Monday, August 30, 2010

Resepi::Macaroni goreng

Salam...

Aku cuma nk kongsi resepi jek..tapi benda ni aku dah masak dari minggu lepas lagi.boleh tak ai ni baru nak hapdet???heehheheh

source::google

Layan jeeee....

Bahan-bahan

Macaroni 1/2 paket
Bawang putih 4 ulas -racik
cili boh 1 sudu
cili sos 1 sudu
tomato sos 1 sudu
sos tiram 1 sudu
sos cili thai linggams 1 sudu
sos prego/kimball **aku prefer kimball, sebab prego xd tanda halal,maka xyakin**
daging hancur
sosej
carrot potong dadu **sayur ikut suka la ek, aku letak carrot jek**

cara memasak:

Rebus macaroni:
panaskan air
letak minyak sedikit
garam

tumisan:
Masukkan cili boh, goreng hingga garing, masukkan kesemua sos diatas, kemudian masukkan daging, kacau hingga masak, campurkan lobak dan sosej, gaulkan hingga masak. Akhir sekali masukkan sos kimball **sepegeti sos ek**, gaulkan hingga sebati dan masukkan macaroni yang telah siap direbus. Tambahkan garam dan serbuk perasa.Siap!!!

rasa dia nyummyyy ooooo... ;D cubalah, ringkas dan mudah!

ps:: petang kang aku update puding karemel ek... skang ada kije!

Thursday, August 26, 2010

Kenapa Yahudi bijak???

Salam...

eh! esok cuti!!!!suka!!!! ;D

Pagi tadi sampai opis, terus on FB **sangat tak berhemah**hhaha...
Aku jumpa satu bacaan yang buat aku tertarik menarik ko memang da bomb! Artikel ni aku rasa sangat sesuai untuk ibu ibu mengandung...sama samalah kita mengambil manfaat darinya..yang baik kita contohi, yang salah kita jauhi..

Artikel ni panjang harap korang sabar membaca yer..

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

sumber :fb & syurgadunia


dah habis????syabas bete!!! aku tidak menyokong apa yang yahudi buat, tapi ada perkara baik yang boleh kita ambil, kerana apa yang mereka amalkan sebenarnya kita sebagai umat islam patut amalkan dan lebih mengetahui dari itu. Semua yang mereka amalkan ada disebutkan oleh Rasulullah s.a.w kita sendiri.


ps:: kalau ada silap info korang kongsi2 lah yer..

Wednesday, August 25, 2010

headpiece

salam...

uolllsssss.....
hari ni ai ceria yu...pagi2 mama**MiL** dah wat ati ai ceria tau...sesi bergossip girl sedikit, ok ok tau bulan puasa tapi nak buat macam manakan...manusia yang pernah aku ceritakan dalam entri ini... kami bercerita tentang manusia itu..oowwhhh!!!!puhlissss....banyak sangat manusia itu mengata aku dan hubby, malah keluarga aku pon dapat tempias...sedih! aku doakan Allah s.w.t ampunkan segala dosa ko manusia.

eh??? tajuk lain citer lain...ai memang suka merapu..kikikiki **sindrom terlebih hormon gembira** ;D

sebenarnya baru ni aku bukak belog fofular Hanis Zalikha, entri dia menarik minat aku...dia cerita tentang headpiece & rambut pelsu **gaya nenek dolo2 cakap palsu**. Mana tau ada B2B yang berminat nak cari headpiece untuk di gayakan seperti Hanis Zalikha masa wedding nantikan...cantik nokssss... mak suka!!

hanis pinjam picca kamu yer...

atau macam ni ke...

euwww seksi!!

tak pon macam ni...


sangat gojes noksss....gambar ihsan google yer...

So aku bagi la link untuk sho tu yer..boleh beli online...tapi rasanya lagi bagus pergi sendiri..sila klik Headcoverzshop untuk tahu lebih lanjut atau korang klik jek belog Hanis yer..

Kepada B2B yang sedang bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan untuk hari besar aku ucapkan semoga sukses dengan perancangan kalian...dah kawen cepat2 kasi hapdet! kikikiki...ai memang suka tengok orang kawen...

ps:: rasa nak kawen lagi sekali! ;P

Tuesday, August 24, 2010

belum pulih

Salam..

nak hapdet sket jek...tengah hari tadi pergi klinik, doktor suruh datang untuk follow up..

bila dah amik urine test, result:: kurang memberangsangkan...masih lagi ada infection..
so doktor bagi aku antibiotik, bekalan untuk seploh hari! baik!!


sekian terima kasih..

Resepi:: Ayam bakar berlemon

Salam...

uollss...ai dah sehat..alhamdulillah..tapi boleh tahan seksa jugaklah menahan sakit beberapa hari kan...sampai nak update blog pon malas tau.hump! Tapi ni dah rajin semula dah...

seperti tajuk yang diberkan...ye murid murid...cikgu june nak ajar cara-cara memasak Ayam bakar berlemon...resepi cikgu dapat dari hasil google'an..hehehe

seyes shedappppp...cuba jangan tak cuba...hubby ai makan siap tak toleh kiri kanan dah...kikikiki

jom mula!!


rupa paras seakan2 ini..aku xsnap pic, sebab dah nak buka, maka terus makan dengan jayanya..huhuhuh
pic: google
Bahan-bahan

8-10 isi ayam, tak kira mana-mana bahagian, ikut citarasa ** aku campur jek mana2 rasa sama jek kan...**
jus lemon 1 biji
6@7 ulas bawang putih
2 sudu honey**nak lebih pun boleh, tapi agak2 sendiri**
1 sudu sos tiram
1/2 cawan santan**aku pakai kotak ayam brand punya**
7- 8 biji cili dihiris halus @ cili serbuk **kalau nak pedas pakai cili padi**

Cara memasak:

Campurkan semua bahan di atas, kacau sebati, kemudian curahkan diatas ayam, gaul rata dan masukkan dalam oven dengan suhu 190-200 d/celcius, 1 jam..

korang...cubalah....tak rugi..kejap jek pon...hehehe...shedappppp!!!!!

Saturday, August 21, 2010

gastric + kencing kotor

salam...

Semalam aku MC, tak sehat.

Malam tu dalam pukul 1.00 am aku tersedar nak shi-shi **encing**, tapi bila nak bangun tu perut rasa sakit sangat2, tapi gagahkan diri bangun jugak. Bila dalam toilet nak shi-shi susah sangat2, mengigil rasa badan nak kuarkan. seksanya...

bila masuk bilik nak baring semula, tapi tak boleh bawah ari-ari **hope korang tau apa tu, tak reti nak explain** rasa sangat2 sakit, sudahnya gerakkan hubby. Dia punya terkejut tengok aku tertunduk2 pegang perut. Dia ajak pergi klinik, tapi aku tak nak, nanti nak tunggu jumpa doktor jawabnya dah subuh, baik duduk umah je. Tahan je la, tapi sian kat hubby, dengan mata merah tahan ngantuk, amik minyak yu yee sapukan kat perut, akt belakang, tapi bila nak bergerak,pusing kiri kanan, seksanya ya amat...tak tau lah. Nak kata gastric macam bukan, tapi angin rasa penuh dalam perut, sampaikan menggigil badan, sakit hingga peha pun rasa sakit. Nak buang angin pun rasa sakit, nak sendawa tak boleh, sudahnya aku nangis, lama2 tertidur sendiri.

Pagi tu konon nak bangun sahur, sudahnya kelaut.....nak bangun pon tak boleh, nasib baik hubby dah makan dulu masa dia bangun jaga aku sakit perut tu, dia makan siap2, sian hubby.

Bila dah pagi dalam pukul 9.30 am pergi klinik, bila cek doktor cakap sakit kencing kotor, doc suruh shi-shi, nak test urine. Bila dah cek, memang betul urine aku kotor, mungkin sebab kurang minum air, dan sakit perut tu doc cakap aku nak kena gastric. Tapi as orang yang memang ada gastric, aku rasa aku tau sakit gastric tu macam mana, yang ni sakit dia lain macam, sakit yang aku tak pernah kena. Hingga ke hari ini masih lagi sakit, tapi dekat dengan ulu hati. Hari ni aku gigih jugak berpuasa, mudah mudahan bertahan sampai waktu berbuka.

Owh! aku ada resepi nak kongsi dengan korunk sume, tapi tunggu esok2 la yer. Kondisi tubuh dan mood tak mengizinkan.

ps::banyakkan minum air, dan kurangkan makan benda sejuk **peringatan untuk diri sendiri** ;D

Thursday, August 19, 2010

Meluat!

salam uolsss...

bekerja di bulan puasa memang menguji ketabahan dan ketahanan diri betul. Perut tak la lapar sangat tapi kebosanan melanda diri, bukak winamp pastu pasang lagu, pastu tutup, bukak surah2, habis surah, bukak yassin, habis yassin tutup semula, bukak blog, bukak FB,BOSAN! huhuhu

tapi sebenarnya, aku semakin BOSAN malah MELUAT, sakit HATI, BENCI, HANGIN dengan berita2 yang aku dengar...hari2 ada je berita buang anak, bulan mulia ni pun ada lagi yang buang anak. Weh! manusia! ada otak pakai boleh tak? adoyai...sedih! kecewa!


berapa ramai orang kat luar sana nak anak tapi tak dapat? berubat kesana sini, di hina mandul, huru hara laki bini, sebab nak anak, tapi korang dah buat anak, buang???? kenapalah ada orang macam korang ni? kan bagus korang tu tak ada je?

kadang2 aku sampai tak nak dengar/tengok berita sebab adanya manusia macam korang ni. Aku lagi sanggup tadah telinga pasal politik ** i hate politics!**. Apalah daya aku ni, semakin ramai membenci berita korang semakin ramai pulak yang buang bayi...korang tau tak anak tu anugerah dr-Nya, anak itu rezeki, anak itu penyambung keturunan, penyeri kasih sayang, anak itu harta yang tak ada nilai...hari ni ko buang, esok ko dah kawen, time tu terhegeh2 nak anak, Allah dah tak bagi ko pusing rata satu dunia pun tak ada....kalau dah tau ko buat salah, insaflah...janganlah jadi pembunuh.... jadilah manusia sekurang2nya, tak perlu jadi INSAN jadi manusia pon dah cukup, kenapa perlu jadi hati batu, hitam!


lagi satu aku tak boleh blah dengan berita pasal suami pukul isteri sampai mati, meroyan tak pepasal, curah asid. Hei! kaum lelaki **tak layak dipanggil adam kalau perangai macam tu** kau tu di jadikan sebagai pelindung kepada wanita, kenapa ko bersikap binatang???? hah! malas nak ulas panjang pada lelaki tak otak macam tu!

ps:: jika benar kamu itu adam untuk hawa, jagalah kami sebaik2nya, kerana hawa itu terjadi dari kamu.

Wednesday, August 18, 2010

Mimpi

Malam ku bermimpi hai lihat satu bintang...eceh!

tapi masalahnya aku tak mimpi bintang aku mimpi binatang! ke...serangga???hahahha..tak tau la nak letak dia dalam ketegori apa.

Mimpi tu memang menakutkan sampai aku macam menangis ketakutan, hubby yang cakap aku macam menangis, dia kejutkan aku, then aku tidur semula.

Bila bangun tidur, aku ingat2 semula makna mimpi aku tu bukanlah benda baik dan ia berkaitan dengan perempuan, sebab binatang/serangga yang aku mimpi tu digamabrkan sebagai seorang perempuan dan perempuan itu akan menyakiti aku. sentap!!!!

dan beberapa hari lalu aku dapat berita yang kurang enak..dan aku tak berharap dapat berita tu, sesekali aku macam nak libas je orang yang diceritakan bukan tukang cerita, tapi orang dalam cerita tu. hangin mak nokkkk...aku dah kawen kot...tak payahlah ganggu lagi.....


Macam nilah, aku tau kita semua ni berkahwin kadang2 bukanlah dengan orang yang pertama kita jatuh cinta, senang cerita bukan 1st boipren. Macam tu jugaklah aku. Aku tak kata aku dah lupa pada yang lama, tapi tak pulak aku ingat bebenor, meratap pada yang lama, tak pulak rasa nak balik semula, atau bercita-cita nak meyambung semula apa yang telah pun terputus, tapi aku redha, hubungan kami tak panjang..maka aku pon jalani hidup aku seperti biasa. Benda dah lama berlalu..

Aku bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang dan aku tak nak kehilangan kebahagiaan itu, kalaupun dilanda badai biarlah aku dan suami harunginya. TAPI!!!! aku tak tahu kenapa manusia yang satu ini tak paham erti REDHA! aku bukan nak dia lupakan, atau ko kena DELETE then TRASH semua memori cinta luka tu, tapi REDHA la hubungan tu dah pon berakhir...tolonglah jangan ganggu kami suami isteri. Bertindak dan berfikirlah secara matang, dan sebagai seorang yang dah pon berusia **bukan tua** aku rasa dia dah pon boleh menilai mana baik mana salah, apakah perbuatan dia itu betul atau tak.

Kadang tu aku rasa kesian, kadang aku rasa marah, kadang tak tahu nak rasa apa, tapi aku rasa lebih pada kesian, kesian kerana dia terlalu mengikut emosi dari akal fikiran yang Allah s.w.t dah beri pada dia.

hai, manusia..tolonglah biarkan kami, aku doakan kau bahagia.

Bila ingat apa yang manusia ni buat, tetiba terlintas, apakah ia ada kaitan dengan mimpi aku tu? kerana aku memang pasti hati aku sakit sangat! tapi orang cakap mimpi tu mainan tidur. hump!

ps::nasib mak mertua aku bertanya dulu. sayang mama!

Tuesday, August 17, 2010

Resepi::Kerapu masak steam

salam...

hahah..memandangkan bulan puasa maka korang kene la layankan segala resepi aku yer...kikikiki...

semalam berbuka kerapu masak stim, aku main taboh jek..sebenarnya nak sedap ikan siakap la kan, tapi sebab yang ado kerapu aku sapu jek. ehehhehehe



Bahan-bahan;

Ikan kerapu
potong cili padi **ikut suka nak banyak ke sikit
Halia 1 inci - racikkan
Bawang putih 3 ulas- racikkan
sos tiram 1/2 sudu
sos cili thai linggams 1/2 sudu
perahan limau nipis
garam
ajinomoto

Cara-cara memasak:

Bersihkan ikan, kalau ikan yang hanyir tu basuh guna air asam.

Sapukan ikan dengan garam,ajinomoto, sos tiram dan sos cili thai linggams keseluruh bahagian ikan, letak ikan dalam aluminum foil, cili padi, bawang putih dan halia yang telah di racik masukkan kedalam belahan ikan, dan tabur di atasnya. Perahan limau tadi, dicurah keatas ikan.

Masukkan ikan dalam oven, suhu 160 d/celcius, selama 15 minit. ** aku malas nak pakai steamer, maka masuk dalam oven jek** ;p sodap jugakkk!!! hahahah

ps:: hari ni nak masak kari kambing..ahaks!

Friday, August 13, 2010

Custom Album: Story album

salam...

Eceh! tadi konon cakap tak ada nak hapdet, tetiba ada lagi. hehehhe...
Tadi dok belek2 henpon pastu, ternampak picca yang aku amik, picca wedding album aku..so nak share la ngan korang...cita basi dah...heheheh....


ini muka depan album aku, pakai clear crystal. Kan aku ada mention on my solemnization ada 5 pasangan sekaligus. Hubby aku paling menyerlah dengan baju dusty pink de.dok elok je tengah2.heheh...


oopsss! bantal nikah tertinggal dekat rumah, sebab dah kelam kabut, semua orang dah sampai, aku paling lewat, maka tergopoh2 lalu tertinggal, jadi duduklah di atas sejadah saja.. ;D


Ini make up session..untuk reception. aku tengok semua picca B2B mesti ada pic bride bercakap dekat phonekan?hehehhe bz sungguh!


Sesi outdoor di sekitar RJCC.


Sesi outdoor di Taman Merdeka, kemain ramai pengantin hari tu, sana sini dok amik gambar. meriah nokkk....

Cukuplah ek, tak yah banyak2 sangat...sekadar berkongsi, para pengantin lama/basi seperti aku, tunjuklah album kalian..mahu tengok jugak. hehhehe....

owh! sebelum menutup entry story album ni dari OP aku : MATLAN SOPAN
dia memang happening! weee!!!

ps:: aku tengok iklan raya petronas 2006, sedih! meleleh air mata, mudah2han aku tidak seperti itu kelak. hump!

Art Fazil

Salam jumaat...

Hari ni tak ada idea nak update pape, cuma nak berkongsi lagu yang aku rasa sedap di dengar. Melodinya sayu di hati, tapi liriknya indah. Kalaulah sang suami dedicate lagu ni pada aku memang melt la aku jadinya...hehehhe...jom layan!



Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku

ps::hari ni nak balik JB, rindu mak ayah!

Thursday, August 12, 2010

Juadah berbuka: Ikan masin masak lemak nenas & sambal udang nenas

Salam...

hari ni nak kongsi sikit menu masakan semalam.heheheh...
semalam pertama kali berbuka sebagai isteri. Rasa kelainanya, dulu masa bujang bukan tak pernah masak untuk hubby tapi feeling tu berbeza. Ni balik rumah sendiri, beria sorang2 kat dapur nak masak, time sahur lagi dah pikir nak masak apa.hahahha..semangat! ;p

So semalam aku pon masak la ikan masin masak lemak nenas, sambal tumis udang nenas dgn sayur bayam masak bening**aku tak tahu korang panggil apa** ;D

Nenas adalah menu utama, hahaha..sebab dah terlebih potong maka campak saja dalam sambal udang, sodap jugak....

Resepi ikan masin masak lemak nenas


sumber::google

Bahan-bahan

Ikan masin kurau **aku suka yang kering bukan salai yer
Nenas ** potong dadu atau bulat2, ikut suka pon boleh ;p
cili padi 10 biji ** ikut nak pedas macam mana
bawang 1 labu
bawang putih 3 ulas
kunyit 1 inci
serai
santan
garam
gula
ajinomoto

cara memasak:

Tumbuk bawang,bawang putih, cili padi, kunyit dan titik/ketuk serai.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi, kemuadian masukkan ikan, nenas dan akhir sekali masukkan santan, kacau santan pastikan jangan sampai pecah, nanti tak sodap ;p

Kemudian masukkan garam,sedikit gula dan ajinomoto **kalau suka


Resepi sambal tumis udang nenas june ;D


sumber::google

Bahan-bahan

Udang
Cili boh
bawang 1 labu
bawang putih 3 ulas
sedikit air asam jawa
Sos cili linggams 1/2 sudu **kan aku dah kata sos ni sedap..huhuh
nenas
gula
garam
ajinomoto

cara memasak:

Masukkan cili boh, goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang, bawang putih yang telah di tumbuk, sedikit air asam jawa dan masukkan udang, tunggu sehingga mendidih kemuadian masukkan nenas, akhir sekali masukkan garam, gula dan penambah perisa. siap! cepat dan sedap! ;p

ps:: bulan puasa memang semangat memasak sebab nafsu makan membarakan?hahahah

Wednesday, August 11, 2010

Baju Raya

wut???? baju raya dah kata dia...baru puasa sehari dah nak citer pasal baju raya...sungguh tak senonoh ini budak june.hahahahha....

tapi seyes nok....mak dah pergi tempah baju raya tau...baru kejap tadi.hahaha...orang lain tempah baju sebulan sebelum puasa, aku betul2 bulan puasa aku pergi hantar tempah, nasib baik kakak tu nak amik, memandangkan aku pelanggan tetap dia, jadi dia amik jugak.sayanglah akak!!

entah ek, aku tau banyak je baju boleh beli online or pergi je la mana2 bazaar mesti banyak baju dah siap, kalau nak upgrade sket pergi je mana2 butik melambak baju cantik2, tapi aku ni jenis tak suka baju dah siap, aku suka tempah. Baju dah siap mesti ada je tak kena, kang baju dah elok, kain pulak singkat...kalau kain semenggah, baju pulak besar...sebabnya, baju aku saiz S kain saiz M**kain nak panjang,bukan nak besar**. Manalah ada orang jual baju,kain asing2, lain2 size, so untuk selamat pegi tempah...baju, design, ukuran semua ikut hang. nak ketat, sendat, besar,kedoboh**besar tahap gaban**, ikut suka hati..janji ko suka kan?

nak tengok tak design baju mak yang glamorrrr tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ahhahahaah....glamor mak nok....picca hasil dari incik google..

tak la sehebat tok ti kita ni, tapi design je yang sama..material kain jauh panggang...macam langit dengan bumi...mak ni pipit mana nak sama dengan enggang..

ps:: tetiba mak sentitip..hahahah....

puasa pertama sebagai isteri

Salam Ramadhan semua...

Auuwwww! tajuk ai!heheheh...

saja je nak kongsi cerita perasaan aku bergelar isteri.eceh!!

pagi tadi dengan penuh semangat bangun pukul 4.30 pagi untuk memasak lauk sahur pertama kami. Lauk ikan cencaru masak kicap dan telur dadar jek..heheheh...air teh o panas. Jadilah...sahur bukan nak kena makan sampai penuh perut kan...**alasan...;p**

Bangun tadi dengan mamai2, terhoyong hayang aku.hahahah..buruk beno perangai. Yalah, dulu masa duduk bujang paling koman aku bangun buat outmeal jek, tak pon aku makanlah pape cereal pon, pastu terus krohhhh....bangun subuh lewat2 sket...he...
Kalau kat kampung plak, mak aku yang huru hara masak, aku tau2 bangun, makan. Pas subuh tido semula.Heaven!



Tapi hari ni aku pulak dah jadi mak aku, bangun pagi2 masak untuk suami, dah siap masak, kejutkan dia semua dah terhidang, pastikan kurma,air manis dan air putih semua ada atas meja. Terasa sangat2 berbeza, tapi yang peliknya aku tak rasa susah pun, aku rasa happy, aku rasa seronok dengan apa yang aku buat, walau dalam keadaan mengantuk **nak jugak cakap mengantuk** ;p!

pengalaman pertama yang indah!lagi2 bila hubby cakap " bestnya puasa kali ni, mummy masak untuk daddy, tq sayang.." wawahahahha...rasa terbang kat kayangan.huhuhu..

Sebelum kawen, aku ingat puasa kali ni adalah puasa terakhir aku sebagai perempuan jomblo **Noe pinjam nama kamu yer** rupa2nya takdir Allah tu tak terjangkau, puasa kali ni aku sudah pun bergelar isteri dan sedang menjalani tanggungjawab. Mudah2han aku berjaya laksanakan segala tanggungjawab aku dengan baik dan mengembirakan hati suami. ;) aku juga doakan untuk kalian ;D

ps:: selamat berpuasa untuk semua, moga bulan ramadhan ini memberi barakah untuk semua.

Tuesday, August 10, 2010

cara-cara pakai dan buang KONDOM!

Aku hangin giler pagi2 ni...rasa nak meletup kepala aku....gerrraaammmmmnyerrrrrr!!!! marah marah marah marah sangat sangat!!!!!!

kalau aku dapat la orang tu memang aku sepak sepak dia!

owh! maafkan aku tajuk adalah sangat tidak sopan. Tapi kerana menda alah tu la buat aku hangin satu badan, marah sampai rasa nak nangis!

korang bayangkan tengah syok ko bawak kete tetiba ko tengok kat luar tingkap depan ko ada benda nak terjungkit2 nak di terbangkan angin. Aku pon dok menunggu jugak pebenda la kat depan cermin aku tu, ingatkan plastik apa la kan, Sekali..................................


KONDOM yang penuh dengan ISI!!!!!!

bodoh!bangang!!!!! marahnyaaaaaa!!!!!!!!

oi!!! manusia! ada otak tak????? ko dah pakai.....ko buanglah dalam tong sampah.....perlu ke ko campak ke bawah?????????

rumah ko dah tak da tong sampah ke apa?????pandai pakai pandailah buang!!! tak ada moral betul! aku marah sangat! tapi tak tahu nak buat apa.

Bila aku beritahu hubby aku, dia pun hangin jek, siap suruh pergi car wash terus, pegi cuci.manalah ada car wash bukak pukul 8.00 pagi. Bila kuar dari kete nampaklah kesan selepet benda bangang tu...benci benci!!!!!

Saturday, August 7, 2010

Resepi : Kerapu Masam Manis dan Terung goreng sambal

olla..

aku kebuhsanan ni...so saja lah nak berkongsi dengan kalian apa aku masak malam ni.hheeh...hasil dari meng'google' dapatlah masak masam manis, bukanlah tak pandai tapi memang tak reti and tak penah masak pon...wakakkaka..huduh betul jadi pompuan tapi tak pandai masak. ;P masakan ala-ala tu reti la mak nak masak, kalau hebat2 haruslah mak google dulukan. ;D

bahan-bahan:

Ikan kerapu ** apa-apa ikan yang sedap di masak masam manis pon boley**


sumber:: google

bawang merah 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili padi 4 biji **kalau nak pedas lebih
sos tiram 1 sudu
sos tomato 1 sudu
sos cili 1 sudu
sos thai linggams 1 sudu ** sangat recommended!! masak apa pun sodap!
cili boh

lobak 1/2 batang potong dadu
tomato potong dadu
nanas potong kecil
perahan limau nipis

cara-cara memasak::

goreng ikan ** jangan terlalu garing** kemudian alihkan ketepi.

masukkan bawang merah,bawang putih dan cili padi yang telah di tumbuk **aku suka tumbuk** goreng hingga bawang kekuningan, masukkan cili boh sedikit, goreng hingga garing, dan masukkan semua sos. Selepas itu masukkan lobak,tomato,nanas dan air perahan limau nipis, masukkan garam dan gula sedikit secukup rasa. Tunggu hingga mendidih, kepekatan ikut kesesuaian.

cara hidangan::

ikan di letakkan didalam pinggan, curahkan kuah masam manis tadi di atas ikan,dan hiaskan dengan salad. Siap!

Terung goreng sambal



sumber:: google

Terung di potong mengikut citarasa masing2

bawang merah 1/2 labu**jika besar
bawang putih 2 ulas
sos cili 1/2 sudu
sos tiram 1/2 sudu
sos c/thai linggams 1/2 sudu
cili boh


cara-cara memasak::
Bakar terung terlebih dahulu, atau layurkan tanpa minyak, kemudian angkat dan ketepikan.

Kemudian tumbuk bawang dan masukkan bawang, tumis hingga naik bau dan warna kekuningan, masukkan cili boh, goreng hingga garing, masukkan kesemua sos di atas, masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan terung yang telah siap di bakar, gaulkan hingga rata, dan angkat. Siap dihidang.

resepi ni ada yang aku ikut sedap aku, tapi jangan risau kalau korang cuba tak kan sakit perut okeh! heheheh...selamat mencuba!

ps:: hubby cakap " ami masak sedap ari2 sebab tu dy gemuk" hahahah...

sambungan : Kisah menghina JOHOR

Salam dan selamat pagi...

Aku bukanlah nak kepoh sangat, tapi nampaknya kisah Si Azita ni makin popular plak. Siap keluar akhbar lagi : Sinar Harian boleh klik kalau nak tahu kisah lanjut.

Tapi aku tertarik dengan ayat ni

“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumba�ngan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
sumber dari : Sinar Harian

fikir-fikirlah sebelum mengeluarkan kata, apatah lagi jika melibatkan orang lain. hump!

ps:: kesian ada,marah ada,sedih ada, tak tahulah..moga dia lebih menjaga mulut lepas ni.

Friday, August 6, 2010

Masalah rambut gugur

salam...

hye uollsss...nampaknya dekat facebook masih lagi sebok tentang hal si Azita Osman tu. tak tahulah nak cakap kesian ke tak, tapi kesian jugaklah, kerana mulut badan binasa, cakap tak pandang2. Harap2 ni jadi pengaran untuk diri aku jugak. Kita ni manusia, kadang kala kita tak sedar percakapan atau perbuatan kita menyakitkan hati orang lain...

Ok! STOP! aku bukan nak celoteh pasal Azita. Aku nak kongsi sesuatu dengan korang semua. Terutamanya yang ada masalah rambut macam aku ni, Gugur tak sudah2...duit dah beratus2 ** baru ratus dah kecoh kan??hahah** tapi ye la aku bukan banyak duit nak habis duit beribu semata-mata kerana rambut, tapi rambut tu penting, kalau botak aku tak kisah lagi orang nak tengok tapi macam mana plak dengan hubby aku? eh??hubby ek?hehehhe..malu ai..

Dulu rambut aku memang lebat, kalau panjang tu bila nak ikat naik lenguh tangan, getah rambut selalu jek terputus sebab rambut tebal dan berat, tapi sekarang rambut aku mula menipis, terutaman bahagian depan. Rambut belakang masih maintain, tapi bahagian depan dan tengah dah mula menunjukkan potensi rambut ku menipis. sedih oooo....

note:: rambut perempuan akan lebih banyak gugur di depan berbanding belakang. Rambut belakang punyai salurang darah yang banyak berbanding di atas kepala.

So aku cuba pergi Yun Nam dengan harapan nak buat dekat sana. Kononlah kan...hati suci bersih jek pegi sana, bajet kat situ murahlah, paling koman kene RM2k aku mampu lagi nak effort, tapi bila dia cakap dekat RM8k, terus jiwa luka, time tu jugak. Gila ko nak buat rambut mahal macam tu, macam nak buat duit kawen!

Then aku pergi salon aku selalu gunting or wat pape la kat rambut aku ni, aku amik treatment kat situ, sambil tu pakai la produk diorang..Alhamdulillah ok..dandruff memang dah tak ada, cuma rambut gugur masih ada cuma berkurangan, tapi sampai bila aku nak buat kat situ kan? Tak terlaratlah mak nok...mak bukan anak orang kaya.

So, aku cubalah satu shampoo ni...BERKESAN!
rambut aku kalau 2 hari tak cuci** aku cuci rambut 2 hari sekali..** memang bila cuci tu akan gugur banyakkkkkkk sangattttt...nak nangis aku tengok rambut2 tu. Hubby aku pun naik risau, even masih dalam treatment rambut still gugur. Tapi lepas pakai shampoo BA WANG, rambut aku gugur sikitttt je....time sikat pon tak ada yang tertinggal dekat sikat, cuma bila mandi je akan gugur. Memang secara purata rambut kita akan gugur 100 helai sehari, tapi kes aku ni, baby hair aku tidak kukuh dan gugur sekali, jadi macam mana rambut yang gugur tu nak ada rambut kalau baby hair aku dok jatuh sekali kan? hehhe..



Kalau korang ada masalah keguguran rambut and dandruff boleh cuba shampoo BA WANG, harap2 ia sesuai dengan kulit kepala. Kita tunggu result rambut aku yer selepas 3 bulan, aku nak pegi scan tengok samada rambut aku regrowth ke tak. okeh?

ps:: setiap syampu bukan semua sesuai dengan kulit kepala, mungkin ada yang tidak berkesan. cuba gunakan botol kecil dulu.

pss:: bau syampu ni berbau herbal tapi tidak menyengat. Selamat mencuba! bersama kita membenteras rambut gugur!! gambate!

Thursday, August 5, 2010

Iktibar untuk semua : Nor Azita Osman



sumber : fb **link tak moh bagi, aku sure korang sume ada yang kene tag

Salam...




Aku tak tau lah aku ni lembab ke apa, tapi pagi ni barulah aku tau kes si Azita ni. Agak berangin jugak lah aku baca post dia kan.

Perlu ke nak cakap negeri aku HINA?????

kalau orang lain cakap negeri ko macam mana? bila mengeluarkan kata-kata tu boleh tak berfikir dulu? Allah dah bagi kau akal fikiran gunakan lah...apatah lagi ko tengah preggy..memang pahamlah kehendak orang mengandung yang tak boleh nak di tolak di halang tapi perlu ke sampai nak cakap macam tu? even ko orang kedah, cara percakapan kita berbeza, loghat berbeza tapi kalau ko dah duduk JB gunakan ayat yang sepatutnya...jangan ikut suka, sedangkan kita tahu ada setengah ayat kita maksud yang berbeza.

Ko pun dah duduk JB fikir2lah dulu...bila dah semua orang kecoh, kan dah susah...kot nak lepas geram FB bukanlah tempat terbaik...sikit2 sudey..jangan lebih2...

mudah mudahan segala kutuk keji orang tak susahkan ko bila nak bersalin nanti...aku rasa dah elok ko minta balik negeri jek la...sedih aku bila ada rakyat MALAYSIA macam ni. Dah hidup dekat negara aman pun ko dah patut bersyukur tau tak, dari ko hidup merempat.hump!!!

ps:: sorry entry agak luar dari biasa, aku jarang sentitip orang cakap pasal negeri ke apa, tapi kalau dah kata negeri aku HINA terusik jugak kan.

Tuesday, August 3, 2010

sambungan

Olla...

Tiba-tiba aku rasa nak sambung semula novel online aku. Yelah novel online aku tu tertangguh hampir setahun. Orang sebok urus nak kawen memang lupa segala...hehehhe...

Oh! idea! silalah datang...

ps:: aku ni nak tulis novel kene sedih2, tapi sekarang tengah bahagia.Macam mana nih???hehhehe