Thursday, July 30, 2009

muscle pain!!

aahhhh!!!

rase nak jerit nak nangis nak hentak2 kaki rasa macam2 nak buat... =(
mak sakit...

my previous entry aku ade mention pasal salah bantalkan, tapi aku tak tahu lah aku ni sakit sebab salah bantal ke apa, sebab sampai hari ni ia semakin menyakitkan aku..habis badan aku bengkak..semua muscle aku rasa sakit.nak tidur pun susah bangun tdur rasa seksa yang amat..

adakah kerana aku ni jenis tidur ala-ala kayu tak bergerak sana sini sehingga menyebabkan bahu leher malah my back muscle pun sakit?

atau kerana aku memang salah tidur?

atau kerana hari tu lagi sepatutnya dah baik tapi dek kerana aku telah dikerah setup pc (ahad 25hb) dan semalam (rabu 29hb) pula perlu dismental pc, angkut itu ini sampai badan aku sakit giler...urat segala rasa tegang semacam, bila balik umah muscle aku rasa macam keras giler, wat aku rasa nak nangis jer... sakit sangat2x...

Tuesday, July 21, 2009

P.S I LOVE YOU

opss!!
yer...aku tau aku lah orang atau manusia terlembab sekali, mesti korang semua dah tengok cerita ni kan..huhuhu
tak kesahlah aku lambat ke lembab ke, sebab masa awal-awal aku tengok tajuk dia macam tak memberangsangkan..eheks!
tak tahulah macam mana hari ini aku boleh terlekat depan tv layan cerita ni...adehh!!
mungkin disebabkan mode demam, ditambah lagi aku salah bantal** tu bahasa aku,tau lak korang (bila sakit leher lps bgn tidur)** menyebabkan leher,belakang badan sampai ke tangan aku sakit,buatkan aku terus meleka dengan cerita ni di bubuh lagi perisa nasi putih+telur dadar half cooked+labu bercili=sedap ** makan depan tv =P!** menjadikan aku leka dengan P.S I LOVE YOU dan akhirnya dalam air mata aku mengalir aku tersenyum sensorang...boleh gitu??huhuhu...apa tak boleh blah?? ada aku kesah? eheks!

terasa dihati,terlintas di kepala masih wujud lagi ke cinta yang begitu agung??
rasanya macam dah xwujud je, apatah lagi sekarang cerita cerai, sana sini tersebar,terwar-war dan aku salah seorang dari anak2 yang kehilangan ayah dan ibu yang masih hidup ** dulu sedih sekarang aku redha**
sehinggakan aku memasang azam untuk anak2 aku nanti** gila berpandangan jauh aku nih** mereka tak kan rasa apa yang aku lalui, semoga DIA memberi ruang untuk aku.

okeh...cerita tadi, aku tersentuh dengan cara hubby dia aku rasa terawang2 dengan cara dia guide wife dia,alangkah bagusnya andai itulah kenyataan yang akan diberi oleh seorang suami pada isteri yang aku rasa semakin tiada dalam diri seorang lelaki.betapa dia agungkan wife dia, sampai dia ucapakan terima kasih pada isterinya yang sanggup menjadi suri hidup dia.
ok la..kepala dah semakin berat, badan semakin sakit, tekak dah mula perit,hidung dah penuh air yang menyebabkan bunyi srot srot **gelinye** so im off now...

P.S my vitamin I LOVE YOU

** sorry aku dalam mode cinta.hahahaha....
Wah!!!itu semua hanya mimpi...n i hope my dream come true...ada kena mengena ke??adehh

Wednesday, July 15, 2009

Mrs Zamzuri saya juga Tag utk diri sendiri

huhuhu...jumpa this tag dari blog ini...mari kita tag diri senirik!ahaks!

1. Bekas kekasih saya kini cuma kenangan dalam hidup saya, apa pun dia pernah menjadi part of my lifekan, dan tiada dendam dihati.

2. Saya sedang mendengar 2 lelaki nigel sedang berborak dalam bahasa yang saya fahami tapi tak amik 'port' kerana saya bukan penyibuk **padahal tak paham**

3. Mungkin saya patut telefon mak saya sebab sangat rindu padanya sekarang!

4. Saya suka kucin! ** dady ami nk anak kucin..nak yang bulu gebu okeh!**

5. Sahabat-sahabat saya adalah orang yang paling saya sayang selepas my family n my vitaminz ** pasti kamu semua muak dengar ayat ini**ahaks!

6. Saya tak faham kenapa makin ramai lelaki yang saya jumpa tapi dah tak macam lelaki???

7. Saya kehilangan bila my vitamin marah2 macam dah tak sayang sayep lagik!**huk huk**

8. Ramai yang berkata saya ni kurus macam orang tak cukup makan. Hello...saya cukup makan okeh tapi berat yang tak moh naik...** tolon bagi idea untuk naikkan berat tanpa perlu minum weightgain =P!**

9. Cinta itu adalah anugerah dari-NYA maka peliharalah ia jangan nodainya.

10. Di suatu tempat yang sangat bosan sekarang ialah dalam lab sambil tunggu PC installing software **giler lama okeh!**

11. Saya akan cuba untuk menjadi seorang hamba-NYA, anak, bakal isteri (ayat gedix!), pekerja, kawan,teman,sahabat atau apa saja yang berkaitan denganya yang pasti adalah terbaik! ** azam setiap tahun**

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud tiada penghujung seperti sayang seorang ibu pada anaknya.ada ke ibu tak sayang anak bila anak dia dah tua dan xcomel macam masa kecik??** ppe je aku nih**

13. Telefon bimbit saya ialah Nokia

14. Bila saya terjaga saya akan terus check handphone saya utk tgk jam** Mrs Zamzuri kita samalah**

15. Saya paling meluat bila tengok perempuan pakai tudung tapi pakai seluar sinting sampai betis.** apa kes??**

16. Pesta/parti adalah tempat yang kadang-kadang buat saya lemas!.

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui ialah kucing!!**sangat suka kucing**

19. Hari ini nak bangun pagi rasa malas sebab hari hujan dalam kepala asyik pikir sedapny abergulung dalam selimut..huhu

20. Malam ini saya nak keluar dengan my vitamin nak ajak pergi makan nasi lemak dan cendol dekat Taman Warisan.** harap2 ada cendol malam ni,kepingin bangat nih**

21. Esok pula saya akan tolong my vitamin membuat banner untuk laman webnya** dady kena belanja mai makan sedap nih**

22. Saya betul-betul inginkan sebuah keluarga yang bahagia kerana saya tidak membesar dalam keluarga yang bahagia** sob sob**

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini adoyai...kenapalah muka kau banyak sangat jerawat!tensi!!

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan? mana saja ok.. jom shopping!!

25. Makanan Barat atau Jepun? makanan kampung boleh tak??

26. Bilik yang terang atau gelap? saya takut gelap...huhuhu

27. Makanan segera adalah makanan yang bagi badan orang jadi geeemmookkk...jauhi okeh tapi tidak bagi saya=P!!

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang "ok bby, nanti ami buatkan..owait..k take care..bye.."

29. Lepas ini saya akan duduk lagi dalam lab yang bosan ini sebab ade lagi 22 PC perlu di install dengan hanya 1 installer yang disediakan ** bagus bukan**.

30. Siapa yang anda ingin tag. sesiapa saja yang nak buat ** saya sukarela je..**

Friday, July 10, 2009

selamat petang cikgu!

Ke kiri ku buntu
Ke hutan ku hilang
Ke timur ku kosong
Aku terus bosan dan tertekan
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
Dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai
Warnaku rindu
Jiwaku biru
Menunggu cinta ku
Umpama si buta yang melihat syurga
Umpama lampu yang berbunyi hitam
Lalu menunggu aku terus
Kini malam tiba lagi
Kerana tinggalkan cahaya matahari
Dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
Seperti mahu saja aku mengejar
Gunung yang besarnya tidak terdakap
Seperti itu jugalah rindu aku pada....
Kini harus aku terus menunggu
Atau hilang saja dilautan luas


*selamat pagi cinta...tajuk kat atas tak ada kene mengena tapi memandangkan aku post petang so jadilah selamat petang.lalalalla..

tetiba aku tersyahdu lak ai ni.heheheh

Selamat pagi cinta, im jus love da story even cte de simple tp aku ske sgt..
mse g tgk cte tu aku layan dgn my gurlfrwen jer....huhuhu..mne my vitamin??de xmoh tgk huh! menci!menci!
tapi tak pe sebab de xsuke jadi aku tak paksa maka aku layan je ngn kaum hawa.huhuhuh..bunyi gile desperet kan.huhuhuu...

sebenar ai ni aku buhsan so jus want to mambling.bley gtu?
kalau tak bley pun aku masih mahu jugak.

dari pagi tadi aku cuma sebok berjalan-jalan (dengan mouse yang digerak2kan je) dari 1 blog ke 1 blog. kenapa??aku sedang mencari maklumat ahaks!! ayat power (maklumat) aku nak cari info untuk pengantin..kan nak jadi perantin nih...lama lagi okeh!!(tapi tidak bagi aku..hurmm...)

kalau dah tahu lama lagi kenapa aku sibuk cari dari sekarang??

1. aku rasa masa macam kejap je berlalu..wa!!!
tapi tadi ada kawan aku cakap sebenarnya ebih kepada bentuk nasihat
" Allah dah bagi masa 24 jam sehari , 7 hari seminggu tak lebih tak kurang semua sama jadi gunakan masa itu sebaik mungkin dan cuba aplikasikan juga sebaik mungkin" lebih kurang gitulah. dan lagi satu aku suka dia cakap " kau rasa lorong kau sempit sangat untuk menuju perkahwinan ko sekarang tapi lepas semua selesai kau akan rasa jalan kau luas terbentang" alhamdullillah..kata-kata dia bagi spirit untuk aku.thanx matlan =P!.
2. aku sangat teruja! (gila gatal!)
3. aku nak survey sebanyak mungkin info. sebab? sebab ni 1st time family aku nk wat majlis kenduri kahwen, jadi banyak yang belajar (walaupun aku cuma belajar untuk menguruskan keperluan kau saja =P!)
4. aku jauh disini( KL je padahal) keluarga ku di JB jadi aku perlu survey awal setelah puas survey maka lepas tu aku leh pergi serang kedai2 yang aku suka!huyeey!!
5. aku cerewet, angan2 besar tapi bajet ciut je so survey mana yang patut dan boleh beza harga dan dpt banyak idea kerana sume blogger bride to be tidak lokek ilmu. trimas utk sume!aku ni silent reader bolg kalian.hehe..
6. aku nak cari cara2 utk DIY benda yang patut utk DIY so tiada pembaziran dan aku akan cuba melembutkan tangan aku yang keras ni.
7. aku cari2 resepi sekali ** ada kena mengena ke??** ( ini tak termasuk utk kawen, ni utk perut sy sendiri kerana sy duduk bujang, jadi perlu masak sendiri =P!)
8. aku...ahh..aku tak tahu, bukan tak tahu, tahu tapi tak yah list out la kan, lagipun yang penting aku mahu mencari sesuatu mengikut bajet aku yang sangat tight ini kerana itu aku sudah blog hoping sana sini..huhuhu...

ok lah rasanya aku dah boleh stop sebab dah time untuk balik...da....

Wednesday, July 1, 2009

sahabat

Ada yang kata sahabat, ada yang panggil teman, ada yang gelar kawan, tapi apa juga kata,panggilan atau gelaran ia membawa maksud yang sama.** samakah??**

Tapi..bagi aku sahabat itu lain, teman itu tak sama dengan sabahat dan kawan itu juga berbeza antara teman dan sahabat. Kenapa aku kata lain??sebab itu apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa, aku tak kata ia benar dan tepat tapi itu mengikut penilaian diri aku, kalau korang rasa ia benar maka benarlah, kalau korang ada pendapat yang lain boleh utarakan, kita boleh kongsi pendapatkan?

Kawan? aku ramai kawan, macam sebelum ni aku pernah mention, aku ramai kawan lelaki dari girls, kenapa? bagi aku kawan girls ni kadang2 terlalu sensitif dan orang seperti aku yang kurang sifat ayu dalam diri mungkin akan melukakan hati diorang tanpa aku sedar.1st impression orang pada aku ialah perempuan melayu terakhir ** bukan aku kata, orang kata** sebab aku nampak lembut, tapi di sebenarnya aku orangnya agak kasar dari segi pertuturan ** kan aku dah kata aku ni sempoi**, maka kalau berkawan dengan girls dengan mulut aku yang ala-ala puaka ni agak sukar, bukan semua orang boleh terima kita, kerana mulut badan binasa, so aku tak mahu jadi binasa. =P! Lelaki? so far kawan2 lelaki aku ni diorang person u can be trusted la. tak pernah lagi diorang amik kesempatan di atas kesulitan kata owang putih take for granted** betul ke aku tulih?** cara bergurau memang kasar, perbualan yang kadang2 suka melalut dan buat aku sakit hati tapi diorang ok. aku bukan orang yang mudah nak amik hati, jadi kalau dorang nak buat mulut cam puaka pun aku tak heran paling kuat aku guna kuasa perempuan iaitu merajuk, maka mereka akan pujuk aku semula** hahaha..ni part aku paling suka, sebab muka sekor2 cam kambing hilang anak** korang rasa kalau dengan kawan girls boleh ke nak majuk2?ihiks!
tapi point disini aku nak tekankan ialah kawan itu untuk bergembira ria bukan berduka. itu maksud kawan bagi aku. contoh mudah kawan-kawan di tempat kerja, korang akan jumpa kat opis, huhahuha, pastu balik kerja abis kat situ je, itu hanya contoh, maybe ada juga yang berjumpa sahabta mereka ditempat kerja, tapi aku tidak. =D so itu maksud kawan bagi aku.

ps : zaman aku berjimba ramba dengan kawan2 lelaki aku dah lama berlalu, itu waktu aku masih zaman sekolah ok. sekarang saya dah besar maka pergaulan perlu ada batas. ahaks!

Teman? Teman aku tidak ada spesifikasi yang tetap dan tepat. aku ada teman dikalangan girls juga lelaki. Teman ini kadang kala kita boleh rujuk disaat duka tapi bukanlah orang yang sanggup bersusah payah untuk kita.mereka yang aku katakan teman selalu mencuba buat aku ketawa disaat aku sedih dan teman juga bukanlah orang yang aku boleh lie down ketika aku berhadapan dengan masalah yang buat aku rasa putus asa. Teman itu seseorang yang boleh aku percayai** tapi masih ada secret antara kami** tapi bukan orang yang aku akan susahkan** so korang jangan jadi sahabat aku sebab aku akan susahkan korang** hahahahah.

SAHABAT? mereka dikalangan ini adalah orang yang paling aku sayang selepas keluarga aku. Kenapa? sebab mereka adalah orang2 yang sentiasa ada dikala aku duka dan ceria. Orang yang tak pernah buang aku walau aku pernah lakukan kesalahan, orang yang marah aku bila aku buat salah, orang yang berterus terang tentang perkara yang dia benci pada aku, tapi bukan kerana dia benci aku tapi kerana mereka sayang aku, orang yang tidak pernah menutup kesalahan aku hanya kerana aku sahabat mereka, orang yang menangis dengan aku bila kau menangis, orang yang ketawa hanya kerana aku gembira. Mereka ini lah yang aku gelar SAHABAT, mereka ada dalam pic di bawah..silalah tengok para SAHABAT ku.



Ini pix masa raya tahun lepas ** abaikan muka aku yang kenkunun ayu itu-giler perasan!!**

yang shorty itu my beloved aunty.Yang tinggi sebelah aku itu adik perempuan aku. Gambar ini sekadar hiasan sebelum korang dapat tengok pix mereka yang aku gelar SAHABAT. hahahahah....
--------
Jom sekarang kenali para SAHABAT ku.

ini Yaya, dulu nama glamor dia DOYOX, sangat hodoh ok nama tu. bila dah matang (tak moh guna dah tua, xchumil) so aku panggil dia Yaya supaya ketuaan itu dilindungi sebalik nama yang chumil * Ya, ko kene blanja aku makan nih!*

Macam mana aku leh kenal dia?
Aku kenal dia masa aku berumur 14 tahun, so sepanjang 14 tahun sebelum itu aku tiada seorang pun yang bergelar sahabat. Masa tu aku baru masuk sekolah, sebagai budak baru manalah aku ada kawan lagi, so hari pertama tu, masa bell untuk rehat ringing tetiba dia ajak pergi kantin, aku sebagai budak baru yang sopan ikut je. Bila time balik sekolah, sure2 kena beratur berdua2 jadi dia akan tarik aku beratur dengan dia. Selang sebulan, aku makin baik dengan dia sampilah terkeluar satu ayat power dari mulut aku " aku rasa kita ni boleh jadi kawan baik la" dia pulak " erm..ye kot. aku suka kawan dengan kau". Lepas dari hari itu sehingga hari ini dia lah SAHABAT aku. Macam mana aku boleh declare dia sebagai sahabat?

Aku pernah menangis dekat sekolah sebab........dan dia yang mendengar sama2 menangis dengan aku. waktu itu aku niat dalam hati aku " walau apa pun yang terjadi, walau apa pun yang berlaku kau lah sahabat aku sampai bila2".

Untuk Yaya. Aku sayang kau!!



ps: ini lah Yaya kesayangan ku.tolong abaikan gambar aku yang nmpk pelik itu ok.



** thanx hadir di hari bahagia aku.
--------

Ini Sally, nama sebenar Saliza Jelani. Kenapa panggil Sally? sebab masa sekolah time kawat kaki, orang berkawat dia berlenggang macam mak datin, so panggil Datin Sally.
Dia aku kenal masa aku form 4, aku, yaya, sally and beberapa lagi kawan yang lain. kami memang terkenal dengan nakal. Kelas paling depan tapi paling popular dalam bilik guru sebab suka ponteng kelas ** adoyai...cam xcaya aku dulu degil** tapi aku mula rapat masa aku form 5 even masa tu sekelas since form 4, sama2 wat jahat, sama2 ponteng kelas, ponteng sekolah, beli roti kat luar pagar time ada kelas, pergi beli air sirap waktu rehat dah habis dengan alasan cikgu soh belikan, tapi dia masih lagi bukan sahabat aku waktu itu, dia masih dalam kategori Teman. Dia menjadi sahabat aku selepas sama-sama dah habis sekolah malah aku dah habis belajar pun ( diploma je). kekerapan berjumpa and berkongsi cerita akhirnya dia menjadi sahabat aku.macam mana dia menjadi sahabat aku, tak perlulah diceritakan, ye tak. he...tapi dia kini sahabat aku juga sama seperti Yaya.




ps: Ini juga kesayangan ku.Sally.



** Aku sayang ko!
--------



pix kat atas ni Idah Ismail. Nama dia pendek je, IDAH. bagi aku unik la, sebab nama orang sekarang sume nak panjang2 tapi nama dia pendek giler.

aku kenal dekat poli tmpt aku blajar. 1 year aku xrapat langsung sbb aku ni berkawan dengan budak course lain. tapi bila dah masuk 2nd semester 1 year, aku duduk sewa serumah dengan budak2 1 course dengan aku, tapi lom juga baik dengan dia. aku rapat dengan budak course design. Masuk 2nd year aku mula rapat dengan dia n semacam ade chemistry lak aku dengan dia ni.hehehe...
orangnye kecik je, ketot sgt nak banding aku yang macam galah ni. tapi mungkin keserasian buatkan aku dgn dia terus jadi kawan, teman dan akhirnya sahabat. banyak suka duka aku lalui dengan dia. dan aku paling salute adalah kesabaran dia..kenapa dia bersabar?dengan siapa? itu adalah rahsia dia, jadi aku tak leh citer kat sini. Kerana kesabaran dia aku cuba nak ikut, tapi nampaknya aku tak cukup kuat seperti dia. maka aku gagal.hehehehe..ida ko memang penyabar.wa salute lu beb!!
Apa pun sekarang dia dah pun jadi isteri malah bakal jadi ibu..semoga bahagia selamanya sahabat ku. Aku gembira bila kau dah jumpa dengan soul mate ko!

-----



Ini satu2nya mat sentul yang aku gelar SAHABAT.Nama dia Wan, single lagi sape yang berkenan aku leh rekomen kan.huhuhuhu....
Dia juga aku kenal dekat poly. 1st day msk kelas aku dah gelakkan dia sebab sore cam itik serati..wakakakka!!giler dajal aku ni.dah mamat tersipu2.
tapi mungkin tu la akibatnya ketawakan orang, last2 dia jadi tempat aku mengadu.
masa aku kecewa teramat pada dia lah aku lie down, dia tukang bagi semangat kt aku, tukang gosok pale aku, tukang tonjol pale aku ni.bak kate de " apa saja janji aku senyum" apa guna ada sahabatkan?



ps : mat sentul ni tak makan durian, aksi itu tipu belaka. Ni masa aku dengan dia pergi cari bahan untuk buat sirih junjung. Thanx juga pada anda kerana bersusah payah untuk sahabat anda ini.

Terima kasih untuk sahabat2 ku.aku sayang korang sume. setakat ni yaya n sally dah jumpa wan.Wan n Ida mestilah saling kenal, kamikan sekelas dan dulu di poly adalah teman segonjengan.Cuma ida je dorang (yaya n sally) lom jumpa mungkin akan jumpa masa aku kawen kot. Aku harap sahabat2 aku ni dapat bertemu, moga2 mereka2 ni akan menjadi sahabat juga seperti mana aku menganggap mereka ini sahabat aku.