkan ini milik kami hingga tua.

Meh la layan je gambar ni yer, aku malas nak buat summary tahun 2013 ni.
Yang pasti aku berdoa tahun 2014 nanti lebih baik dari tahun 2013.
buat kalian juga!










wishlist 2014
menanti kehadiran penghuni baru
dapat memiliki tempat dihuni yang baru

cukup 2 yang besar ni dulu, yang kekecik tak yah masukkan. yang kekecik tu ku simpan dalam otak ketat ketat rapat rapat :D


welcome 2014
good bye 2013



Monday, December 30, 2013

Airis si bunga cinta :: 4bulan :D



Airis bunga cinta bambam mamy dady, sekejap sangat rasa jaga sikecik ni. tau tau dah masuk 3 bulan, esok dah 4 bulan si bulat tembun sorang ni.

Alhamdulillah jaga bunga senang sangat. Paling melegakan hati bunga tak macam abang setakat ni, abang masa baby lagi dah selalu batuk demam selesema, bila anak tak sihat hati mak pak memang gundah gulana. tido tak lena, kt opis pon susah hati mengenangkan si anak. Mudah-mudahan bunga tak de asma macam abang dengan ami.

Setakat nak masuk 4 bulan ni si kecik tembun ni memang banyak mulut, membebel aje kerjanya, suka senyum, mata belum buka dia dah tersenyum-senyum bila bangun pagi. Dah mula nak meniarap, dah banyak kali jugak meniarap tapi belum betul2 pandai lagi.

Bila hari ami kerja, dia cool je.. balik school golek2 lepas rindu dulu cium ketiak ami, dalam pukul 8-8.30 dia tidur, bangun tak bangun pukul 4am nak susu.
Tapi kalau hari ami cuti, dia punya melekap...hadoiiiiii....manja sangatttt... ami nak kemas rumah nak masak pon susah. Sekejap sekejap dia nak susu, sekejap kang nak tidur tapi ami kena ada sebelah, nak baring tengok tv pon nak baring atas riba tak nak atas toto dia. cewahhhh... lepas rindu betul ni kekdahnya.

Alhamdulillah ami masih BF cik bunga lagi.. kurang meriah macam abang ezekiel, tapi alhamdulillah cukup menampung demand cik bunga.

Meh la layan gambar mek putih kata tok mi dia, sebab susah beno nak panggil airis tihani tu.. :D




abang ezekiel memang sayang adik
pantang adik muntah, cepat2 cari kain lap mulut adik. good boy.

check up 3 bulan

jalan-jalan alamanda je pon..

ketap gusi, macam orang gatal gusi je.

cik pipi geboh 



Thursday, December 26, 2013

buggy hunting



Hi uolls... tenggelam timbul dah aku ni yer. sat kang update sat kang sepi seribu bahasa.. sian blog kitew ni... ;p Moh kita story mory meh.

Masa ada anak 1 sibuk cari stroller pilihan hati,  mula2 beli yang termampu dulu, pastu baru la dapat yang menjadi pojaan hati :D
ye la, anak pertama banyak kot nak kena pakai duit, macam air turujun kot.... so beli yang biasa2 dulu, ada duit lebih baru beli yang kita nak. tak gitu.

Bila dah ada no 2 pulak, stroller 1 tak cukup okeh... bila letak adik dalam stroller, abang tengok je stroller tu. sah sah dia kenal tu dia punya.
Masa 1st time keluar nak letak adik dalam stroller, abang punya excited nak duduk dalam stroller siap dah tunggu daddy angkat, sekali tengok letak carrier adik, terpinga-pinga je dia. Masa tu aku sedih giler kott... Ya Allah kesian nye anak aku... :(

Lepas pada tu, abang sepet tau dah stroller sekarang adik yang naik, bukan dia lagi. Siap tepuk2 aku tunjuk stroller and said ' adik ami adik..' huwaaaaa..... berdouble rasa sedih. Anak ami dah besar dah pandai dah tahu...kesian sangat rasa...

So kami decide cari 1 stroller/buggy untuk abang ezekiel.. tapi takut jugak dia tak mahu..sebab dia suka sangat stroller dia tu.
Aku prefer buggy la, sebab buggy ni biasanya ringan dan sesuai letak dalam boot kereta yang comel lote macam viva iolls.. kalau kereta apak dia boleh lah, tapi kalu dah 1 buggy 1 stroller makan space jugak. Tapi paling penting 2 2 stroller boleh masuk dalam boot kereta ami dengan jayanya. :D

Antara yang menjadi pilihan hati makpak

  
mydear buggy 4 wheel RM459

buggy style ni memang ramai makpak pakai. murah, kecik, ringan dan senang nak buka tutup. pakej sangat kan. poket pon tak sesak muka pon ada sinyum... hahah
Berat : 3.85kg






Mydear Buggy 3 wheel RM359
Sama je la macam yang atas, cuma 3 wheeler and murah lagi sikit. Berat : 3.6kg



Quicksmart RM1300
Telan air liur mak incik, tersedak-sedak sampai kita tau. 
Berat : 5kg


Quinny Yezz *drooling*  RM1.5
jatuh cinta lagi
lagi lagi ku jatuh cinta
waaaaaa....ngapa lah ngko mahal sangat hoiiiiiiiii!!!
Berat 5kg

Ke empat empat jenis ni semua jenis ko boleh bawak naik flight, boleh bimbit je dengan tangan. jimat ruang kereta. Mana 1 pilihan anda??  tepuk dada sila tanya poket. 
Jap nak tepuk poket daddy ;D