Monday, November 19, 2012

bongkar




tadi saje membongkar keluarkan segala benda dalam beg kecik aku.
banyak jasa ni beg kecik ni. semua pon boleh sumbat dalam tu, purse, make up, handphone, apa je ko boleh campak.
Sebelum ada beg kecik ni dalam handbeg aku memang rupa tong sampah mini kihkihkih!!

cer bayang tengah nak cari kunci rumah dalam beg, pastu time tu lah ko nak terkucil, dalam beg dah ala-ala poket doremon nih. teraba-raba, jumpa tak jugak, terkucil dah kat hujung-hujung je oii! bila dah jumpa je kunci, mesti zasssss!!! nak bukak mangga, tapi time-time tu lah kunci nak terjatuhlah, nak terlepaslah. hahahah!!! mesti menyumpah habiskan.

Sebab hal ni dah pernah berlaku, elok je pintu umah terbukak lintang pukang aku lari masuk bilik air terkepit kepit menahan. Ya ampun!! kalau tak cukup daya kepit memang ko terkucillah disitu didalam bilik air tapi dalam seluar.ngahahaha!!

disebabkan itulah, aku beli beg kecik ni yang senang aku nak pindah randahkan segala mak nenek dalam handbag sini ke handbag sanun. Aku rajin je tukar-tukar handbag, jadi beg kecik ni memang membantu sangatlah, lagipun ruang dalam handbag pon tak de lah hazab sangat rupa dia sampai apa pon tak boleh jumpa. ;p




 beg hijau kesayangan 

isi perut
 1. beg hijau iteww!
2. ROXY leather purse - remaja sangat pakai roxy kahkah
3. handphone samsung STAR - tukun kesayangan - walau ada yg baru yg lama tetap aku cinta.
4. . Minyak angin
5. Lipstick MAC
6. Lip gloss Estee Lauder
7. Tony Moly Lip Tint - ilike!
8. Sophie Magic PINK - cream blusher - wangi & handy
9. Lip gloss Etude House - ilike!
10. Maybelline Clear Smooth - ilike!
11. brooch
12. Blusher GIVENCHY
13. eyeshadow BODY SHOP 
14. SAFI RANIA GOLD - Beuty Cream
15 . Lipstick MAC
16. Eyeliner pencil ELIANTO - ilike!
17. update :: barang tiada nombor sebelah no 10. eyeliner liquid Silky Girl - suka jugak tp tak pekat sangat.lite lite jek..

kalau tengok lipstick aku memang ye ye poyo sampai 2, lip gloss sampai 3, tapi aku selalu pakai Tony Moly lip tint je pon. mihmihmih!!!

Aku suka pakai lip tint ni sebab nampak natural, kalau takut bibir kering sapu dulu vaseline sikit kat bibir then baru apply lip tint, sapu lagi lip gloss terus wallahh!! 

ni contoh aku pakai Tony Lip tint tu. omey tak? omey lah omey lah...plissshhh!! 
lempang aku skang jugak plishh!! hahaha!!

seyes tak tau nak update apa, tapi gatal sangat nak update. terima kasih pada yang baca. lebiu all!! muahhcxx!! jangan marah haaa.... :D




Wednesday, November 14, 2012

Di usia 28 ini



semalam cukup 28tahun aku hidup

28tahun rasanya separuh dari benda yang perlu aku tahu dan belajar dah pon aku tahu dan belajar
ada lagi separuh perlu aku ketahui dan pelajari

kenapa cakap separuh? sebab usia ni biasanya akan sampai 60-70tahun kan.

Alhamdulillah di usia ini aku diberikan kesihatan yang baik, seorang suami yang penyayang, yang rajin melayan kerenah aku, seorang anak yang comel, notty, monster, cerdik, sebuah keluarga yang saling menyokong & keluarga mertua yang best. Alhamdulillah, syukur.

Di usia ini diharap aku akan lebih matang serta memperbaiki kekurangan yang ada. Amin.


Kali ni dapat besday present tak disangka2..ohoiiii!!!!! senyumlah senyumlah ahai cek mek molek!! gitewww lagu didalam hati...hahahahah
  
gumbira tak muka hakaq. hohoi!!
 
Terima kasih sayang

After dah beli hadiah, kita beli durian crepe pulak...Ya Allah...sedapnye........ sumpah sedap! penggila durian sila pergi beli! confirm tak menyesal!
 
rasa dia....aduhaiiiiii!!!

Dah beli durian crepe, jalan-jalan beli pulak kasut murah-murah sajo... tribal print katanye...kihkih!!

murah je...tapi selesa hamat!

 
Perhentian terakhir sebelum balik rumah, kita ke SABA cyberjaya, makan nasi arab. nyumss nyumss!! 

Masa kat SABA ni ada la budak kecik ni dok menangis sebab baru bangun tido, ye lah tengah nak tido mak ayah bawak turun makan pulak, member bengang la kan. budak tu dok menangis. 
Si Sepet dok perati je la budak tu, kemain lagi dia menjenguk orang menangis, padahal baru sat tadi dia pon menangis jugak, kepoh sangat kan.

Elok je budak menangis tu stop nangis, Sepet pulak menangis tak pasal-pasal, bila aku tengok dia, rupanya bukan dia nangis, dia pergi tiru gaya budak tadi menangis.. aaaaaaa!!! aaaaaaa!!
 hadoiiiiiii!!! ko bayangkan lah! dengan muka toya dia tu. tergelak-gelak aku dengan apaknya. hahahah!! 

 
inilah dia budak yang p tiru anak orang menangis. tengok muka dia tu.notty kan. 

Sepet memang kuat meniru apa kita buat sekarang, tak kira lah, cakap ke perbuatan ke, cepat je dia tiru, kadang-kadang dia boleh simpan memori benda yang di tiru, kadang dia lupa.

Aku rajin kira 1 2 3 sampai 10, bila aku sebut je one..... dia pon sebut TET (ten) sambil tengok jari macam orang nak kira. kawaiiiii!!!  

Aku selalulah cakap NO bila dia buat benda-benda tak elok kan. sambil cakap NO sambil tunjuk jari goyang2, sekali je, sekarang belum sempat aku cakap NO, dia tau dia buat salah, sat g dia pon tunjuk jari telunjuk dia kat aku.boleh? hahahah!! Tapi peel yang tak hilang lagi adalah, cekau muka orang. geram!!calar tau muka, cuci muka pedih je rasa. lahai anak.

Pagi semalam dia nak sangat main dengan apak dia, tapi apak sedap je tidur, pulak tu tidur dekat depan tv je malam tu. Dia pon p amik sippy cup dia yang ada air, amik tonggeng kan sippy cup tu kat muka apak, pastu ketawa2.hahahah!! apak nak marah pon tak jadi. Last-last bangun jugak layan anak main. Kemain banyak akal dia sekarang. Dengan kuat merajuknye, kalau tak nak buat apa yang dia nak, merajuk, tak bagi main benda yang dia nak, merajuk, lambat suap makanan, merajuk, tak tahu perangai saper ntah dia ikut.kuikuikui!!


eh?? ni citer besday aku ke citer sepet? hahahah!! layan je la, lama dah tak citer pasal sepet kan. hikhik!!


sepet buah hati mamy dady ^-^





ps :: usia dah bertukar, template pon tukar jugak.omey tak?? kanak2 sangat kan.kuikui!!

Friday, November 9, 2012

Entry NIP yang mengundang amarah para ibu

salam Jumaat,

Aku rasa  2 3 hari ni memang para BF mommies diselubungi perasaan amarah atau menjengkelkan dek kerana  1 2 3 entry yang di 'up' oleh sorang blogger femes. Aku rasa dia femes lah sebab dia femes lah.hahah!!

Aku dah lama baca blog dia ni, ala ala stalker je la, tak follow follow ni.maaflah aku memang jarang follow blog orang kihkih..amat belagak disitu yer. :P tapi aku rajinnnnn membaca blog orang. Dia ni kalau korang rajin baca memang ayat or bahasa dia memang stok sinis sinis belaka, kadangkala lucah juga. DIa suka menyindir dalam kata-kata dia tu, ko nak terima, terima. tak mau kalu suka hati.gitewww konsepnye...

Pastu suka je pung pang pung pang pasal politik. pasal NIP pon jadi isu politik.kihkih!! ape saje lah..suka hati lah kan. blog dia suka dia lah nak citer apa, sebab aku suka je baca, tumpang gelak hilangkan stress. Tapi pasal NIP ni aku tak de lah tumpang gelak, tumpang geram ade lah.

NIP. Aku rasa, bagi perempuan semua pon kata tak ada masalah, tapi bagi lelaki aku rasa diorang rasa kurang selesalah kot, lagi2 orang seperti penulis itu.

Aku sendiri selalu je NIP, tapi tidaklah tengah-tengah alam aku nak NIP, terasa jugak macam tak selesa dan kurang selamat, even masa tidak bertudung pon tak de derr aku NIP selak-selak nampak tek tek. Apatah lagi bila dah bertudung mestilah aurat itu keutamaan kan. Biasanya NIP masa dalam restoren, aku dah tersangat jarang nak duduk kat luar restoren, konon tempat sesuai untuk smoker. Aku duduk dalam, pilih pulak tempat sorok-sorok sikit, incase sepet tetiba nak susu, tapi sejak-sejak dah besar ni boleh lagi pujuk-pujuk bagi minum plain water dulu, p bayaq makanan, jalan p kereta dan susukan.
Cuba masa baby halus lagi, memang aku susukan je lah dekat situ, hasben? tolonglah cover tengokkan orang keliling, yelah kita nak selesa orang keliling pon nak selesa jugak.

Bukan semua orang pon boleh memahami, malah ada je perempuan yang kurang memahami. tak percaya?? ADA, PERCAYALAH!

sebab. aku pernah je kena jeling-jeling dek perempuan, dia pon  ada anak sebaya sepet. Masa tu dekat KK, aku duduk sorok-sorok dah, semua kat situ perempuan dan ibu, tapi dia punya jeling tu macam nak ku cungkil mata dia.hahahah!! time tu anak dia tengah susu jugak tapi pakai botol. sepet kalau dah meraung tak boleh tunggu2. botol? dah bawak dan susu dah pon habis, masa tu KK ada masalah apa ntah lupa, tapi masa menunggu jadi lama dari biasa, so tunggu lama. Sepet dah tidur dan dah bangun tapi masih belum panggil. Bila dah bangun tidur, member laparlah kan, dan dan tu jugak nak susu, melilau aku cari tempat sesuai, dah jumpa elok aku nak NIP, dia punya pandanggggggg macam euwwwww!! bengang jugaklah aku time tu. Tapi suka hati ko la kak...kuasa aku nak melayan pandangan dia tu.

source :: sini


Macam hasben aku, mula-mula dia macam kurang selesa jugak, tapi dek kerana dah tengok macam mana anak dia menangis meraung-raung nak susu, kebetulan pulak pergi tempat tak de nursing room, dengan aku yang nak jalan habis laju semata-mata nak pergi kat kereta supaya boleh susukan anak. Sudahnya dia sendiri cakap, susukan lah, kita cari tempat lindung sikit. Ketahuilah ye, anak menyusu badan bukanlah jenis boleh tahan-tahan, boleh sabar-sabar, kejap ye nak kejap ye nak. Tidak. Tapi rasanya semua baby pon cam tu.

Bagi mengelakkan situasi macam tu berlaku, meh bagi tips sikit. Boleh lah kita sama-sama praktikkan.

1. Pump susu dan letak dalam botol siap2 sebelum keluar berjalan. Tapi cara ni mungkin tidak berjaya bagi baby yang reject bottle atau mommies yg direct feed je baby dia.

2. susukan dulu dalam kereta sebelum masuk shopping mall

3. bershopping selama sejam dua SAHAJA, sebab baby specially bawah 6bulan memang akan lapar nak susu 2jam sekali maksimum.

4. Sebaik je OTW balik rumah susukan lagi, kot nak singgah mana-mana ke kan.

Tapiiiii percayalah, even semua diatas kita dah buat, kadang-kadang tiba-tiba anak kita meraung menangis macam kita belum susukan dia, bagi ibu muda, anak menangis memang boleh buat kita jadi kelam kabut tak tentu hala, maka NIP adalah penyelesaian paling cepat tapi tidak MUDAH. Yer tidak MUDAH sebab, nak kena cukup terer men'cover' segala yang patut. Tengah gelabah wei dengar anak nangis, pulak tu jenis nangis macam kena cubit, orang pulak pandang-pandang.huhuhuhu.... cabaran sangat. Jadi jangan sebab ibu ni NIP maka dicop tak tau MALU. Ada sebab kenapa dan mengapa NIP ni perlu.

Kalau rasa tak selesa, janganlah dok pandang tenung bagai. Sama je macam korang kalau merokok kan. Bukan semua orang sekeliling suka pon korang merokok, malah siap hint batuk batuk bagai, tapi ada korang kesah? tak kan? gitewww...

aduhaiiii... Lelaki kamu tu diberi 9 akalnya maka gunakanlah..
Bercakap ikut sedap boleh...suka hatilah cakaplah..tapi lebih baik kalau bercakap tu berhemah.. nak menegur boleh, tak setuju ibu NIP boleh, tak da siapa cakap tak boleh. Tapi kalau kena caranya, kena gayanya,  insyallah ibu-ibu read:: Kami ni terima teguran tu. Memang ada point boleh di pakai tapi bahasa tu terlalu kasar untuk hati kami.

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

Wednesday, November 7, 2012

macam budak-budak :: buka buku TING!

uollss!!


hari ni dah selamat menunaikan 1 tanggungjawab :)  alhamdulillah...
Ezekiel punya saving account dah selamat dibuka. sebelum ni aku simpan dekat rumah je.
kadang-kadang terpakai, pastu ganti balik, kang pakai lagi ganti lagi, aishhh!!! takut lagi lama, pakai ganti pakai ganti terus tak ganti. big no yerrr...duit dia tetap duit dia, ganti tetap kena ganti, kalau tak pakai lagi bagus. AMANAH! gitewww...

Aku bukak saving account ASB paling mudah faham buku TING!


untuk PERINGATAN bagi mommies semua nak buka buku TING! pastikan bawa

BIRTH CERT ORIGINAL ANAK & COPY 2keping
IC IBU ATAU AYAH ORIGINAL & COPY 2keping
MYKID ANAK COPY 2keping

jika tidak silalah balik dulu kendian datang semula selepas lengkap. sekian terima kasih.

owh! pastikan anak SUDAH cukup 1TAHUN baru boleh bukak akaun TING!
belum cukup umur sila undur diri.

Masa tengah nak buka akaun tu macam biasalah keluarkan semua dokumen yang diperlukan, letak siap2 atas kaunter, senang tak payah minta banyak kali, kerja dia senang kerja kita pon cepat siap. Jangan susahkan orang, orang pon tak susahkan kita.kan.

Cik Kak Maybank pon cek segala dokumen sekali imbas je, pastu tanya

Cik Kak Maybank :: anak umur berapa Puan?

Cik Kak June :: 1tahun

Cik Kak Maybank :: berapa??  "sambil kerut kening, tanya soalan yang sama"

Cik Kak June :: 1tahun

Cik Kak Maybank :: 1tahun ?  "pandang dokumen sambil tengok muka aku dan dokumen paling atas" (dokumen paling atas adalah IC aku) dia toleh kawan sebelah dia, ni IC ibu ke anak? member pon  jawab "ibu nye lah" toleh muka aku balik sambil cakap muka macam budak-budak sangat sambil senyum2.

Cik Kak June :: tersenyum senyum sambil kembang kempis lobang hidong ngahahah!! amboiihhh!! muka yang live ni muka tua la yer sampai boleh ada anak umur seperti IC yang dilihat itew? dalam pada kembang lobang hidong hati hakaq sentap jugekkk..kihkih!!

28tahun tua sangat ke nak ada anak muka seperti di bawah??
SENTAP!
 

18tahun :P berani matikan masukkan gambar IC muka sememeh. mihmihmih!!

motip utama cerita, sebenarnya nak citer orang cakap muka macam budak-budak je.kwakkwakwak!!

ikhlas ; si lobang hidong kembang sambil hati sentap! mihmihmih!!



Tuesday, November 6, 2012

my toddler :: birthday sepet ^ Cookie Monster katanya...

uollsss..

Sabtu baru ni aku ada buat majlis hari jadi Sepet, kecil-kecilan je..jemput pon kawan-kawan terdekat and rapat.

Alhamdulillah semua ok je dan berjalan lancar even sebelum tu hujan dengan lebatnya. Hujan tu kan rahmat. Alhamdulillah.

Birthday Sepet 12/10 tapi dek kerana dah nak Raya haji kan, so kitorang buat lambatlah sikit, ye la kang orang sebok nak raya haji aku laki bini sebok ajak datang rumah, lagi2 mak mertua & family aku kan. Kesian dorang, dah lah jauh. So kalau lepas raya mudahlah sikit. :)

Aku buat theme jugekk... pikir punya pikir punya pikir

ramai sangat dah buat rainbow theme sebab rainbow ni macam sesuai je utk lelaki atau perempuan kan, sebab mula2 aku macam terkenan dengan rainbow theme ni, banner for donlod pon berlambak ada, FREE kihkih. So aku tak mau lah rainbow lagi, kita cari yang macam boboi sket. Sudahnya aku berkenan dengan Cookie Monster..mulanya cari-cari design cake, tengok cake cookie monster macam comel plak. Aku proceed je la dengan theme Cookie Monster ni.

Then mulalah google segala mak nenek, mak nenek lah sangatttt...padahal google banner birthday je hihihih... Aku jumpa macam2, tapi yang Cookie Monster semua pon kena beli, ai kan kedekut, jadi ai nak free je.kihkih... aku jumpa theme circus kot, for free, aku edit lah sket. Maka jadilah banner Cookie Monster sdn.bhd ;D

Inspired by katanyaaaa..gitewwww!!

moh le kita layan gambar yerk

asal boleh je deco nyer. Tak sempatlah nak deco ye ye sangat. Almaklum sendiri masak, terus jadi huru hara sikit timing tu. Kena pulak hujan lebat, terusssss kedaung deco-deco kitew. udahlah kedaung, belon pulak asyik meletup sebab kena air hujan, dab tak balance pulak...merah banyak, biru sikittttt....kihkih!!

Banner atas tu la, aku donlod free banner circus theme, pastu aku editkan aje, masukkan Alphabet yang aku donlod jugek. hehe!!

 Sepet adalah kuat mengarok ye hari tu, dengan semua orang pon tak nak, asyik nak menangis je. fitammmmss mak incik.



mummy dukung je terus mood baik, cer orang lain dukung, waaaaa!!!!! alololo..nak anje anje la tew!

taraaaa!! cookie monster!! red velvet cake, sumpah sedap!! 
nak order boleh pergi sini k Mc'Kie's Cupcake.
aku tempah dengan wife office mate aku, sedap. Area Seri Kembangan. 

Sepet tak de der dia layan tiup-tiup lilin, dia sebok dengan pisau cake je.sebok sangat nak potong cake. 
 

percayalah cake ni SEDAP!! nyum nyum!!

Makanan untuk majlis hari jadi ni aku telah mengikut konsep jemputan 50orang masak untuk 30orang SAHAJA. Sebab, percayalah bukan semua 50orang kita jemput semua datang...macam kita jugakkan, kadang dapat datang kadang tak dapat nak datang. Mula-mula masak tu risau jugak tau, kang tetiba-tiba semua pon datang menangislah haku makanan tak cukup.matiklah jemput orang tapi masak sikit. ;p
Tapi alhamdulillah..makanan cukup untuk tetamu cukup juga untuk orang didalam rumah.

Menu ::
Spaghetti Bolognese - snd bhd
Laksa Johor - sdn bhd
Roti Jala - tempah
Kari daging -sdn bhd
Sosej roll - tempah
Karipap - tempah
Creampuff - sponsored
Buah-buahan - belila...
custard pudding - sdn bhd

Air blue lemon - sdn bhd

Spagetthi kena masak 2kali sebab kuali kecik, tak muat nak masak semua. Laksa sedang-sedang elok, cukup-cukup je, tu pon time masak pakai 1periuk sederhana besar, dengan kuali, kalau tak memang kena masak 2kali jugak, fuihhh!!!. 
Lepas tu dek kerana hujan turun di saat aku tengah nak susun makanan, so tak jadi nak susun, letak dalam rumah semula, jadi bila hujan berhenti, orang dah sampai terus mak incik terlupa nak keluarkan karipap dengan sosej roll.boleh??? aduhaiiii....

Bila orang yang hujung-hujung datang barulah karipap dengan sosej roll aku keluarkan. haishhh!! ralat rasa. Tapi tak pe lah, habis jugak akhirnya...sebab dah petang-petang dekat area rumah aku tu ramai je budak-budak main dekat padang depan rumah. Aku panggil je dorang makan. Macam sekelip mata semua pon clear. syabasss!! kanak-kanak!!

ni video dia, tengoklah budak yang sebok nak main pisau cake.ish!!ish!!