salam..
pagi tadi dengar HOT.fm, ada sorang brader ni cerita soal penceraian dia dan isterinya..adoyaiiii....takut dan serasa senak perut den. aku memang alahan betul dengar kisah cerai berai ni, aku penah buat satu entry tentang ini dan ini. Kalau korang dah baca haruslah korang tau kenapa aku alah pasal penceraian ni. nak mendengar pon aku dah takut apatah lagi kalau benar berlaku, minta di jauhkan.
ada sorang pendengar cakap : ' lelaki bila dah bercerai baru nak menyesal, sebelum tu tak pula sedar silap dia" :
tak tahu nak setuju ke tak dengan kata2 dia. sedikit tu aku terima jugak tapi rasanya semacam tak adil pulak bila meletakkan kesalahan macam tu pada brader tu. setiap manusia ada lakukan kesilapan dan berhak memperbaiki kesalahan tu. Kalau tak masa kan ada perpatah ' dah terhantuk baru nak terngadah'. kan? Kadang kesilapan tu bukan pada suami je, mungkin juga ada sikit sebanyak datang dari isteri, kita tak tahu. bukanlah aku nak cakap wife brader tu salah atau penyebab, sesekali bila berlaku sesuatu perlu juga kita merujuk diri kita sebelum menuding jari ke orang lain.
ada pula sorang pendengar ni cakap : " cuba menerima apa yang berlaku, bila gagal yang ini, mungkin Allah nak berikan yang lebih baik" :
aku agak bersetuju dengan kata2 abang ni, tapi rasanya aku lebih suka jika masjid yang sedia ada di perbaiki kerosakkan dan kepincangan nya berbanding kita membina masjid yang baru. Mungkin bila kerosakkan tu di perbaiki ia menjadi jauh lebih baik, who knows rite?
apa pun sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan tak kira korang berkawen, bercinta, adik beradik, berkawan atau apa saja yang namanya ada kaitan dengan perhubungan peliharalah sebaik mungkin, jauhi perkara2 yang boleh menyakitkan hati orang yang kita sayangi, bila berlaku sebuah perpisahan akhirnya kita " menyesal tak sudah " .
ps:: kata2 pendengar tu aku dah ringkaskan yer. tak ingat la semua sekali.
takot aku dengar pasal cerai berai nie wehh..
ReplyDeletekalau boleh tak mau dengar!
tau xp..ngeri jek rasa..kalau boleh tak nak dengar lgsg.hurmm
ReplyDeletehi june!! nice knowing ya...i dah link u tau...ni nak ngomen...huihhh...mmg senak usus dgr or baca kisah2 g2...aku pernah dgr kat hotfm jugak...sorang husband kol hotfm, nak bgtau isterinya yg dia nak mintak izin nak kawen..giler bodoh!!...dah tu, mintak maaf dgn suara sedih sgt2..last sekali ckp i love u kat bini dia...eeeee...bodoh giler!!!!takot aku dengar..mn pergi ntah perasaan jantan tu...fara & faizal tdiam ms tu..derang pun kelu...eee!
ReplyDeletehye dear..nice to kno u too..adoiyai si lelaki...tolonglah..memang tak terkata la kalau aku pon..nyampes betul.mintak di jauhkan lah dari kita.
ReplyDelete