Friday, January 22, 2010

Tq Tag

erlow all...

he..belom belom lagi dah nak cakap pasal TQ tag..hehehhe
tapi aku memang sedikit semangat pasal TQ tag ni, sebab rasanya ini je kot..yang punya sentuhan ajaib aku**wahahahahah...ayat poyo sajek** owh aku gurau jek..maksud aku tu..sentuhan air tangan pengantin..aceh!!malu i...

owh sebelum tu nak ucap terima kasih pada F kerana memberi link ini untuk DIY TQ tag

hasil untuk itu???owh tunggu lain hari yer...jun dah nak balik dah ni...daaa....
have a great weekend kenkawan...

Tuesday, January 19, 2010

Rempit jom!

olla...

semalam aku pergi layan citer ADNAN SEMPIT!! eauwww!! tapi aku tak lah merempit, aku tetap pergi naik si comel ku, motor cepai (EX5) simpan diam-diam kat rumah..huhuh..ADNAN SEMPTI memang lawak giler..tak boleh blah ketawa samapi hentak2 kaki, si my vitamin lak ketawa tak hengat donia...gelak kuat giler sampai aku lak tukang tutupkan mulut die bagi cover sket ketawa tuh...hohoho...lawaksssss....mula tu tak ada niat, walau terlintas pun tak da nak pergi tengok citer ni, tapi dah member ajak, pastu dengar plak komen2 dari kawan2 lain, aku ngan my vitamin pergilah layan jugak..layan pun dengan member2 jugak semalam dan hasilnya..memang terBAIKKKK!!

pergi la tengok rerakan sekalian..tak rugi wooo..seyes tak rugi..rasa nak layan sekali lagi jep...hahahah...

kerana nila setitik habis rosak rempit sebelanga!auww!!!



rating : 9/10 tak leh lah nak bagi markah penuhkan...

so tahun ni pembukaan adalah best!tak rugi aku pergi tengok. great job ahmad idham! olahan cerita yang bagi aku menarik. dan memang terbaiikkkk giler memang sesuai untuk tontonan semua golongan, sebab rilex je beb sebelah aku makcik-makcik lepak tengok wayang, gelak saing-saing kuat dengan aku.hahahha..cool la makcik!so korang2 yang belum tengok pergi la tengok...enjoy!

owh ye..lupa plak..hari sabtu dan ahad hari tu aku dah pun selamat dan jayanya pergi menghadiri kursus kawen di percint16, putrajaya...

hari pertama, fasi memang best, gelak sepanjang masa, tak dan nak menguap pun. hari kedua, mak aihhhhh...siap terlentok aku dibuatnya, sudahnya aku dok berbual dengan orang sebelah, hanya beri tumpuan pada tajuk penting nikah,cerai,rujuk dan prosedur perkahwinan..euff!!lega...settle 1 perkara. =)

Saturday, January 16, 2010

my W day theme

aku nak hapdet sket tentang aku nye W day nanti..

setelah berbincang dengan my vitamin aku decide untuk side aku akan bertemakan hot pink,red n black but white still a major color cos its a saviour color for all rite? tapi itu untuk reception, for solemnization untuk bride n groom attire mungkin akan berwarna dusty pink n white.

kadang-kadang kita merancang tapi belum tentu dapat apa yang di hajat.aku suka yang simple tapi sweet je!!boleh gitu?
less is more kan? tapi kekadang aku ni ingin yang terlalu less sampai orang lain tidak berpuas hati dengan choice aku...macam masa bertunang hari itu..
aku tak nak pakai selendang bagai,lip lap lip lap, merelip sana sini, aku cuma mengenakan tudung yang ada sedikit bling bling ** nak jugak glamor** tapi semua aunt aku kurang setuju dengan kehendak hati aku tu..diorang cakap dah lah baju plain **ade jugak batu-batuan tapi warna hitam maka tak nampak gojes la kan** cuma aku pakai kain songket putih untuk menaikkan seri baju tu, mereka tak berpuas hati. katanya tak glamor...ada aku kesah??? eh..kesah jugak..tapi itu lah aku..aku senang dengan benda yang sederhana tapi manis.bisakah??


baju aku masa di hari pertunangan-simple je kan??

setakat nih aku dah 2 3 kali bertukar2 wedding theme, nasib baik belum lagi jumpa kak ida berbincang tentang pelamin n deco for my halls.hehhe...hopefully theme aku tak kan berubah lagi kali ni. =D

tapi itu adalah untuk dais dan keseluruhan halls deco, untuk all my family will be wearing soft choco..permintaan khas my aunt, maka saya menurut perintah saja, yelah dia pun dengan rela hati nak jadi my wedding planner kan, tak yah susah2 nak pick up sumone utk jadi wedding planner, sayam cik ana!! =D




source:mr google

di atas adalah antara warna pilihan my lovely aunt. so my whole family will be wearing this color, and start cari kain on raya cina...nak g serang jakel beramai2. =D(hah! tak sabarnya!)

warna untuk bride n groom attire aku masih belum decide..im think of off white, but not decide yet..tunggu jumpa kak ida dulu baru decide macam mana,eufff!

warna baju untuk pengkapit adalah.....HOT PINK!!!flower girls will wear cotton white+red n flower ladies will wear HOT PINK+CREAM..euuww!! banyaknya warna??? =D!
ini disebabkan, aku mahukan warna ini, tapi family ku mahu warna itu, maka 2 2 warna akan di gunakan secara baik dan saksama... =P!



source:mr google

di atas antara contoh color untuk my dayangssss...


source: mr google

ini pula untuk my little angle...aeuuwww!!

hope my dream come true..ye ye tau banyak sangat color combination..tapi rasanye semua warna dalam kelompok warna yang sama, dan color combination masih boleh dikatakan sepadan.heheh...nak jugak mengiyakan kehendak..=P!

tapi refer pada pendapat theLadynoe, pemilihan color jangan lebih dari 3 warna.hurmm..macam nak kene revise balik jek??heks! boleh tak bagi sedikit pendapat?adakah color2 ini sesuai?

secara ringkas:
hot pink+red+black = dais
hot pink = bride maidss
soft choc = family


ini contoh gambaran untuk wedding aku nanti...benda ini aku cut n paste sendiri, sekiranya ada gambar2 yang dikenali harap di maafkan. source dari pelbagai tempat, ade dari mr google, ade juga di kalangan blogger..

ok tak?please help me...tetiba rasa macam tak yakin pulak..

Friday, January 15, 2010

diari minggu ini

erlow...

lama dah tak hapdet, minggu aktiviti padat lagi, esok turn aku kerja. opis aku ni menggunakan sistem tukar ganti(suka suki jek ayat), sabtu minggu lepas aku cuti, minggu ni aku kerja, pastu minggu ni pulak aku nak pergi kursus kawen... =D memanglah kerja hafday tapi sempat ke nak bekejar balik mandi siap2 berbaju kurung bertudung semua???eufff!!sempatlah harap2nya..mula2 macam nak amik leave tapi cuti aku ni dah lah seciut, nanti nak amik cuti kawen lagi, nak cuti hanimunnn(gedixx..=P!), cuti raya(owh puasa belom dah pikir raya..ngeh), maka lupakan tentang cuti, haruslah bekejar masa ye cik jun...
kadang rasa macam 'owh, aku nak kawen dah?" =P!

sabtu pergi kursus, balik kursus nak survey tempat untuk ambil door gift(owh..tak sabarnye..), mesti korang rasa macam awalnya nak beli door giftkan. aku memang saja beli awal sebab mahu mendeco sedikit, dan dalam kerja deco mendeco ini adalah kerja perseorangan yer...maka kenalah bergagah bergigih menyiapkan 700pcs..woaahhh!! pengsan kejap!tu lah semangat konon2 nak buat sendiri..ha...hamik ko jun...euff!
door gifr sepatutnye perlu pick up on monday tapi rasanya hujung minggu depanlah abru aku ambil...mana nak sempat hari isnin..jalan jem ooowwww....tak larat nak bergigih tengah jalan menghadap jem segala.eceh! macamlah hari minggu jalan clear..hehe..

ahad kursus dari pagi sampai petang, balik kursus harap2 my vitamin sudilah melayan kerenah tunangnya ini yang nak ke SSF..ada keperluan yang ingin di cari dan ingin meneruskan niat mencari satin untuk baju nikah ku nanti(dulu dah beli tapi tak jadi pulak, maka perlulah cari lagi)hehhe...sedikit gusar kalau my vitamin tak nak, bukan boleh dikira pakcik kesayangan hamba tu.huhuhu..

agak-agaklah, bila waktu sesuai untuk hantar tempah baju nikah yer??


nak baju nikah macam ni boleh tak?? source lupalak kat ne, dah lama dalam simpanan..sory...kalau ada siapa2 tahu sila bertahu pada jun yer..tq

Monday, January 11, 2010

separuh lega

olla...

Hari jumaat lepas dapat panggilan dari RJCC untuk confirmkan tarikh dan bayaran yang perlu di buat. Penerangan bayaran diberikan secara terperinci dan sedikit shock sebab macam 'aik??murah ek dewan RJCC ni??' hohhoh..perihal tentang dewan semua diuruskan oleh makcik aku, dari dewan,catering,ghazal bla bla..semua makcik aku uruskan. aku??aku uruskan keperluan seorang pengantin je la.parents aku?tugasnya makcik aku dah amik, die cakap ' biar orang yang buat, tengah excited anak sedara sulung nak kawen.." huhuhu...jadi dewan - DONE!

hari sabtu, kononnya nak pergi cari kain untuk baju nikah, tapi aku terlupa nak bawak kain baju nikah lelaki, untuk dapatkan warna yang sama, maka aktiviti cancel sudahnya pergi Alamanda makan dekat Johnny's dan tengok wayang cerita Vampire Assistant. citer de?layanzzz....point: 5/10. ok la kan... =D

malamnya pulak jumpa bakal OP. Dia ni kawan2 yang aku kenal melalui YM jek..kami kenal dah hampir 2 tahun kot..xsilaplah. dah lama tahu dia ni photog, so memang dah simpan niat nak amik dia as OP untuk majlis aku nanti. bermula dengan contoh2 story book, gambar2 yang disnap, sampailah permintaan aku, serta gambar2 yang wajib ada dalam album aku nanti, dapatlah kata sepakat, pakej yang aku ambil adalah untuk minimum OP 2 orang, kalau budak2 dia xd job penting de akan bg seorang lagi OP tambahan (kaki kiri kanan lah),aku??mestilah sukakan...dan benda yang tak disangka pakej aku ni termasuk Pre-Wedding...hohoho..i loike uollsss... so untuk photog- DONE!

semalam?? aku berkuak lentang jek dirumah. malam plak layan AJL...komen: faizal Tahir aku memang dah agak dia akan ade 1 trofi walau bagaimanapun and aku suka giler dengan persembahan dia...owh...de hensemnyer....hahahah...Black sore memang best..so layaklah vocal terbaik. yuna???no komen.... =( aizat, PERGI : terbaikkk...aku suka sangat lagu pergi tu...aku pernah buat entry pasal lagu pergi cuba klik ni PERGI.



korang suka tak yuna menang??? heks!

Monday, January 4, 2010

sedih

selamat petang!

selamat petang pada teman yang semakin jauh dari aku
selamat petang pada teman yang aku tak mampu untuk tegur
selamat petang pada teman yang aku sakiti hatinya
selamat petang pada teman yang aku sayang tapi hilang

aku tidak tahu macam mana nak tegur tapi jiwa dan hati aku hancur melihat dia yang semakin jauh..jauh dari landasan.
dia yang mengikut emosi tanpa sedar terus ke jurang hancur.bagaimana mampu aku menarik dia kembali ke sisi,memujuk agar kuat kental jiwa jangan mengalah pada sepi.
sedih melihat dia terus menerus dengan dunia itu,dunia yang segelintir tidak tahu atau tidak mahu tahu atau tidak terfikir pernah ada.
luka nanah mata telinga melihat mendengar.tolonglah apa daya aku lagi.usaha yang termampu sedaya upaya menarik untuk keluar dari gelap tapi tiada hasil kosong.
buntu!

sedih =(