Thursday, December 30, 2010

Proud to be Malaysian!

Sekalung tahniah untuk Malaysia!! terpaling paling tahniah untuk FAHMI!!! hoyeeehhh!!! hahahahahah...abis dah semua dok pakat gila Fahmi...hahak!

source::gugel

semalam masa tengok bola gila koooooo eksited gila oooooo....bila dapat gol pertama dok terkinja-kinja weiii...terus rasa wokeh, Malaysia selamat sangat. Bila pemain Indonesia sampai depan gawang mulalah aku dok "ehhhh....woooo woooo..." macam jenis sound effect terkeluar. Rasanya ni pertama kali Malaysia main, aku dok depan TV dengan tekun dan saksama. hahahha.....

Ada sedikit kecewa jugaklah bila defender kita asik bolos jek..urrghh!! maka kerana itu sangat adore dengan FAHMI CHE MAT.owwwwhhh!!!! terasa macam dia SUPERMAN bila bola dapat di tampan setiap kali defend kita dapat di bolosi oleh Indonesia. HEBAK! ;p


source:: FB Khairul Fahmi Che Mat

Aku suka setiap kali dia buat tangkapan, bola tu kemas, jarang sekali bola dia 'muntah'. Rasa bergaya betul bila dia dapat save bola tu dengan selamat.

Safee pon beraksi dengan hebat jugak, bola sampai hujung kaki jawapan mestilah ke gawang gol! setiap shot dia memang tajam. Sharul pulak, memang cool bila gelecek, passing bola pon cantekk. ;D pemain lain?? Aku kurang tau.ahhahaha...yang aku tau, aku kurang suka Sabri, kenapa? tak moh ahhh cakap...macam memandai plak kan...yang best jek citer.ehehheh

eh? konon kemain nak komen orang.hiks! tapi ye la 3 orang ni memang hemsem bergaya kat atas padang kan. Jadi memang patut dapat pujian, yang lain2 pon, kalau tak ada, tak juga menyumbang hemsem bergaya pada 3 orang yang aku cakap tu, betul tak?

Kerja berpasukan mesti ada kerjasama yang mantap, bila mantap barulah MALAYSIA JUARA!

ps:: Bangga bila orang Malaysia tetap cool even kena laser pon. hiks! Fahmi memang comey deh!

pss:: yang penting ESOK CUTI!!!

Monday, December 27, 2010

Larian berganti ganti. Jom!

Salam korang....

Actually nak update pasal wedding hari minggu baru ni, tapi update laju-laju pasal diri sendiri la ek.
Ni tengah mencuba hapdate pakai telepon pintar kikikik galak sangat ber"telepon pintar" bagai. ;p

Nak mengadu lagi..... Redha jek la ek.. Hari ni aku laki bini bercuti free dalam kata lain MC, setelah kami melakukan acara lari berganti ganti dengan jayanya dari malam membawa ke pagi membawa ke tengah hari. Parah.... Longlai dah aku rasa. Aku rasa kalau toilet bowl tu boleh bercakap mau dia kata " udah ler tu.... Letih dah aku ni... Tak de rehat2 " seksa nokssss... Makan pil chi kit teck on pon tak jalan... Selalu ok jek, lepas makan ubat tak lama ok dah. Ni..... Harammmmm.... Tak jalan langsung. Lagi buat kitorang berebut bilik air adelah. Adehhh!! Seksa mak nokksss...

ps:: ok dah ngadu dah. Kami pon dah tak lari berganti ganti lagi ;p

Thursday, December 23, 2010

mual


dari semalam malam aku rasa tak sedap badan, tak tau kenapa. nak kata lapar kebulur tak la jugak, sebab semalam sebelum rasa cam tu aku baru jek lepas makan. Sebelum rasa mual menyerang, aku relax jek dok ke sana ke sini kemas rumah, basuh kain baju, basuh tuala bagai. Elok lepas jek makan, tak lama aku rasa mengantuk maha hebat.......pastu rasa perut cam lapar giler, tekak rasa mual, rasa nak muntah tapi tak muntah.

Dah lah semalam hubby tak ada, pergi main bola. Duduklah sensorang layan TV, sambil layan tekak meragam. Bila hubby balik rasa senang hati sket, ye la aku ni cengeng lebih kalau tak sehat, nak berteman, nak merengek jek.hahahah...

Bila nak tidur, aku pon landing la kan, terus rasa semacam, makin mual tekak, makin tak selesa perut ni. Rasa macam orang puasa pastu lapar gilerrrrr...sudahnya hubby ajak tidur kat depan TV. Dia amik toto tidur bawah, aku??? aku tidur duduk okehhhhh. Nasiblah kerusi tu jenis L-shape, leh jugak nak melunjur kaki. Sapu minyak yu yee bagai, kat belakang kat perut, kat leher, kat hidung baru macam selesa, but still tak boleh nak baring, jadi aku tidur duduk sampai ke pagi.

Pagi ni plak, perut aku still tak boleh blah, masih rasa lapar tahap orang tak jumpa nasi 7 hari, tekak loya yang amat. Aku pon tak tahu lah, masuk angin ke apa ke. Mata mengantuk macam orang tak tidur 2 hari. Last2 text manager datang lewat sket, rest dulu dekat rumah. Tapi masalahnya, sekarang aku dah pon dekat opis and still lagi rasa mengantuk padahal dah bangun lewat.apakah?? nak pergi klinik pon tak tau nak cakap sakit apa, ada doktor cakap aku saja nak MC. hurm...tak ad mood la nak kerja...hurmmmm....

ps:: saja nak mengadu. ;p

Saturday, December 18, 2010

Bicara Ilmu :: Kanser Servik

salam...

Aku tertarik dengan benda ni lepas tengok iklan " dapatkan suntikan pelalian virus HPV ( human papilloma virus) untuk remaja berusia 13 tahun" suntikan perlu ambil 3 kali berturut2, bermula 0bulan, 2 bulan dan 6 bulan. Itu secara ringkasnya, nak tahu lagi details boleh klik di Utusan Malaysia Online.

Aku nak berkongsi tentang kanser serviks untuk orang dewasa terutama kita yang dah berkahwen ni. Memang semua maklum, mungkin juga dah tahu dari awal lagi cara2 pencegahan, tapi mungkin juga hanya ambil tahu sikit2 ** macam aku** heheh...

segala info adalah dari Info Sihat ::


ihsan google

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Jenis rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.
Setia pada pasangan anda.
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.


credit to klinik hayati


Apa itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Menurut sumber yang aku baca, ujian ini tidak meyakitkan, tapi menurut orang2 yang aku kenali, ia agak sakit dan ngilu ;P.

Perkara penting yang perlu kita ketahui::

Sewaktu ujian dijalan, berikut merupakan prosedurnya::
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Bagi menjalani ujian, kita perlu pastikan perkara berikut::
  • Tidak dalam haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
  • Tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Ujian Pap Smear bolah didapati::
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Makna setiap keputusan yang diterima::
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apa itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
ps:: segala info aku copy dari Info Sihat yer..ye la sesekali berkongsi benda bermanfaatkan, kita ni kadang bukanlah rajin tetiba nak cari info tentang sesuatu perkara lagi tak terkena kan. ke aku je cam tu? hehehehe...

semoga info ni berguna yer korang *wink* *wink*

Wednesday, December 15, 2010

Blogger W:: Raihana & Faizal

Olla...

sorry all..lambat giler update wedding hana..
dat day aku sampai lewat, dalam 2.30 kot..aku pergi dengan cik puan Farah Fatihah** pengantin baru, inai masih merah gitu...**


berperasan dulu sementara tunggu lif. mangsa adalah si suami.huhuhu...

sesampai jek dekat dewan, terus di minta ke meja guest book..suka! sweet jek deco meja, siap ada gula2 lagi tau, tapi tak amik pon. aku rasa meamng sesuai letak gula, sebagai pemanis gitu, nama pon meraikan cinta dua hati.hiks!

pakcik yang minta tulis di meja guest book sangat comel, siap berpesan " jangan tulis nakal2 eh.." comel pakcik. :D okeh..saya tak tulis nakal2, baik2 je...ehhehe







sorry fara...dah tulis baru ingat nak snap.huhuh...

masuk dalam, terus menuju tempat makan huhuhu..nasi sedap, lembut. Maka haruslah mengambil gambar pasangan pengantin baru kan...

muka mereka adalah sepasang, cam adik beradik. mudah2han jodoh kekal ke akhir hayat.. ;)
samakan?kan?

then mestilah mahu menunjuk muka pada pengantin...kadang suka jugak datang lambat2 nih, sebab pengantin dah kurang bizi, jadi bolehlah menyelit mengambil gambar bersama2.

Hana comel sangat dat day...suka mata dia yang besar dan galak. jeles mata ai kecik dan sepet. huhuk..


ceria je muka pengantin kita, peace!

sori for bad quality picture..HP je pon..huhuh

lepas beramas mesra dengan hana, mestilah beramas mesra dengan Fara sebelum masing2 menuju ke destinasi sendiri.


cik puan Fara kita!
seb baik ada fara, ada teman nak ke wedding hana, kalau tak haruslah aku kayu terpaku dekat kerusi, malu la pulak sorang2 nak mengendeng Hana nak ambil gambar.hahak!

opss!! biskut dalam door gift adalah super sedappp!!! nyummy! dua2 bungkus aku yang ngap. my vitamin redha jek biskut dia di curi.huhuhu...

Anyway for Hana n Faizal, semoga perkahwinan yang di bina hingga ke syurga.



Friday, December 10, 2010

Resepi :: asam pedas ikan duri

Hye!

rasanya lama dah tak kongsi resepi kan? tapi aku ni kongsi resepi2 mudah jek..masak cincai tapi sedap. heheheh..

asam pedas ni kalau nk masak kene pekat2 specially kalau masak ikan2 yang hanyir ni, contoh pari, ikan duri, ni antara ikan yang hanyir, kalau cuci tak betul bau dia memang kuat.

ada tips nak kongsi :

kalau korang simpan dalam peti ais sah2 bau dia saja memenuhi ruang peti ais korang, so nak bagi bau tu hilang, korang hiris limau nipis, atau belah jek dua, pastu letak dalam peti ais tempat sejuk beku tu, insyallah bau ikan tu tak menggangu deria bau lagi.



jom layan resepi:

bahan-bahan (2-3 orang makan)

Ikan duri - ikut banyak mana korang nak
cili boh - satu senduk
cili padi - 5-6 butir jek -tumbuk.
bawang besar - 1 labu setengah - tumbuk
bawang putih - 3 ulas - tumbuk
lada hitam - ikut korang la, lg banyak lg berasap - tumbuk
belacan - setengah inci - tumbuk
halia - tumbuk
air asam jawa - pekat.
daun kesum - ikut la nak banyak mana

cara memasak:

cuci ikan dengan air asam, untuk hilangkan lendir, bau hanyir dia.

1st tumis cili boh hingga garing, masukkan bahan2 yang telah di tumbuk, masukkan air sedikit, kacaukan sebati. Kemudian masukkan air asam jawa, agak2 la kan banyak mana, kemudian masukkan ikan. Tunggu hingga mendidih dan pekat. Lagi pekat lagi sedap. Jangan lupa masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan daun kesum. Haruuuummmm...
dah pekat? siap hidang untuk di makan.

nak best lagi?

sediakan ulam-ulaman, macam pucuk ulam raja atau kacang botol **yeke?heheh**.

nak lagi best?

buat sambal belacan...

cara buat sambal version aku

bahan-bahan

belacan
cili padi
bawang putih
gula
air asam jawa

cara cara

tumbuk cili, bawang putih. belacan dan gula hingga lumat. Kemudian campurkan sambal tadi dengan air asam pekat **janganlah sampai macam air asam, cuma biar dia cair sedikit.sedapp wooooo**

selamat mencuba!

ps:: my vitamin bertambah2 makan. nyummmsss!

Friday, December 3, 2010

siapa lebih cinta?

olla...pagi yang ceria..

siapa lebih cinta?eceh! bertanda soal lagi. ;D



satu topik yang aku sangat2 menarik minat aku untuk terus menerus dengar ceramah tu, aku tak tahu nama penceramah tu apa, sebab dengar suara je masa tu.

dalam ceramah dia, orang lebih memberi, orang itu lah yang lebih cinta. memberi ni bukan dari segi perhatian saja yer, contoh si suami selalu tolong isteri di rumah, selalu belikan hadiah, ingat setiap kejadian yang pernah berlaku antara kita, ingat saat2 indah dan manis berdua, selalu call, selalu beri suprise dan si isteri hanya menerima.


ini cinta aku. ;D

aku beri 1 situasi :

A ajak B keluar, dengan perasaan eksited gila nak keluar ni, pakai smart, wangi, hensem giler, tapi bila jumpa B, si B ni cantik juga, tapi tak eksited seperti A, bukan tak sayang bukan tak cinta tapi cinta B kurang berbanding cinta A pada B.

1 lagi situasi:

Si polos tiap kali birthday mesti nak bagi hadiah atau suprise untuk gembirakan hati si lugu, tak ada niat di hati, si lugu perlu balas semula perbuatan dia, sebaliknya si lugu jarang2 memberi suprise, hanya ucapan atau hadiah2 biasa saja. itu dah cukup. Si polos kalau menerima rasa sangat gembira, tapi si lugu pula bila dapat suprise gembira tapi biasa ** paham tak?**.

1 lagi situasi:

tiap2 bulan si cinta bagi kad ucapan pada si kasih, tanda ingatan dah berapa mereka berkasih sayang, si kasih pula hanya menerima dan beri ucapan terima kasih. si cinta setiap kali bergaduh cuba pendam semua rasa sakit di hati asalkan si kasih tidak terasa sebenarnya si cinta kecik hati dengan dia.

itu antara contoh yang boleh aku berikan, pokoknya siapa lebih memberi dia lebih cinta. bukan yang penerima tak cinta cuma yang lebih memberi lebih banyak cintanya..

walau apa pun si pemberi dan penerima, ada cinta di hati mereka..cinta dengan ikhlas, maka setiap perbuatan adalah ikhlas, jangan pernah di ungkit pemberian kita. ikhlas lebih indah dari mengharap balasan.seperti cinta ibu pada anak, tak pernah jemu memberi. ;)

menyesal tak sudah

salam..

pagi tadi dengar HOT.fm, ada sorang brader ni cerita soal penceraian dia dan isterinya..adoyaiiii....takut dan serasa senak perut den. aku memang alahan betul dengar kisah cerai berai ni, aku penah buat satu entry tentang ini dan ini. Kalau korang dah baca haruslah korang tau kenapa aku alah pasal penceraian ni. nak mendengar pon aku dah takut apatah lagi kalau benar berlaku, minta di jauhkan.

ada sorang pendengar cakap : ' lelaki bila dah bercerai baru nak menyesal, sebelum tu tak pula sedar silap dia" :

tak tahu nak setuju ke tak dengan kata2 dia. sedikit tu aku terima jugak tapi rasanya semacam tak adil pulak bila meletakkan kesalahan macam tu pada brader tu. setiap manusia ada lakukan kesilapan dan berhak memperbaiki kesalahan tu. Kalau tak masa kan ada perpatah ' dah terhantuk baru nak terngadah'. kan? Kadang kesilapan tu bukan pada suami je, mungkin juga ada sikit sebanyak datang dari isteri, kita tak tahu. bukanlah aku nak cakap wife brader tu salah atau penyebab, sesekali bila berlaku sesuatu perlu juga kita merujuk diri kita sebelum menuding jari ke orang lain.



ada pula sorang pendengar ni cakap : " cuba menerima apa yang berlaku, bila gagal yang ini, mungkin Allah nak berikan yang lebih baik" :

aku agak bersetuju dengan kata2 abang ni, tapi rasanya aku lebih suka jika masjid yang sedia ada di perbaiki kerosakkan dan kepincangan nya berbanding kita membina masjid yang baru. Mungkin bila kerosakkan tu di perbaiki ia menjadi jauh lebih baik, who knows rite?

apa pun sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan tak kira korang berkawen, bercinta, adik beradik, berkawan atau apa saja yang namanya ada kaitan dengan perhubungan peliharalah sebaik mungkin, jauhi perkara2 yang boleh menyakitkan hati orang yang kita sayangi, bila berlaku sebuah perpisahan akhirnya kita " menyesal tak sudah " .

ps:: kata2 pendengar tu aku dah ringkaskan yer. tak ingat la semua sekali.

Thursday, December 2, 2010

Wednesday, December 1, 2010

bukan kehendak hati

salam

hari ni aku agak emo sikit la, tak tahu kenapa.

masuk bulan 12 ni lagi 5 hari cukup 6 bulan aku bergelar isteri. dan seperti biasa soalan2 indah bergawang depan muka tiap kali jumpa orang2 yang dikenali dan tahu aku dah kawen berapa lama.

mula2 ok jek, tapi lama2 semacam sembilu plak.hahahha..ke aku ni cepat terasa? entah.

sememangnya aku tidak merancang, malah berharap di kurniakan cepat, memang dah teringin pon, cuma bahagian aku yang ini belum lagi Allah nak makbulkan, jadi aku sabar je la kan, tapi bila dah diasak selalu agak menyilukan tangkai hati pulak.

lagi-lagi ada suara sumbang berkata aku takut gemuk nanti badan dah tak cantik lagi. huhuhuhu..mana ada...aku tak kesah kalau gemuk sikit lepas ada baby, lagi semenggah aku rasa dari badan aku yang melidi sekarang nih. kalau memang aku merancang aku tak kesah, aku boleh sengeh2 jawab aku tak bersedia, tapi ni bukan tak bersedia, cuma belum lagi hendak di beri oleh-Nya.

dah lah dari semalam hati aku di cabar je kesabaranya, pagi tadi rasa marah tu dah surut, tiba2 dapat lagi berita yang buat panas jek telinga aku ni, tapi masih lagi nak sabar, kejap ni tadi, bila jumpa dengan orang yang buat aku marah tu, bila aku pinta penjelasan sedap je nak point finger kat aku. geramnya....nak benti keje boleh tak??? huh!

eh? cam tak ada kene mengena pulak dengan usia perkahwinan aku yang menjengah setengah tahun ni. huhuhuh...

ps:: korang doakan aku cepat dapat baby yer. hiks!

edited:: post aku lebih kurang sama dengan pn H&H **pn ija tq kerana maklumkan, ada kimia pulak ai ni.hiks!**