Tuesday, March 30, 2010

Wedding Cake


credit: google images

Olla,

Ush! rajin betul menghapdet! huhuhu

Ye lah memandangkan tarikh dah bagai tak sabar menghampiri diri ku ini, maka semua benda perlu menjalani progress dengan hebat.pergh!!ayat gila ntah apa apa. ;P

sekarang ni aku sedang dalam proses menempah wedding cake. Aku sukakan cake yang ada cup cake. Apakah jenis ayat yang aku guna ini??harap korang paham. ;D

Bukan aku tak suka cake biasa orang buat, such as like this, memang cantiksss sangat2.



credit: google images

credit: goole images
cake dia nampak suci sangat...


credit: google images



Tapi aku lebih berminat pada jenis cupcake, nampak sweet jek, lagipun memudahkan orang2 yang nak ambil makan. Lagi pula aku bukanlah penggemar cake. :P gila pentingkan diri sendiri.hahahha...Bukan..bukan pentingkan diri sendiri, tapi kalau cake aku 3 tingkat, setiap tingkat perlu dipotong untuk bagi pada tetamu atau sesiapa yang nak makan, bukan ke leceh sikit, kalau cupcake, kamu nak kamu datang ambil jek, tapi siapa cepat dia dapatlah konsepnye. Itu saja...memudahkan kerja lagi baik dari merumitkan keadaan.

Semalam aku ada baca blog Q&A takut kalau majlis aku terjadi seperti Qis, untuk Qis apa pun kecacatan yang kamu katakan, bagi saya semua yang ada di majlis kamu tampak sempurna. Kita merancang, yang tentukan adalah DIA, sekurang-kurangnya awak dah pun berusaha untuk memberi yang terbaik. ;)

Jom tengok cake2 yang aku rasa suwiitt jek, korang jangan pula beranggapan cake aku nanti adalah vogue da vass yer..ai simple jek orangnya, jadi jangan mengharap sesuatu yang gempaksss..


credit : Chunky bites


credit : google images


credit: chunky bites


credit: google images

Monday, March 29, 2010

Wedding Ring

entry Ke 2 untuk hari ini..
wahahahh...gile tak sabar nak hapdet. =P! kalau dah terhegeh tu terhegeh sangat. jagan mara haaa...

I got my dream ring!! since 1st nampak cincin tu teruslah jatuh hati tergolek2..tapi senyap2 tak beritahu my vitamin sebab cincin tu agak terkeluar dari bajet kami yang seciput dan ciut ni. Tapi awal2 dah cakap dekat dia, apa saja barang kemas, itu adalah atas pilihan dia bukan saya. =P! aku mahu itu ikhlas dari dia, bukan diatas permintaan aku nak itu ini, cukuplah kalau dia beri itu kerana hatinya, dia yang nak, dia yang suka, jadi bila dia suka secara automatik bila benda tu di tangan aku dia pun akan ada tempias happy tu.kan kan..heheheh

aku suka diamond dia tenggelam.

so semalam kami berdua menerjah kedai emas yang sedang SALE, diamond sale.hoyeh!!! belek2, belek itu belek ini, tengok itu, cuba sana,cuba sini, cincin yang satu itu juga jadi perhatian, sebenarnya after less harganya agak mampu milik tetapi aku tak nak lah ia melebihi bajet yang ada walaupun sedikit, kena strict sikit walaupun bukan aku yang membayar, aku tahu kalau aku katakan pada my vitamin aku mahu itu, walau harganya melebihi had bajet dia pasti akan belikan.
Bila aku membelek pamplet yang diberi harga dalam pamplet murah berbanding harga diskaun, aku tanya pada SA tu, then SA tu tanya pada si B, si B cakap harga cincin adalah seperti dalam pamplet. aku???rasa nak lompat2.hahahahha...then aku tanya " dy, cincin tu cantikkan" dia pun angguk,belek, suruh aku try. Dekat jari aku jek dah ade 3 cincin pilihan. 1 tu aku yang reject, memang cantik tapi nampak keanak2kan, lagi 10tahun aku pakai,sah orang cakap aku macam orang tuwe tak sedar diri,heheheh, cincin ke2 just nice, sesuai untuk 10 tahun akan datang cuma macam kurang terserlah untuk cincin perkahwinan, cincin ke3 mata 1, memang pilihan sepanjang zaman, batunya timbul dan nampak exclusive, pada mata aku lah. Tiba2 bila cincin yang aku idami tu aku suarakan, my vitamin minta aku try juga, then dia tanya harga, once confirm the price sama macam pamplet, dia pula yang suka terlebih dan we decide untuk beli... dalam hati aku dah lompat2 muka ceria macam bulan penuh la wei..wahahhahah!! mak suka nokssss!!!


nampak nice, dan kalau 10thn lagi kalau aku pakai masih lagi sesuai. tak terlalu fancy dan tak terlalu tuwe.ihiks!

tapi setakat ni tak leh nak tunjukkan cincin sebenar..haruslah bagi gambaran jek kan..


owh! gojesnyerrrrr....

dah jatuh cinta sekian kalinya pada cincin ai! thnx cayunk!

HIV Test

Mornink!

Nak story mory pasal HIV test! It DONE babeh! hehhehe...

Dah agak terlewat sebenarnya nak citer pasal HIV ni tapi nak jugak citer.hahah..Hari Khamis lepas aku pergi Klinik Kesihatan dekat Bangi, asal ek tak gi yang dekat Putrajaya??sebab aku kan ngengada nak makan ayam penyet punya pasal, tu yang jadinya ke Klinik dekat Bangi.huhuuh..


Hari tu kerja, amik hafday jer, terus pecut pergi Bangi amik my vitamin dekat UKM then terus pergi Klinik, time tu baru pukul 1.30 lebih kurang, pukul 2 klinik bukak. Amik borang, isi, then tunggu kena panggil. Dalam hati punya debar tak henggat..aku giler takut dengan jarum, tapi jarum suka betul dekat aku. Asal sakit kena inject, asal tak sehat kena inject, wahahha.Tapi penakut aku tu tak jugak hilang.

Bila turn nama aku jek, dalam dada macam nak pecah, nasib baik pakcik tu cool jek, bagi soalan comel:

pakcik cool: Kalau awak nak kawen, tok kadi tanya awak setuju tak nak berkahwen dengan pasangan? (sambil tangan kuarkan jarum, pegang jari tengah aku sedia nak cucuk)
si penakut: (sore sambil nak nangih) setuju...(jari pun kene cucuk)
pakcik cool: janganlah jawab..kenelah senyum2 jek..malukan tanda setuju..
si penakut: hehehehe.. =(
pakcik cool: bagi borang dekat pakcik sana yer

pakcik botak: awak kawen dekat mana?
si penakut: JB
pakcik botak: owh, patut borang lain, nanti tolong photostat dan bagi semula dekat kaunter yer.
so penakut: baik (sambil tangan ambil borang dan jeling result)

Result : NEGETIPPP!!!!

siap bersampul SULIT lagi.heheheh

haruslah kan..heheh..tapi seyes 3 hari jari aku berdenyut2, pastu asik ngadu dekat my vitamin. Redha jek la dia mendengar. huhuhuhu...

Friday, March 26, 2010

Thanks to Haliza

Olla..

Selamat pagi...ush! hari ni bukak2 blog tetiba dapat hadiah dari Pn Haliza...Terima kasih..Pn Ija saya masih menunggu gambar2 kamu, cepat2 upload bila dah ada album yek. =P

owh, saya dapat hadiah ini dari Pn Ija **saya je kot panggil die ija, ikut suka suki jek =P**



Tapi rasa macam kurang kelayakkan je nak dapat awards ni sebab ai tak top pon u...apa pun thank to Haliza...Kita Happy and rasa seronok dapat award ni, tak disangka2. macih yuh! tersenyum ai tau. ;P

ok, sekarang kena bagi pada kawan2 yang lain pulak.

1. faradiba
2. Suraya Harun
3. Nad Nazira
4. Mrs. Engineer
5. Zahra Ashiqin
6. Ziela
7. Madhi
8. Zureen
9. Udeng
10. Pn Ana
11. ctfza
12. Khairulhaya
13. Lynda
14. Putera
15.
16.
17.
18.
19.
20.

lagi 5 yang kosong boleh di isi oleh mana2 blogger yang membaca blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih kerana membaca dan kamu juga adalah Top Blogger. Jangan segan2 untuk ambil ini yer!


Thursday, March 25, 2010

Jerawat??

Olla...

Korang ada masalah kulit tak? Aku kadang tu tersangat jeles dengan orang yang ada skin yang flawless, macam my sister skin dia memang licin, jerawat tu 3 4 kali setahun kot baru ade ada sebijik. Itu pun de da boleh sasau tengok muka dia naik jerawat. Aku ni apatah lagikan. memang sedia ada jerawat.hump!

Ikut dulu masa umur aku dibawah 17 tahun kulit aku memang tak ada sebarang masalah, since aku masuk belajar di politeknik muka aku mula ada masalah. Lagipula aku ni jenis aktif bersukan,berkawad kaki (ai wataniah dulu tau, jangan tak caya..hahaah), bila dah berkawad, berkhemah bagai, berlari setiap petang, aktiviti tu aktiviti ni, menari zapin lah, berronggeng dekat poly, model, ntah pape lagi aktiviti lain yang aku join, semua tu menyumbang pada masalah kulit yang aku alami sampailah sekarang....

Tapi sebenarnya aku nak kongsi sesuatu dengan korang, lebih2 lagi yang ada masalah jerawat macam aku. Aku ada terbaca entry masalah kulit dari seorang blogger( dats y aku suka blog, banyak info, thnx dear!) Eila namanya. Dia ada gunakan satu produk juga dari seorang blogger. Bila tengok perubahan muka dia aku jadi tertarik. Sebelum ni memang dah banyak jenis produk aku cuba, dari yang mahal, popular sampilah yang murah tak ada jenama. semua macam hampas, ada tak ada aku cuma pakai sabun anti jerawat, ia agak berkesan untuk kurangkan jerawat tapi kulit aku tak bersih dan kesan parut memang teruk.

Then aku bukak blog Lyna , dia yang menjual produk ni, banyak juga testimoni yang aku tengok, selepas pikir2 punya pikir aku email dia untuk tanya lebih lanjut, after segala penerangan aku pun order...

Takut2 jugak la nak pakai, mana tahu jadi makin worst, bukan kerana produk yer kawan2, kadang2 produk tu tak sesuai untuk kita tapi sesuai untuk orang lain. Tapi selepas gunakan, aku perhatikan ada perubahan pada kulit aku. mungkin xla sampai glowing, tapi jerawat berkurang, bekas2 pun semakin pudar. Bila aku balik kampun pun aunt aku tegur kulit aku makin ok, dulu adoyai sakit mata orang tengok muka ai tau.

Tapi sekarang aku dah tau apa sebenarnya masalah muka aku ni, muka aku ada alergi pada habuk, kalau orang lain kena habuk bersin, aku tak bersin cuma kulit muka aku akan rasa gatal sangat, pastu kompom esok kuar jerawat tak hengat donia punya dia kuar. sabaw je makcik noks..

Ok la meh tunjuk sket muka aku lepas guna produk dari Lyna



ini muka sebelum, malam pertama aku pakai produk tu. Pergh! ayat nak malam pertama.hiks!


ini selepas penggunaan...ok kan?

sekarang ni dah bertambah baik cuma dah memang jenis berjerawat maka muka ni memang ada je jerawat yang naik. Jadi aku redha jek, janji bekas2 dia senang nak hilang, bukan lagi kesan kotoran degil seperti dulu.huhuhuh....

kalau korang berminat sila klik blog Lyna.

Monday, March 22, 2010

Alice in wonderland

olla...

kamu kamu dah tengok citer nih tak??aku??
aku belum lagik.,.hehhehe...saja jek tanya..best tak???cam nak g tengok jek. dady! jom!! :P


Kelmarin, aku pergi mid valley, survey2 hunting2 barang hantaran, bila dah sampai sana kepala langsung blur tak tahu nak carik apa.boleh tak???hahahha...

so 1st sekali untuk memastikan aku tidak terus menerus blur, aku amiklah checklist, tengok selit2, malu ai kalau orang tengok aku lihat2 kertas list, macam pergi pasar ikan jek gayanya. =P!

sambil tengok list sambil jalan, tiba2 nampak cendawan2 comel, bunga2 muka orang, cam comel giler rasa time tu, punyalah sengalkan aku nih. Dah masuk dalam tu, dah round2 rerupanya promo Alice in Wonderland bersama2 penaja Nina Ricci n HSBC kot. Ada jugaklah adegan mengambil gambar berlaku, hahahah..jakun kejap sebab cantik sangat..tapi xde la aku sakan amik gambar kan..hehehe..


cantikkan cendawan tuh..kiut jek..makcik over nak posing sampai duduk2 kat situ.huhuhu


sedih jek muka munga tuh..aku kemain sengih lagik.

sambil berjalan sambil membeli, hasil belian dapat free benda nih, pot from Alice in Wonderland dari HSBC.comel!



Lepas cuci mata dalam taman fantasi tu, teruskan hunting barangan my vitamin, dapatlah apa yang diidami..tersenyum2 buah hati aku tuh. suka sangat dapat benda yang di idam, walaupun tidaklah semahal mana, dan se gah dan se hebat barangan orang lain tapi dia punya suka macam dapat mainan baru, pastu macam barang tuh mahal gilerrr. Suka sangat tengok reaksi dia. Tetiba mood happy tu pun masuk kat aku. =D
** seronokkan dapat tengok orang yang kita sayang tersenyum gembira**

so Next day, acara mencari barangan ai. =P

aku??of coz la suka...ye lah masa sale hujung tahun ai tu, kami tak membeli, cuma looked around, kebanyakkan barang yang sale semua barang lama, so decided tunggu sale kecil kecilan bulan 3 ni. Itulah sebabnya barang hantaran kami pending, mak ayah aku pun asik tanya apasal tak beli2 lagik.heheh..ye tengah membeli dan membuang duitlah ni..gila lama tak shopping, kumpul duit punya pasal.wahahahah...=P

okeh, sambung!

Barang aku?dapat...masa hari sabtu ada tengok Handbag Paris Hilton dekat Mid valley, wah!!! suka la wei!!!! cantikssss sangat2, my vitamin pun aku tunjuk yang lain dia tak pandang dah...selalunya dia buat tak layan jek, apa aku pilih dia main angguk jek, tapi kali ni dia pulak yang suka terlebih, hampir2 tangan ni macam laju jek nak beli,tapi di pikir2 semula beg tu besar sangat untuk dimuatkan dalam dulang hantaran. Dah lah dalam tu letak handbag, purse n kasut **psst! purse tu dia ganti sebab dia bagi koyak purse GL ai dulu..huhu..purse memang tak termasuk dalam list, tapi dia masukkan as ganti yang dulu..suka!**.

So setelah dipikirkan masalah kemuatan barangan2 itu, we decide cari beg yang lebih kecil sedikit dan beg itu pun pilihan dia..aku ikut jek. He has a gud taste okeh. yayang dia! After dat we looking for my body care product, as usual aku akan pilih Body Shop punya product, dari dulu pakai yang tu, even ada yang cakap carilah sumthing yang differ from apa yang aku pernah guna, tapi aku tetap nak body shop jugak, biarlah orang cakap murah pun janji aku suka. ye tak?? dasar kepala batu cam tu la kan.hehehhe...


ini barangan yang buat my vitamin senyum meleret, my body product n purse. =P!

Dah shopping serba sedikit, my vitamin ada hal dengan kawan dia, aku pun heret my dear bff ke Nilai 3...cari kain untuk baju melayu, butang baju melayu untuk nikah dan hantaran, kain untuk baju aku sekali, sebab aku hanya ada lace yang my FMil belikan, mula2 lace tu nak buat baju pakai bila2 la nantikan, bila check dalam list ada dulang untuk baju + tudung, so we decide lace tu buat baju siap, then letak terus dalam dulang, so untuk baju melayu pun sama jugak, beli kain tempah siap2 then letak dalam dulang, so we all ada baju sepasang. Jimatkan?heheheh..

Ye, ye, mungkin ada yang rasa kedekut giler aku nih, tapi daripada membazir beli banyak2 kain, berjenis2, kan ke lebih baik kita pakai apa yang ada, kebetulan FMil bagi lace, i think lace dah memang seeloknya untuk diletak dalam dulang hantaran, jadi dari cari lace/chiffon lain,baik aku buat baju dan jadikan hantaran. Tak perlu membazir sangat, even ada yang cakap sekali jek kita kawen, memang sekali tapi lepas kawen ada kehidupan yang lebih besar kita nak hadapi kan. betul tak? =D jimat cermatkan amalan mulia, membazir itu amalan syaitan...:P

Lepas tuh, baju hantaran tu ada pulak kegunaan. Selepas majlis nikah pada pagi tu, sebelah petang after asar akan ada kenduri dekat rumah ayah aku, so aku akan pakai baju yang dijadikan hantaran tu, mula2 aku nak beli lain, ye lah as pengantin tak kan aku nak pakai baju kurung biasa, sedang masa bertunang baju nak glamor2, apatah lagi pengantin, so we decide pakai jek baju dari hantaran tu, dats the reason, y baju tu kami tempah siap2...sangat berjimat cermat? tak pa lah..aku bukan anak orang kaya, ayah saya orang biasa, saya bukan anak pak menteri, saya cuma anak pak johan, dari membazir tak tentu pasal, baju kurung pun jarang2 pakai, baik kita fikirkan cara yang paling baik untuk pastikan tiada pengeluran duit yang sekarang bagai air terjun terus menjadi air bah.

Dah beli kain, cari tudung pulak, tudung pun biasa2 jek..mula nak cari tudung siti tu, tapi tak ada yang berkenan, tapi beli jugaklah selendang, cam terbekanan pulak, tak mahal mana pun..then beli kain cotton untuk flower girl..wuh!!!selesai! lega rasa.


inilah kain hasil tangkapan dari Nilai 3. cantik x butang baju tu?tapi ade color putih jek..layan jek la...

so sekarang bilik dah penuh dengan barang. Take out box, barang hantaran, kotak2, door gift, wahahhah..pening2 aku tengok barang2 tu sume. Ada jugak yang letak rumah my vitamin, bilik ai dah sempit sangat, tak muat dah. *sigh*

Sory ar tajuk dan cerita tak sama..

Hari kamis nak pergi buat HIV test. Surat akuan bujang esok dapat. Hoyeh!

Warna maroon tu hot tak??

Friday, March 19, 2010

Personalize Stamp

olla...

Mulakan hari dengan senyuman, senyum kan sedekah, lagi2 hari ni hari jumaat.eh?apa kena mengena ek??hehehe

sebenarnya aku happy sangat pagi ni..semalam dah jumpa Nardea amik boxes yang aku order dari dia..hoyeh!!! boxes itu cantik okeh..dan ribbon color pun sangat2 aku suka...HOT PINK babeh! i loike uolsss...dah terbayang2 nak deco macam mana. =D Thanx Nard, kesian you tak sempat nak makan semalam..apa2 pun mekasih sangat2 yer...

picca kotak tu? ada...tapi amik dari blog Nardea jek la ye..ai punya belom deco so tak comel pong..huhuhu jadi tunjuk yang chomel jek la ek..heheh


inilah kotak yang aku beli tu

dan semalam aku dapat bertiub-tiub conditionar Sunsilk, entah ada promo apa diorang buat dekat LKW aku pun kurang pasti, tapi yang pasti my colleague simpankan sekotak perapi tu untuk aku.huhuhu..tengah fikir nak buat apa dengan perapi yang berlambak tu. Rasanya ada dalam 60 tiub kot dekat rumah tu. Hari nak bagi pada hozmate and couples of frens, pastu dah tau nak buat apa. Haruskah aku bukak booth kat uptown???hahahahha...

eh eh...citer lain la pulak terkeluar, tu ah suka sangatkan sampai ilang ingatan kejap. ;P

sebenarnya nak cerita pasal personalize stamp. I think of nak buat stamp for my wedding, untuk stamp on sampul kad kahwin nanti...sebab sampul tu nanti plain, so sajalah nak letakkan stamp dekat situ, sumthing differ konon2 la kan. Ada juga nampak personalize stamp dari Qis blog, cantik stamp dia, dan Qis sangat2 DIY B2B, hasil dari DIY nya sangat cantik n da boom! congrats to her, opss! sebelum terlupa Selamat Pengantin Baru untuk Qis & Harz. Semoga kekal sehingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat.

okeh sambung! :P

lagi 1 stamp tu nak buat untuk stamp on door gift yang dah dibeli sejak berbulan yang lalu..hahahha..gila semangat beli door gift awal2.agagaga...ai kan semangat, tapi sekarang macam kurang sikit semangat tu, tak tahu kenapa. Terkadang rasa macam stress pulak asyik berbincang hal kahwin jek, baik2 tak serabut, terus rasa serabut.hahahah..terukkan aku nih. =D
angin kus kus cam tu lah.

Aku ni tak lah pandai mendesign bagai, so cari la dari internet, browsing2 design stamp yang menarik di hati sanubari jiwa kalbu ** kalau tak merapu bukan jun namanya** he...

ini antara contohnya:



yang burung ni sebenarnya nak buat untuk tulis alamat, stamp on the burung pastu tulislah alamat kan. huhuhu..berangan tak hagak. ;P



yang ni pulak nak stamp on atas penutup door gift yang telah di wrap dengan crepe paper, dat y pilih yang bulat.



yang corak lain untuk tulis alamat.


yang ini pulak just stamp di sudut sampul jek kot...

so sekarang ni, aku tak berapa nak pasti pilhan yang mana lagi sesuai. Yang pasti aku perlukan 2 jenis stamp, 1 untuk sampul and 1 lagi untuk door gift. korang ada idea x? boleh tolong beri idea yang best sket.heheheh...

Wednesday, March 17, 2010

Make up Artist

erlow..

Heh! tajuk tak tahan..make up artist...

ye la kan, aku tak de amik MUA untuk majlis resepsi nanti, bukan setakat MUA, freelance pun tak, semua aku amik dalam 1 pakej dengan pelamin, segala mak nenek yang perlu dah dalam pakej tu. Tapi untuk majlis bertandang, aku ambil pemekap** pinjam ayat huda** freelance.

Masa majlis bertandang, aku n my vitamin tak de pelamin atau tempat duduk sambut menantu** ye kot, gitulah yang aku dengar bridal tu cakap**, kami cuma buat makan beradab dan aku akan duduk di meja itu jek, bila duduk dekat pelamin, lepas bersila lama2 aku punya lutut akan alami masalah sedikit. Aku kan gagah berani dulu, bawak motor laju2, jatuh gedebuk, lutut koyak, akibatnya bila duduk bersila atau bersimpuh lama lutut aku akan sakit yang amat sangat.

hamboi...panjang lebar penerangan..hiks!

setelah berlegar-legar, berpusing kesana sini mencari pemekap di area Kuala Terengganu akhirnya bertemu dengan anis. Eceh! ayat nak bertemu, bukan bertemu empat mata, cuma bertemu dialam maya je..aku terjumpa FP anis. Suka tengok makeup dia, sederhana dan cantik. Banyak juga yang lain aku survey tapi so far aku suka make up anis.

Bincang-bincang, berchit chat dengan anis dan akhirnya aku dah bayar deposit pada anis...so pemekap bertandang -DONE! so untuk side my vitamin, apa yang perlu kami uruskan sebagai urusan pengantin dah pun selesai...lega!

urusan resepsi di Johor???adeh!

opss!! ada lagi 1, door gift untuk VIP juga dah selesai, malam ni akan pick up barang pada Nardea from Ole-ole manis..Thx Nad. Jumpa malam nanti ek..

Tuesday, March 16, 2010

Jom g Terengganu

wehuuuu!!!

hehe..berdebu sudah blog aku nih..wahahah..tu ah sian dia, dapat tuan malas cenggini..hep!hep! ai tak malaslah..tapi banyyyyyaaaakkkkk kerja...hump! kerja je banyak gaji tang tu jugak..eh eh...:P

hari cuti minggu lepas aku balik kampung FMiL, eceh! tak menahan, FMil..malu ai..hiks!
owh aku bukanlah suka suki balik kampung, ada perkara nak diuruskan, dan urusan ku telah selesai..aku dah dapat baju idaman!!!hoyeh!!!! dan sesi ukur mengukur gelang dan rantai juga telah selesai..alhamdulillah..

apa?ha?jap jap..gambar baju kejap lah...ehhehe..suka ni suka... :P

pembuka kata, baju warna purple..dark purple, reason me choose dark purple is aku suka purple lah..huhuhu...dan rasanya itu warna yang mudah masuk dengan kulit aku and my vitamin...

ciri-ciri idaman : kebaya atau kurung

asasnya : songket

hasil : kebaya songket lace. huhuh..bolehh???tiba-tiba lak ade lace ek?ehhe

alasan pakai lace dan songket? sebab punya banyak kedai aku jelajah, dari kawasan berdekatan sampai ke bandar KT, akhirnya baju idaman jumpa di area Manir kot..kot lah..tak berapa nak pasti..hiks! kesemua baju kebaya songket yang aku cuba singkat dan sinting, kalau tak kain yang singkat, lengan dia sinting, macam baju tak cukup kain jek rupa. Aku pulak dah rupa jerangkung jek pakai baju gaya tu. Sudahnya sampai 1 kedai ni, sangatlah simple kedainya, dalam cuma ada baju2 bergantungan. Sampai2 jek mata terus tertumpu pada baju tu, aku dah tersenyum lebar sebab warna dia aku memang suka sangat2...baju nampaknya sedang elok jek dengan tubuh aku.

Lepas fitting..jeng jeng jeng..seelok-eloknya ditubuh aku..wah!!! i loike...tapi sempat lagi pergi cari lain kot kalau ada yang suka, tapi kepala asyik dok ingat baju tu, sudahnya pergi semula kedai tu kami letaklah deposit..amin..harga?? sangat murah nak banding tempat asal ku...huhuhu...

ini contoh bajunya..


colornya lebih kurang baju di atas ni.



gaya dan potongan macam ni, memang dah lama berangan nak pakai gaya indo ni, kenkunun nak tempah dengan Rumah Kebaya, tapi tak ada rezeki, tak pe lah pakai baju akan2 kebaya indo pun jadik la kan..pasrah je gayanya.hehehhe



gambaran baju lebih kurang pic tu, baju lace di luar, inner songket, kain songket bunga tabur, kain pula jenis A line cut.kot la..aku tak berapa nak pandai nak menerangkan.heheheh..



tapi suka sangat baju macam linda ni..bestnyer la hai..jatuh hati betul. simple tapi nampak gojes kat mata aku nih.heheh

source: pokcik gogel. =D

korang dapat tak bayangkan baju aku tuh?ke tak dapat?heheheh..

Monday, March 1, 2010

Kad Kahwin

Hye uollss...hawau u today.. =P

urghhh! sakit perut dari subuh tadi sampailah sekarang. pagi tadi dah beli pil chi kit tek on a.k.a pocai ( kalau cakap dengan mak panggil pocai jek..mana ntah dapat nama tu aku kurang pekse), tapi boleh lak tertinggal dalam kereta, dah lah hari ni my vitamin bawak keta pergi opis.hesh!
tak pe lah aku redha jek, sapa soh makan banyak2 semalam. ;P

owh! cerita pasal semalam aku pergi pameran pengantin dekat Alamanda, not so bad even sikit jek bridal yang sertai...hurm...
tetapi hasil dari lawatan ke Alamanda, eh tetiba lawatan plak...ntah la pape jek la, yang penting aku pergi sana dan telah pun buat tempahan kad kahwin...hoyeh!!! settle 1 lg perkara but lots to go..gambate jun-chan!

Tapi masa memilih adoyai..bukan main lama lagi, my vitamin punya cerewet pun boleh tahan jugak...aku suruh amik pakej je sebab jimat woooo..ai kan suka berjimat cermat =P ** sebab bajet ciput** tapi my vitamin plak lebih prefer pada yang tidak dalam pakej, sebab pakej yang aku suka, dia pulak tak berkenan, tapi bila yang dia berkenan harga pulak macam aku tak suka, mahal sangat bagi aku, padahal nanti kad tu ke tong sampah jua akhirnya. bukanlah aku tak hargai kad tu, tapi berapa lama sangat kita nak simpan, lama2 bila dah tersimpan, bila jumpa balik sah sah aku akan buang, so same goes to my card la kan. Cara terbaik, pilih yang cantik tapi tidak cekik darah..hahahha...

Mula-mula dia berkenankan kad lanscape 4x8, aku pulak suka macam buku 6x6 tapi kad biasa 1 warna, design ikut suka hati, pilih je mana2 janji 1 color saja. Ikut aku ok jek, xde hal, sebab pada kad tu leh letak manik2...comel,huhuh.. tapi my vitamin, tak nak.ngeh...tengok punya tengok, belek punya belek, sudahnya we decide untuk pilih A4 dan cetak kedua belah pihak dalam satu kad. Rasanya orang dah biasa buat macam tu, tapi aku ada alasan sendiri kenapa pilih kad tu.

1. ** ceh, siap ada no segala =P** sebab belah aku boleh design lain dan color lain, pihak lelaki boleh design lain dan color lain utk nampak beza. kalau pakai kad lanscape muka depan, dalam sama jek. Kalau pakai A4 page utk pompuan lain, belah lelaki lain, cuma design dan color combination akan di synchronize kan..eceh!
2. peta/ map lebih besar, senang orang nak melihatnya..
3. ikon2 dalam peta pun berwarna dan jelas. kalau stesen myk petronas leh letak logo petronas dengan warna sekali, kan cantik gtu..agagaga...
4. Kalau ada salah satu pihak kekurangan kad boleh jek amik pada pihak satu lagi..kan jimat..tak payah nak print banyak2..
5. printing utk color 4x4 maknanya color depan belakang berwarna, bukan depan berwarna, belakang color hitam jek.
6. Kami berdua suka pada kad ni, tak banyak songeh. bila kad yang my vitamin suka,aku pulak kureng minat, bila kad aku suka dia pulak banyak komplen, tapi tang kad ni dua2 pun setuju. Jadi nanti dapat kad, tak de lah situasi rungut-merungut tak puas hati, sebab dua2 pun pilih kad ini. itu yang paling penting..kan kan?
7. segala grafik tidak di caj, means kalau kita ada design sendiri berikan pada mereka dan tiada caj rekaan grafik dikenakan, dan mereka tidak menggunakan kaedah template. semua adalah customize. Kita hanya perlu pilih bentuk kad dan apa finishing yang kita mahukan. untuk lebih details boleh klik pada alamat ini gedungkadkahwin. Kang kalau terbagi salah info aku lak kene fire.
8. Design kad banyak yang menarik di hati, dari yang simple, chicky kinky winky, cartoon, kerawang mawang, semua ada. silalah pergi menjenguk gedungkadkahwin atau terus ke kedai mereka di Puchong. ** owh, abang shah, jun dah boleh dapat diskaun ni promote ur kedai..ahaks!**
9. lagi suka sebab dapat bunting FOC walaupun tidak amik pakej, tapi sebab booking ketika promosi so dapatlah bunting...auuwww! i likee....


Sebelum ke Alamanda sebenarnya aku pergi ke majlis perkahwinan kawan aku masa di politeknik..majlis dia berlangsung di Dewan Bankuet, MBSA.


** bunting nanie & ariq

cantik dewan tu, 1st aku pergi, nice dewan nye.

aku tiba agak lewat, pengantin dah ke meja makan beradap, dan paling best aku tak bawa camera..ueffff!!!

tapi masih lagi bernasib baik kerana pengantin berjalan melalui meja ke meja dan akhirnya sampai ke meja aku..dapatlah aku bertemu mata dan ucapkan tahniah padanya..

Makanan dia sedap, paling sedap lauk kambing.agagaga...tu my vitamin yang cakap, diakan peminat setia kambing.huhuhu..air sirap limau dia memang seeedaapp..di tengah cuaca panas dapat sirap limau memang terangkat..

Pelamin cantik, simple, just nice. Make up pengantin pun tak keterlaluan, tak merubah muka pengantin tapi pengantin tetap berseri-seri. Door gift pula, i like....bahulu bunga kot..tak pun ada yang panggil bahulu pecah lapan. sedap bahulunya. lupa pulak nak bawa kotak, esoklah jun letak alamat dimana boleh dapatkan bahulu tu yer..mana tahu ada di kalangan B2B yang berminat.

Ok, untuk itu marilah menatap wajah si pengantin..ini saya cilok dari FB nanie.



Untuk Nani dan Ariq semoga kekal hingga ke akhir hayat..


** door gift adalah yang warna merah itu.


** gerbang di aade 2 bebola kecil..comel.


** pelamin yang simple n nice, aku sukaaaa...