Monday, January 24, 2011

Resepi :: bayam goreng tepung bersira sambal.

salam semua...salam isnin...

mulakan hari mu dengan senyum kerana senyum itu penawar ;D
senyum kan dapat pahala, bukan susah punya keja...huhuhu...** tu peringatan untuk diri aku, sebab ramai cakap muka aku ni serius jer..**

rasa cam dah lama tak kongsi resepi kan. semalam aku masak udang masam manis, di kawankan dengan bayam goreng tepung. sedap! ceh semua masak, semua nak cakap sedap. ;p

tapi betul..kalau tak sedap tak mau la kongsi..wat malu jek.heheh..

dah mari kita tengok apa bahan-bahan yang di perlukan.


credit to ::hpadansebenarnya

bahan mentah::

tepung goreng agro mas / tepung adabi ** tapi agro mas lagi sedap, ada perisa sket**
sayur bayam
minyak

cara-cara::

panaskan minyak, sampi betul-betul panas. Masukkan bayam yang telah di salut tepung, tunggu hingga masak. Biasanya bayam akan jadi macam keropok sket, cam tu baru sedap, kalau lembik2 tu maknanya minyak tak cukup panas. ;)

Ok itu untuk gorengan bayam, untuk siranya pulak.

Bahan-bahan::

cili boh
1 labu bawang di hiris
2 ulas bawang putih
air asam jawa
garam
aji no moto
gula

cara-cara::

Panaskan minyak, masukkan cili boh, goreg hingga garing, masukkan bawang2, gaulkan rata, masukkan air, dan air asam jawa. Kacau rata. Kemudian akhir sekali bubuh garam, gula dan aji no moto. Kuah sira ni jangan pekat sangat jangan cair sangat, sedang2 jek.

Bila dah siap curahkan di atas bayam goreng tadi...dah siap...boleh di makan macam tu jek, atau makan dengan nasi..sodapppp..... ;D

gambar tu aku amik dari blog orang yer...korang bayangkan la bila bayam tu di sira sambal. ;D

selamat mencuba resepi cep june..tata...

Wednesday, January 19, 2011

ice room at bangi

yuhuuu...korang.... ;D

ceh! giler mengada nak ber korang korang. ;p

lapuk tak kalau citer sabtu lepas baru nak citer ai ni? tak kan?tak kan? hehehhe...
aku baru jek transfer gambar ni dari HP hubby aku..HP ai buruk, gambar tak tantek... ;(

sabtu lepas aku pegi Ikea, cari cermin.jaohhhh nooooo.....hahahahah..gedix.
ye la cermin adalah alasan semata mata, sebenarnya saja nak berjalan-jalan, bak kata hubby, asyik2 SK, alamanda, SK, alamanda.boring.

okeh.......boring ek, jom pegi Ikea, untung2 ada berkenan boleh leburkan duit.hahahah...

maka, dengan kadar segera yang tak berapa nak segera sampaikan my vitamin malas nak keluar dek kerana aku bersiap lama giler, kami pon menuju dengan jayanya ke Ikea, dan dapat membawa balik cermin yang di idamkan...eh..tak di idamkan pon, sebab cermin idaman adalah sangat mahal, RM154 mahal tak? kalau nak banding dengan cermin harga RM29.90? agagagagag..giler ko..aku kedekut kot.tak yah cermin RM154, RM29.90 pon cantek. ;p
cermin color coklat tukar jadi hitam. hidup kene kretip! ceh! setakat spray hitam ko nak citer pasal kretip.hahahah...

esok ah aku ambil gambar cermin tu, terlupa plak. eh????cam melencong citer kan? kikikikik....

aku nak citer pasal ICE ROOM kat bangi. cantek oooo kedai dier...gile ko..aku jakun tak tau ada ice room kat citu. ;p

meh meh aku tunjuk gambar meh.sejuk mata memandang, sejuk juga tekak ni dengan ice kepal + ais krim dia.


cantek kan.sukanya hijau! ** abaikan kete hitam itu yer...tuan dia terhegeh sangat nak amek gambar ;p**


ini kawasan luar dia, bagi aku cozy la, specially hubby ai kan merokok...tu yang sesuai sangat tu...


tomel menu yer....tantek tak luar dia? mel kan. pic dalam dia aku tak pulak amik. ;D


eh...tuan tanah mesti la nak posing kannnnnnn....hahahha sila tengok dagu tuan tanah, aku dah ada double chin weiiii....uwaaaaa...gemok!


ha..tengokkkkk..dasar...orang datang makan ice cream, aku laki bini makan nasi lemak dengan prawn mee lagik.kakakak...

tu la ice cream nyer, dalam mangkuk hijau tu, aku amik perisa bluberry,sedap! lambat cair. boleh di kongsi 2 orang la 1 mangkuk tu. Price range dia, ok la.tak de la mahal ke apa, biasa jek. next time nak datang lagik, nak cuba ice cream lain, bukan nak melantak cam ni.hahahha...

Friday, January 14, 2011

rumah yang di sangka syurga rupanya neraka

salam jumaat semua...

haish! korang tahu aku ni menahan panas bara di hati dari malam tadi, dari aku tengok sedutan untuk berita TV3 lagi. sakitnya hati ni......memang laknatlah orang2 itu.

Berita yang wat aku rasa, memang manusia sekarang ada yang tak layak di gelar manusia, walaupun masih dalam siasatan, aku tetap rasa sakit hati yang amat sangat! ;(
kalau sebelum ni cerita buang bayi hari-hari kita boleh dengar, kemudian suami, bunuh isteri, amuk satu keluarga, terbaru mak ayah sanggup dera anak sendiri hingga menyebabakan kematian, sedangkan itu darah daging dia, dan semalam pulak budak2 di rumah KEBAJIKAN, rumah yang aku anggap adalah syurga bagi mereka tapi malangnya mereka di jadikan hamba seks!!!!!! dirogol, diliwat, ;(

Ya Allah..
manusia...di mana perikemanusiaan kamu, di mana akal fikiran kamu...di mana letaknya hati nurani kamu...kamu yang bergelar manusia...tanyalah diri kamu itu, tidak ada ke perasaan belas, tak lihat ke kanak2 kecil itu perlukan pertolongan bukan penderaan. Jangan hanya kamu memberi makan maka kamu boleh melakukan sewenangnya. Kenapa perkara jijik itu berlaku di tempat yang sepatutnya memberi kehidupan kepada mereka..kenapa....

Luluhnya rasa perasaan aku ini..bergenang air mata aku,nak menitis air mata ni. Fikirlah..kalau dah duduknya di rumah kebajikan apa lah yang mampu budak2 tu buat, sekuat mana diorang nak melawan sedangkan itulah satu2nya tempat mereka berlindung, mengharap ihsan seorang yang bergelar manusia. sampainya hati......

aku dah tak tau nak gelarkan orang2 yang berhati syaitan ni, nak katakan binatang, binatang pon sayangkan anak. Apakah mereka ini??

Thursday, January 13, 2011

cinta kedua juga indah!

entry ni memang lovey dovey punya yer...korang kalau mual, aku mintak maaf. ;p

semalam berbual dengan hubby, cerita tentang perhubungan kami. tahun 2011 merupakan tahun ke 5 aku kenal dengan my vitamin. Seyes babe aku macam tak sangka, tak percaya. Aku tak pernah rasa macam " lamanya aku dah kawan dengan dia..." , " bosannya kawan lama2 ni.." atau apa saja yang menggambarkan LAMA.

Apa yang aku rasa, SEKEJAP. Seakan tahun2 yang berlalu tu macam tak terasa, terasa cepatnya masa berlalu. Sebenarnya aku tak tahu bila aku start seyes dengan my vitamin ni, apa yang aku ingat 1st time kami keluar masa birthday dia 26 july, masa tu aku baru patah hati kot. Dah lama dia dok usha, ajak keluar, ajak makan, bukan tak pernah keluar sama, pernah, tapi dengan budak opis, keluar ramai2, lepak mamak sama2, keluar berdua memang tak dapek la jang yo...

Masa 1st time keluar pon sebab ada budak opis aku wife dia bersalin, so ramai2 la kiteorang pergi melawat, time tu aku naik kereta dia, member wat muka cool jek.poyo.hahahah...
Masa nak hantar balik rumah tetiba kereta lalu jalan lain, terus tuju ke tasik, tasik tu dekat jugaklah dengan rumah aku, dan sejak dari hari tasik tu aku dengan dia mula berbaik, dan semakin lama makin mesra, aku rasa kami betul2 rapat bagaikan belangkas, bagaikan gam gajah dalam bulan febuari tahun berikutnya.

Pertama kali kami berdating?
dating di tasik, dating yang tak berapa nak romantik tu, dating tanpa sengaja, dia mengambil kesempatan dalam kesempitan, mentang-mentang tumpang kereta dia, peluang jangan di lepaskan.hahaha...my vitamin pakai baju putih, colar baju warna biru pekat, aku pakai t-shirt hitam kot. Tengok! baju dia aku ingat, baju sendiri tak ingat.kikikiki

Katanya ni lah besday present dia. malu sipu-sipu ai u.

Pertama kali dia belikan aku bunga?

itu pertama dan terakhir kot..hahahha..aku memang tak suka bunga dan dia pulak bukan mat bunga kot. ;p
Masa tu malam valentine, memang tak ada niat langsung nak sambut kebenda bagai, saja pusing kat area stulang, masa berhenti kat simpang ada la sorang budak cina jual bunga ros, sementara tunggu boleh jalan, my vitamin pon beli la sekuntum. Ros Putih. hati macam cair weiiii...padahal dulu kalau dapat bunga jawabnye kalau tak ke tong sampah, aku kirai-kirai jek kelopak bunga tu. Bila my vitamin bagi, hati kembang woooo...
Last, stop nak makan steamboat kat lori makanan ' orang jb mesti tau, tak reti nak cakap camne', tepat pukul 12 adala budak2 cina kat citu bakar bunga api...even dorang wat untuk gurlpren dorang, aku tumpang la 2 kaki kan...huhuhu..teruslah hati ini terpaut..owh!

Pertama hadiah dia bagi?

senang citer percintaan kami bukan lovey dovey pon, dia belikan aku jam tangan. Itu pun time besday aku kali ke 3.hahahha...masa 1st time dia xbagi apa2, padahal kalau orang lain mesti beria bagai, nak amik hati la katakan....dia? haram...ucap selamat pon aku dah syukur.hahahah kali ke2 kek coklat. ;p sempoiiiii punya boipren..apa je dia bagi ke, tak bagi ke,tetap kau di hati ku. ;D

Pertama kali jumpa mama & ayah?

selepas 2 tahun lebih kami berkenalan, bercinta, bergaduh, bertomoi, bermacam ber lagi, akhirnya hujung tahun, my vitamin bawa aku jumpa mama dan ayah. Kami hanya bersetuju jumpa mama & ayah bila kami berdua nak teruskan hubungan ini ke peringkat yang lebih baik. Alhamdulillah hubungan aku dengan my vitamin direstui...keluarga aku memang dah lama kenal my vitamin, hanya aku je tak pernah kenal keluarga dia. ;p

Pertama kali dugaan terhebat?

opsss!! hampir2 membuatkan aku ingin melupakan siapa dia dalam hati aku. Syukurlah aku tak lakukan itu. kalau tak haruslah aku kala ni sedang meraunggg...wooooooo.......'gaya ala2 tarzan gitu...' ;p

Pertama kali dia masak?

Aku kurang ingat bila, rasanya kiteorang dah bertunang masa tu, dia buat mee goreng...sedap woooo...sampai sekarang, kalau nak makan mee goreng, haruslah my vitamin tukang masaknya.

Pertama kali romantic dinner?

Juga time besday aku...besday aku setelah bergelar isteri. dia nampak comel sangat...sebab malu2. Dia malu bila dia rasa apa yang dia buat tu cam mat jiwa-jiwa.cute.

Pertama kali orang can read my silent.

Ya, dialah orang pertama yang boleh baca segala rasa aku, even aku tak berbunyi pon. Aku tak luahkan, aku kosong, tapi dia paham. Tak pernah gagal 'setakat ini la'.

Pertama kali aku pertahankan hak aku.

Dialah orang pertama yang aku pertahankan bersungguh-sungguh. Tentangan dari family aku hebat......tapi aku pertahankan, datang pula kekasih lama dia, juga aku cekal, tempuhi juga. Rasanya dengan dia banyak betul dugaan, tapi aku tetap harungi. Entah dari mana datang semangat tu tak tahu. Sebab aku orangnya selalu mengalah tanpa cuba bertahan.

eh dah berapa banyak pertama kali da....cukuplah. panjang lebar dah ni..mual2 pulak korang baca.hahahah...

end of the story...kalaupun cinta pertama gagal, tidak bererti cinta yang kedua tidak bisa mengatasi cinta pertama di hati. yang kedua juga indah malah bisa lebih indah. Kita tentukan sendiri. kan?


cinta hati saya..kalaupun bukan dia yang pertama, aku berdoa dia yang terakhir.

Wednesday, January 12, 2011

sampai tua by fynn jamal

korang tau sapa fynn jamal? aku pon tak kenal, tapi aku sangat sangat sangat suka setiap hasil karya dia. Apa saja. Lagu lagu dia, lirik yang di gubah bisa meruntuh jiwa aku setiap kali, tak pernah gagal.

Nak ulas panjang aku tak pandai. Dengarlah ok. rasa sampai hujung hati.



video ni aku ambil dari FB fynn jamal, liriknya juga. Harap fynn tak marah yer. teruskan berkarya.

sampai tua

kasih

kesatkanlah airmata

ku dah tiba

kasih

percayalah aku kan ada

sampai tua

ini sumpahku padamu

usah kau patah dan layu

garing siang malam beku

pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut

tetap datang petir ribut

setiapnya aku sambut

untukmu takkan ku takut

takkan ku takut

takkan ku takut

takkan ku takut

kasih

biarkanlah apa saja

takdir kita


kasih

pegangkanlah jariku lama

sampai tua

ini sumpahku padamu

usah kau patah dan layu

garing siang malam beku

pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut

tetap datang petir ribut

setiapnya aku sambut

untukmu takkan ku takut

takkan ku takut

takkan ku takut

takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih

dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih

aman saja aku ada

dihirupratah pun tetap kita berpimpinan berdua

sampai tua

aku ada

sampai tua

Thursday, January 6, 2011

Wedding:: Putrajaya::Nilai::JB

korang....

sorry dulu boleh? he.....ni cerita basi sebenarnya..layankan je aku ni ek... ;p

on 26/12/2010 ada 2 wedding. 1 dekat dewan presint 8, tema majlis merah putih hitam kot. ;p, 1 lagi dekat kg LBJ(labu johnson), Nilai, tema majlis purple putih.

Ulas majlis presint 8

Ni kawan hubby aku, kawan2 main kereta ** kadang rasa kereta no1 aku no2.boleh?**

Awal gila aku sampai, kul 12.30pm dah sampai, sebab ingat majlis sanding pukul 1, dalam kad tak pulak tulis pukul berapa, aku assumie pukul 1, standard time la kan. sampai terus ngap dulu, kasi perut kenyang. Foods memang sedap, tapi entah kenapa kejadian tak diingini berlaku esoknya. Rasanya kejadian tu paling orang risau kalau terjadi.

meh la tengok gambar yang tak seberapa aku amik.

sorry la jauh gambarnyer..tapi pelamin dia aku suka.kemas.


pengantin berarak..baju merah hitam. Nice. Mesti terimpak duduk di pelaminan putih bersih dengan baju merah hitam. ;D

ulas majlis LBJ, Nilai

Ini tempat memang mencabar kebolehan aku laki bini membaca map. Kami memang hebat bab bab map ni.;p

kooooooo....aku dah hampir ke sendayan tau tak....u-turn semula, lalu jalan apa ntah, sana sini sana sini, tetiba sampai dewan.puff! magic! pastu sampai BELAKANG bukan depan dewan eh. dulu pon ada sekali jadi cam ni, ntah mana2 aku lalu, tau tau boleh sampai tempat yang di tuju. lucky me. ;p tapi aku sampai dah pukul 3.30pm.dang!

Foods kali ni masakan kampung, ayam goreng dia nyummmssss! makan kali kedua dengan banyak macam belum makan sehari suntuk.emang dasar ko jun!

Even lambat sempat tengok pengantin berarak. Hebat! berarak pukul 3.30pm.kawan (groom) aku ni memang sengal sket, relax je datang pukul 2 senyum2 belom siap hape pon.boleh?

ni la si pengantin selamba. Atas pelamin siap bawak kuar keris tunjuk kat hubby aku.adoyai...


si tikus akhirnya selamat jadi suami orang.


cam main pondok2 je aku rasa.hahak!

dia makan dengan penuh selera.hahah...



eh? tentiba jek pengantin basi ni kan....kikikiki

pastu minggu lepas, balik JB, wedding kawan baik aku. time aku hati punah ranah dia lah penglipur lara merangkap ejen cari jodoh. hahah

Pembuka Majlis Kawen 2011 - 1.1.11-

Ulas majlis JB- Hotel Selesa, Pasir Gudang

Majlis bertemakan tradisional. Persalinan songket, coklat gelap, susun atur majlis yang kemas dan teratur. Makanan memang terbaik! ayam masak asam pedas dia memang nyummy! ada sup tulang, ada apa ntah lagik, banyak benor, nak tengok lama2 orang ramai beratur nak amik makanan.

so meh tengok gambar.



eh? pau kacang...heheh..mesti muka tuan tanah ada.. ;p nak ke dewan, kena naik tangga. lupa amik gambar pintu gerbang **pintu gerbang gitu**.


Nasib dapat tempat depan jugaklah, walaupun tepi sekali...jadilah...

si lelaki itu kawan baik aku, yang perempuan bff adik aku. ;D


live band. cool wooo....suara budak pompuan ni memang sedap. muka comel. brother baju putih tu, suara dia kewl!rock!

Nak tunggu amik gambar dengan pengantin macam lama sangat, lagipun tengok dewan dah makin kosong, segan pulak. Nyesal tak tunggu! ramai kot kawan lain lepak sampai habis majlis. Masa sampai tu, kenkawan duduk barat, aku duduk ke timur memang haram la nak nampak, lagi pulak dalam dewan yang romantik gitu kan. ;D

okeh, dah tak de hutang dah. sorry la gambar memang tak memuaskan. Janji Adooo... ;D

ps:: hubby aku ajak kawen skali lagik.boleh? comelkan dia. heheh

Tahun baru, azam baru ke lama?


tahun baru makan kat sini, sambut birthday budak bawah ni...si halussss




apa azam tahun baru awak murid-murid...
uisssshhhh soklan peberet tiap kali masuk tahun baru. Kalau aku dulu tiap-tiap tahun macam-macam azam keluar, kadang repeat tahun lepas punya. Tapi rasanya tahun ni ada keinginan baru, yang memang aku nak sangat... aku nak menjadi IBU. doakan yer korang semua... tq in advance ;D

masuk tahun baru terus gatal nak gunting rambut, gila ko..rambut mak ni dah macam singa..kembang....bangun tido jek, cam sarang tebuan pon ado.hahaha...
pujuk my vitamin, nak gunting sikittttt jekkkk...
dia pon..okeh...gunting la yangggggg...tak bagi kang majuk.;p **majuk penting untuk dapatkan apa yang di idam** haha...

penghasilan pengguntingan rambut??


ini rupa rambut lama/sebelum digunting....korang jangan tertipu...rambut ni bersopan selepas aku mem'blow' sampai panas kepala ni haaa...merah2 muka aku panas kene hair dryer tu.dasar rambut berus dawai gitulah.hahaha



nampak kemas jek...sopan rambut kembang ai tau!
di sisi lain... kepala aku nampak besar dek kerana rambut cam singa! mencik!


hasilnya selepas beberapa jam, sila lihat rambut aku yang KEMBANG bagai sarang tebuan! pastu kering, tak bermaya,hujung2 rambut adalah sangat sedih ;(

dek kerana gambar2 di atas, dek kerana setiap kali nak keluar harus di blow, hingga menyebabkan rambut aku semakin kering bak berus dawai, even lumur minyak kelapa belum tentu boleh berseri menyinar, dek kerana aku dah penat nak gayakan rambut yang tak semenggah ni. MAKA! jom gunting ambut..... ;p

hasil rambut tahun baru mak?meh sini meh.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tengok si kepala besar ni...buruks! ;(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
di persembahkan......pau in the making! ;D


terus muka tukar dari singa kepada kueh pau! hahahahahhah

dah si pau berangan katy perry...


tengok si pau bajet hot..hahahhaha...

ps:: giler citer pasal tahun baru lagik...dah 6 hari dah pon...ade aku kesah? kakakak
pss:: cam ne nak bagi rambut jangan kering sangat? tak tau dah aku. -.-

Wednesday, January 5, 2011

pengertian

senyap bukan bisu,
buta bukan tak nampak,
dengar dan lihat tak semestinya perlu memberi kata,
renung dalam-dalam, ambil tiap bicara,
kalau baik? simpan, kalau buruk? endahkan,
tak bersuara pun tak apa janji faham.

kan?

Saturday, January 1, 2011

2011 with blast!

Salam semua....

Selamat tahun baru, semoga tahun baru ni akan membawa lebih bahagia, suka, duit, gembira dan apa2 je yang best! Heeee.... Memang sebagai manusia kita nak yang baik jer. Ye tak?

Macam mana sambutan new year korang tahun ni? Meriah? Ke korang cuma duduk rumah tidur? Duduk rumah tidur tu adalah sambuta new year aku dulu. Hahaha gila social retarded aku ni :p

Semalam aku rasa sambutan new year paling best setakat aku hidup ni, sebab aku sambut dengan my vitamin.... Haha gila gedix ko... Lagipula semalam kitorang sambut birthday adik sepupu aku yang ke 7... Very notty boy and sweet : D

Mama bday boy ajak makan kat TGI , suruh aku siap cepat2. Punya awal kitorang sampai sudahnya pukul 10 malam baru dapat masuk...lapar nak mamssss.... Nasib baik order makanan, tak lama nak tunggu terus sampai. Kemain suka lagi si kecik bila budak2 TGI tu nyanyikan dia lagu birthday. Tersenyum2.

Lepas makan terus gerak dataran JB dengan harapan ada pertunjukkan bunga api, sekali....haram.....nan ado. Nasib baik thistle hotel ada jugak lepaskan beberapa das bunga api, jadilah.... Bunga sebenar cuma dapat dengar dari jauh jek... Rasanya kat area stulang kot. Tak pe lah tunggu pertunjukka kat putrajaya jek ah . Hahaha.. Mengada benor :p

Stay kejap jek pon, jumpa BFF aku kejap, pastu chalo bete, balik rumah hey.. Sampai rumah terus bumm.. Lena sampai pagi. Heaven dapat balik kampung. Malam ni plak nak pergi wedging. Eh! Aku ada hutang entry wedding minggu lepas ek. Nanti la eh... :D

K ah, dah habis citer. Aku tak tahu nak update apa, jadi aku tulis je la pape pin. Janji! Adoooo....

Ps:: entry tak bergambar. Aku tak reti nak bg masukkan gambar dari henpon pintar nih ;p.
Pss:: henpon pintar tuan kurang nak pintar hahaha