Tuesday, August 18, 2009

bersama menyambut puasa

tarik tangan kamu, terbang terus ke langit bersama kamu sambil menjerit pada kamu: "engkau cukup tidak, sayang, kalau cuma yang ada cuma kita dua?"

aku jumpa quote ini dalam FB tri dari fynn.

sangat indah..terlalu indah bagi aku..aku tersentuh dengan ayat indah itu...

aku tahu dan sedar setiap hubungan pasti ada pasang dan surutnya, pasti ada badai menghempas pantai..aku tidak mengharap hubungan aku sentiasa indah cuma aku tak mahu dikotori...demand sangat ke aku??jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak,bukan takut bukan juga berani,cuma mungkin aku xcukup kuat untuk itu..jadi harus belajar menjadi kuat, beralah tak bererti kalahkan?

aku ini orangnya memang tidak memiliki sifat ayu yang pandai memujuk rayu bermaja gedik dengan kekasih hati tapi aku masih punya hati yang terlalu fragile untuk dilukai. ye aku tahu siapa saja fragile hatinya, apatah lagi hati seorang wanita.

bila hati berbicara terasa ingin mengakhiri, tapi bila akal mula bersuara aku merasakan sabar itu lebih baik dari mambuat keputusan terburu-buru.

kerana mengikut kata hati tanpa akal waras, semalam, aku menghilang. telefon tangan tertinggal dirumah, tiba waktu balik kerja kaki terus menekan pedal minyak menghala megikut arahan hati.dikental perasaan agar tidak tergugah dengan rasa kasihan pada kekasih hati, kejamkah?

waktu : 3.30 am

telefon berbunyi dalam raba tangan mencari, mata terbuka melihat nama punat hijau ditekan

" hello..baby awak pergi mana...satu P.... dady cari mamy tau..sampai hati..."

akukah yang sampai hati?hati dia pula bagaimana?
aku egokah?keras kepala?hati batu?buta hati?mati rasa?
ye dalam hati kecil aku sedih mendengar suaranya..dan juga sedih kenapa baru kini rasa takut kehilangan aku itu bertamu dihati dia.

aku dah berbaik semula dengan kekasih hati malah mahu pulang kekampung hari jumaat ini bersama2 menyambut puasa dikampung aku..tapi rasa palsu, kerana hati ini enggan memaafkan.

aku itu masih sayang padanya, malah sangat sayang padanya tapi kenapa hati ini masih lagi di satu sudut yang tidak mahu lari pergi.kecewa,sedih,pedih,marah,luka,apa saja rasa ia masih disitu dan kerana rasa itu kadang aku membuat tindakan diluar kawal otak yang baik..seperti apa yang berlaku semalam, aku hilang sehingga 1 am. =P! aku tidak kemana, yang pasti aku berada disatu tempat yang membuat aku sangat selesa dimana aku merasa masih ada yang ambil berat tentang aku walau mak aku jauh dimata.

oppss!! aku tahu tajuk entri langsung tak ada kena mengena..layankan je sape2 yang baca yer...

apa pun aku nak ucap salam ramadhan pada kalian...semoga bulan ramadhan memberi barakah pada kalian semua..dan doakan hati aku pulih segera dan otak ku kembali diparas normal.

2 comments:

  1. sayang,

    biasanya, lagi dikhabar kita gagah,
    lagi jelas rapuhnya kita.

    sabar ya.
    satu hari nanti.
    ada.

    satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. timas kak fynn..ye ku akui kata kak fynn itu..=)

    ReplyDelete