Saturday, September 29, 2012

30 minit bersama ustaz don eh! Ezekiel ^^,


Assalamualaikum!



Hari-hari dari umur 2bulan ++ sampai sekarang dah cecah 11 bulan tinggal lagi tambah tolak 2minggu masuk 1tahun, aku bersama Ezekiel dalam kereta pergi balik kerja selama 30minit, macam 30minit bersama Ustaz Don ensem tuh ;p Tapi 30minit bersama Ustaz Don tak terasa ye sebab best dengar dia bercakap dan mengajar, tapi 30minit bersama Ezekiel penuh cabaran dan dugaan tapi seronok jugak kenkadang ngahaha!!

1st time duduk dalam car seat 31 Dis 2011::2m19d

Masa mula-mula struggle kot, raungan pekikan si kenit memang selalu buat aku gelabah. Derr..ko bayangkan lah, sekali dia jerit muka merah padam, semput haku menengoknya, kang tiba-tiba biru muka haru hakaq tau. acaner???
Baru balik dari school :: 5Jan2012 ::2m24d
aloooo debabnya time nih... rindu!!
tengoklah orang kenyang, mentido! kenyang kan, sedaplah tido.hihihi

Masa Ezekiel baby ambil je dari school aku akan berhenti pump station untuk susukan dulu, so sebaik je perut kenyang, tambah pulak berhayun dalam kereta pastilah dia ketiduran kan? agak berjaya jugaklah, tapi kadang-kadang bila tak berjaya maka meraung2lah dia keseorangan..telinga aku ni macam dah kebal dengan tangisan dia selepas 2 3 bulan bersama mengharung 30minit bersama.
budak debab :P
 
Bila dah besar sikit dalam 6-7bulan gitu Ezekiel dah mula faham kot, time ni dah jarang-jarang nangis meraung tapi tak nak duduk dalam seat dia. Bila masukkan je dia akan mengeliat serupa ulat. So aku akan cepat-cepat pakaikan seat belt, masuk kereta terus gerak, semua itu untuk mengelakkan dia dari menangis tak pasal-pasal, maka cepatlah kau buat kerja yer, jangan macam siput vavi.

letak toys supaya dia leka ;D
dekat cermin tingkap ada angry bird tergantung huhuhu

Datangkan angin dia baik, berbual lah dia sensorang dalam seat dia tu, kadang-kadang nangis-nangis, tetiba kang diam, rupanya tidur sudah...kadang tu sebok ajak ami berbual sekali. Kadang tu aku ni ada perangai mendengki sikit, dia nangis sikit je aku marah-marah hahahah!! kang dia marahlah aku semula, lagi aku tinggi suara lagi kuat dia nangis, pastu aku terkekeh kekeh sensorang, apa punya perangai pon tak tahulah ;p macam nak lempang diri sendiri pon ada. ngaaaa....
feeling sangat minum susu, susu tak sempat habis tuan susu tidur sudah...zZzZZzz

Tapi bab failed bila naik dengan daddy, ini memang spoiled habis, pantang anak hek sikit suruh angkat, anak kuek sikit suruh amik. Tak boleh langsung anak berbunyi memang apak dia cepat2 suruh pegang. Dia tak boleh tengok anak nangis, kesian katanya. Ewah2, macam mak tiri pulak hakaq rasa diri ini sebab macam sanggup tadah telinga anak menangis meraung. Tapi percayalah, tak tahan sebenarnya tengok dia menangis tapi kalau dah sorang-sorang drive mestilah eh bukan mesti lagi,  WAJIBlah tahan telinga.kan?

Dah menjenguk usia setahun ni dah semakin ok dah, travel ke Terengganu pon dia boleh lepak-lepak enjoy dalam car seat dia, tau-tau je dah tidur. Lagi pun dari segi keselamatan, car seat amat dan teramatlah penting, cuma kita ni orang Malaysia memang lagi suka pangku anak dari letak dalam car seat.kennnn... Bila di peluk di pangku baru bonding lebih sikit. Penyayangkan..hahak! 

Tips::

Biasakan dari baby, kena trained awal-awal, kadang dah ajar awal pon boleh nangis jugak bukan langsung tidak. Jangan ingat dah ajar awal langsung dia baik yer.
Kalau menangis distract dengan mainan so that dia akan ralit sikit.
Pastikan perut dia kenyang, bila perut kenyang baru hati senang, gitu kekdahnya.
Baca surah2 pendek / nyanyikan nursery rhymes, kadang baby akan rasa tenang dengar suara ibu dia.
MOST important kebalkan telinga anda pastinyaInsyallah berjaya


Wednesday, September 26, 2012

WW :: 11month time flies


sekejap sangat masa berlalu..sekejap sangat. rasa baru semalam, baru semalam. SEMALAM.
rupanya dah 11bulan dah. :D

Thursday, September 20, 2012

Hilangkan hitam dan daki euww!!

Assalamualaikum!

Saja nak share sikit. Sementelah tengok ramai kawan-kawan yang preggy dah pon bersalin teringat pulak 11bulan lepas aku baru je bersalinkan sepet. ;p baru ke??? haha!!

Lepas bersalin aku rasa benda paling risau berat badan. Dapat tak kembali bentuk asal? haiyoooo...nightmare okeh tengok badan gumuksss!! terus semangat kuruskan badan, buat apa saja sanggup. janji kurus! *aku lettew, tersipu sipu malu ;p*

Lepas tu aku risau hitam-hitam yang ada masa pregnant dan selepas bersalin. Masa pregnant dulu aku ada masalah ketiak hitam uolsss..waaaa!!! *pecah tau rahsia ahkak!* pastu perut pon hitam jugak, tapi nasib aku baik leher tak ada hitam hitam tu. Hitam dia macam daki yang stok bertahun tak gosok. Tapi percayalah aku kerjanya menggosok ketiak sajolah, tapi nan ado perubahan.huhuh...

elok lepas bersalin, dah lah risau ketiak hitam, perut pulak geleber...flabby sana sini, dah flabby tak firm, hitam pulekkk...sedeh tau!! macam-macam petua aku mintak, tapi macam...."rajin ke???" cantik nak tapi malas, derrr!!
Sudahnya aku rasa cara paling rajin untuk aku ialah pakai scrub. ahkak pakai scrub murah-murah je uolss tapi ahkak suka amat scrub murah ahkak ni. Dah lah murah, bagus, wangi pulak tu.

Mula-mula pakai scrub ni memang tang ketiak aku tuju dulu, ngahahaha... ye la nanti ahkak nak angkat-angkat tangan depan laki ahkak, tetiba tengok ketiak hitam. potong derr!!
Mata dia kenalah jagakan. Dah lah tang lain tak berapa nak sepsi, almaklum lepas bersalin, ambil masa jugak nak kasi seperti asal, atleast tang ketiak hitam kasi la bernyawa sket, sedap sikit mata memandang ketiak bini. puii!! hahah!!

Seminggu 3kali pakai, hasil memberangsangkan,tak sampai 2minggu kembali cerah sikit demi sedikit, after 2month, cukup je habis pantang ketiak aku kembali pulih seperti asal. Even orang tua cakap hitam-hitam tu pembawakan masa mengandung, nanti hilang sendiri, derr...tak kan nak tunggu 7-8 bulan baru nak putih macam asal, usaha lebih sikitlah kan. Sendiri tengok pon tak selera tau.

Tang perut hitam tu, bila dah lepas sebulan pantang kot baru aku pakai scrub ni. Aku ni penakut sikit, aku tengok perut flabby je kan, so macam gerun2 je nak tonyoh kuat-kuat. Memang kesan dia memberangsangkan sangat-sangat. kesan hitam kat perut dah hilang, aku rasa perut aku putih balik after 4bulan jugak aku pakai baru kembali seperti asal. Bayangkan betapa hitam line-line kat perut ku.huhuhu...Tapi sekarang tidak lagi ;D

Suka pasal scrub ni.

1- murahlah uolsss
2- wangiiiii.......
3- texture dia halus sedap je kalau gosok-gosok kat badan, hilang segala daki yang melekat kat badan tu
4- memutihkan kulit jugek
5- of cos lepas scrub kulit halus lembut mulus nak lagi best lepas mandi sapu losyen ;D

Aku ada juga scrub lain, body shop dengan scrub kopi mak dara, tapi yang ni paling suka.
Body shop bau memang terbaik, tapi gosok-gosok bestlah, kesan kurang sket kot. Scrub kopi bau sedap macam nak minum kopi dan dan tu jugak, tapi aku jadi gatal-gatal pulak.

So bolehlah cuba ek! Harga RM15.90 jerrr. Jimatkan ahkak ;p



Wednesday, September 5, 2012

10 bulan dah??

saya dah 10bulan tau. macho tak saya?? ;p
alamak botol susu pulak kantoi..xmacho dah.ehheeh


iyer dah 10bulan dah 12Aug ari tu..ami je lambat nak hapdet. Lagi seminggu dah masuk 11 bulan, eh lepas dah masuk 11 bulan, sebulan lagi dah setahun? SETAHUN?? macam sekelip mata kan?

Ezekiel masih lagi dengan perangai cengeng dia bila dengan ami dia. Kalau orang lain pegang, dia memang behave la, tak ada nak nangis-nangis, tapi asal nampak je muka aku ni ha, terusssssssss wa!!!! kenapa ntah sedih sangat. hehe! nak manja la kan...rindu kat ami. Ami tu work je, tak layan dia. Ye la sayang..ami layan awak sorang je ye?

Sekarang ni nak main-main aku mesti depan mata, jangan bergerak walau sejengkal pon. Aku belum jalan mana-mana, baru berdiri dia dah menangis-nangis. Gamaknya takut kena tinggal ke apa tak tahulah. Kadang tu kalau aku balik kerja, nak terkenccc sangat-sangat, aku tinggalkan aje sekejap, sat lagi dia merangkak la cari ami kat dapur, pastu menangis-nangis depan pintu bilik air. Alahai anak ami.....

Suka sangat dengar aku nyanyi nursery ryhmes. Fav song dia baa baa black sheep, Old Mac Donald, Twinkle-twinkle, eh semua pon sukalah. Asal aku nyanyi je muka melanguk je, mulut melopong macam best giler suara ami dia, merdu sangat sampai terkesima. huehuehue....

Tepuk amai-amai lama dah dia pandai tepuk, twinkle-twinkle pon dah pandai, kalau nyanyi lagu apa pon semua dia tepuk or gengam2 macam cak cekur tu. Bila nyanyi If u happy n u know it pon dah tau tepuk-tepuk tangan. Pegang phone letak kat telinga even terbalik huru hara. Tak pon kalau cakap hello, terus letak tangan kat telinga. Sebok orang cakap dekat phone dia pon sebok sengih-sengih macam orang cakap dengan dia.hahah!!

Masih lagi memapah kerusi dan dinding, tapi kali ni kalau pegang tangan sebelah dah nak bertatih dah, terkangkang-kangkang bila tatih.lawak pulak aku tengok. Dulu kena pegang 2 2 tangan dia baru dia nak melangkah. Panjat tangga kemain laju lagi, pantang lepa berdesup sampai atas, kalau nak ambil dia, lagi ligat dia naik. hadoiii... tak tahu mak dia ni kecut perut je tengok dia memanjat tu. Kalau terlebih happy, kang dia dok merangkak berpusing-pusing, suka sangatlah tu tandanya.

Suka gila gigit orang! grrrrrr!! walau gigi cuma 2 batang tapi sakit okehhh... dia jenis gigit pastu tarik penuh semangat. Suka mencekau jugak. apak dia lah mangsa cekau dia, aku jarang-jarang.hahah!! Pastu kalau dia geram atau tak puas hati, nanti start la tarik-tarik jari dia, kalau apak depan mata pergi dekat apak dia, dia lepuk tak pon dia cekau je, tu tanda dia geram. Kalau marah dengan aku or tak puas hati pon apak jadi mangsa keadaan, tempat melepas amarah.kikiki..

Seronok dengan dia sekarang sebab dah pandai and faham orang cakap. Tapi penat pon ye jugak. Tidur tu kalau belum pukul 12am tak ngantuk mata dia tu, kot ngantuk pon selagi buka lampu, selagi tu dia main-main, datang angin tak nak tidur, tutup lampu pon boleh main sorang-sorang. Tak takut okeh gelap gulita pon..haihshh!!

Nak cerita hal sepet ni banyak sangatlah! makin lama makin cinta dekat kenit sorang ni walaupun selalu je mencabar kesabaran ami dia yang kurang penyabar ni.huehuehueh...

Tak lama lagi dah nak setahun, ramai kawan-kawan aku dah nak bertambah anak dah, kawan-kawan blogger apa kurangnya. Bila tengok orang preggy rasa bestnya, tapi bila fikir diri sendiri tak rasa dah sedia tapi ada sikit teringin jugak. Tapi aku dah start rasa takut nak bersalin. Mengandung pon tidak dah fikir takut bersalin. apakah??

ami sayanggggggg sangat sepet ami!! muahhhh!!!

Tuesday, September 4, 2012

Berpisah

Finally! 31 Aug 2012

Rasminya Ezekiel bertemu babysitter baru.... ;D

Thanx pada Umi Medina@Ayza.

Lama dah aku memang berniat nak hantar babysitter, bukan sebab school Ezekiel tak ok, tak!
Aku suka je even ada benda-benda yang kurang berkenan dihati, sikit-sikit biasalah. Kadang terlebih emo konon dan dan tu jugak nak tukarkan school, tapi bila dah reda marah, tak jadilah. ;D

Kali ni aku ambil keputusan kena jugak pindahkan, tukarkan ataupun aku hantar je balik JB or Terengganu ** konon sangat nak hantar jauh-jauh, baru keluar 2 3 jam dengan my vitamin aku dah gelepar nak balik rumah ;p**

sebelum puasa mak aku ada datang tengok cucu lah. Seminggu mak aku berulit dengan cucu sepet dia tu, elok je anak aku. Tak ada gatal-gatal, batuk or selsema. Lepas seminggu hantar school, hari pertama lagi badan dia dah naik gatal-gatal, macam heat rashed pon ye, macam eczema pon ada jugak. Even mandi pakai Eubos pon macam tak kurang. Menggaru saja kerjanya.

Tapi tak fikir lagi nak tukarkan school. Tak lama nak cuti raya Ezekiel batuk selsema, melarat-larat sampai ke raya. Lepas je naik cuti raya, kiranya minggu lepaslah kan. Masa hantar Ezekiel dah free flu&cough.
elok je sehari hantar school, balik tu dah selsema balik, esoknya dah batuk semula, badan penuh dengan gatal-gatal, sampai tebal kulit tu, kasar-kasar.

Paling tak tahan bila kaki Ezekil penuh bintat kesan gigit semut kot. Lepas tu berkudis sebab dia menggaru, dan ada satu kesan panjang kat tapak kaki Ezekiel yang buat aku musykil apatah lagi kaki Ezekiel membengkak. Kalau aku pegang kaki dia yang bengkak tu dia macam tak bagi. Haaaiihhh!!

Sudahnya kitorang bincang-bincang, kita tukarkan je school dia kepada babysitter. Mudah-mudahan dengan babysitter Ezekiel punya gatal-gatal dan bintat-bintat kena gigit semut dah tak ada. Berkurangan jugalah diharapanya selsema dan batuk.

Yelah, duduk nursery memang itulah risikonya, kebersihan dan persekitaran yang kurang elok untuk bayi. Ada baby yang immune system dia tinggi maka ok je, kalau immune system dia rendah senang je dapat penyakit.
 Lagipun aku tak tak larat nak menghadap klinik untuk neb Ezekiel almost every month. Kesian dekat dia, rusuh runsing hati aku ni.

Mudah-mudahan dengan babysitter ni serasilah hendaknya. 

  
Ezekiel gedix face! 

Monday, September 3, 2012

calar

bila kena tinggal, sakit!
meninggalkan, sakit jugak!

bila kena tinggal, semua rasa kesian..pity u.
meninggalkan, bila merintih, padan muka siapa suruh.
adil tak sedangkan rasa sakit tu sama je.

hati yang sama dulu ada sayang, bila sayang tu dipaksa keluar sama je rasa sakit
tak kiralah ditinggalkan atau meninggalkan, sakit tu serupa
cuma beza kau kena tinggal, yang dia meninggalkan

percayalah sakit tu sama je

humphhhh!

ditinggalkan muka lunyai hati pon lunyai, sedih
meninggalkan muka lunyai dipadan mukakan
ditinggalkan cuba bangkit dihulur tangan
meninggalkan baru nak bertatih ditolak tersungkur
manusia kan, suka sangat judgemental. macam betul, macam pandai. 

aku kadang-kadang tak paham, bila kena tinggal kita- kita cepat je cakap, kesian dia kena tinggal dengan si polan, padahal kadang-kadang yang membuat keputusan nak meninggalkan si polan tu bukan mudah pon, berhari-hari memikir, berbulan-bulan menimbang, malah bertahun agaknya dah makan hati.

Bila dah meninggalkan, kena pula caci maki. Tak tahu pulak kalau nak tunggu pon bukan hati tenang, sebab takut kata orang tahan jelah pahit pahit hempedu. Lepas tu siapa yang terkulat-kulat pahit tu. kitalah kan, bukan orang-orang keliling.

Ditinggalkan meratap pilu, ramai datang menghibur. Tapi yang meninggalkan menghiba hati tak siapa peduli. Hanya sebab dia meninggalkan semua pon konon nak ajar rasa sakit, tak tahu sakit tu tak kurang tak lebih sama rata saksama.

Kadang pon tak paham, apa yang nak ditahan sangat bila hati kita macam tak ada makna. Balik-balik hati dia, balik-balik ego dia. sampai bila? ego tinggi langit bukan dipandang bagus pon tapi tu lah, itu jugak di junjung. haihhh!!

Tapi tu lah, tetap jugak yang meninggalkan kena hamun, yang ditinggalkan dikasih kesian.

Tak pe lah, kalau-kalau semua pon menghukum Dia lebih tahu. Sebab apa dan kenapa. kan?

to whom it may concern,
biarkan saja kata mereka, hanya kita je yang tahu. tabah dan kuat, satu masa pasti berlalu.
biarkan calar itu sebagai ingatan supaya kita tak mudah lupa bagaimana rasa ia

move on!