Friday, October 29, 2010

sakit mata & cuti cuti cinta

salam..

owh cuti 2 hari cukup enak bermalas2 di rumah di temani TV bukan hubby yer, cik hubby haruslah kerja. 2 hari bermalas di rumah, bersantai buat aku gila malas nak kerja, tapi memandangkan esok turn aku kerja, maka gigihkan diri jugak.

owh, aku cuti bukan saja2 yer, tapi kerana sakit mata!
waaa...gatal wooo...sepet mata aku, yang dah memang sedia sepet ini. huhuhu


haaa..korang! jangan nengok lama2 nanti jangkit. Kalau jangkit dapat cuti 2 hari. kalau nak cuti 2 hari sila tengok mata aku lama2. hah! merapu!


Bila mata dah sehat, semalam melapang diri dengan menengok cuti-cuti cinta yang.... " tu! tu apa tu??nasi lemak 50cent??" bunguks! tapi FK memang jejaka idaman ku selamanya. ahhh!! *rasul iman dah hilang diingatan bila tengok FK** ;p


lihat!! kacaknya beliauuu....haaaiiihhhh....

aku bukan pergi dengan my bucuk...kalau dia tengok citer tu mau dia buat jalan cerita sendiri sebelah aku. kang buat aku hangin jek. huhuhuh...aku pergi dengan GF aku jek..layan cerita cam ni, tak leh dengan bucuk, dia menyampah. soba jek la den. Tak pe yayang janji awak bagi mamy pergi tengok dengan kawan. ;D TQ!

Balik dari tengok wayang dapat seprais...tak la seprais sangat, bucuk ai tak pandai seprais, seprais nih, tapi aku tetap sookaaa....



perfume..non alcohol..sedapp bau dia..macam KENZO Flower, tu perfume aku yang dia suka kalau aku pakai, tapi perfume tu dah lama habis, dan aku jenis tak beli perfume yang serupa untuk kali kedua, wajib! tukar!. buat pe dorang produce macam2 jenis tapi aku beli yang tu jek kan, haruslah tukar2, bervarisi dan inovasi.motippp??? aahhaha


comelkan botol dia. bau dia makin kuat bila kita gosok tempat yang kita sapu perfume tu, gosok sampai rasa hangat, bau dia akan semerbak bak kasturi.cewwaahhh!!!

dia beli satu untuk aku dan satu untuk dia. comel la awak..ai tu dah bagi saya BINTANG. eh???nak tengok BINTANG ai tak? meh meh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaaaaaaa.....


.

owh ini cuma angan2 sajer yer korang...BB pastilah bukan...sebab aku tak berkenan langsung dengan BB, jangan tanya kenapa, yang pasti TIDAK pada BB. kejam tak?? saper pakai BB jangan banned aku erh... ;p

meh kita tengok lagik!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sikit sikit sudah.... ;p




wow!!! mimpi jadi kenyataan!! seploh tahun lagik kot! hahahahah....ini juga bukan walaupun menjadi pojaan hatiku....

ini dia si BINTANG

.


Samsung Star WiFi..pinkish! hubby yang soh amik pink **dia tahu bini dia ni dah sawan pink sejak uruskan pasal kawen ai tu, meroyan pink belom lagik hilang ;p**

Walaupun bukan BB, bukan juga iPhone 4, aku tetap suka nak lompat2, nak terkinja2 dapat gift dari cinta hati. Yelah sepanjang bercinta, dia bukan jenis suka manjakan aku dengan hadiah ke, seprais bagai ni. Dia cakap, lom confirm tak leh manja2 kan dengan benda2 ni semua, nanti mengada lebih, wahahahahha...dasat okeh bucuk aku tu..tapi bila dah kawen, rasa dihargai bangat sama kamu. Ternyata nak mebgecap bahagia kita perlu lalui jalan sengsara dulu. Bahagia memang ada, tapi perlu di cari dan sabar dengan dugaan. Bila ingat dugaan cinta kami, rasa tak percaya kini aku isteri dia yang sah. :)

Semoga kamu tak berubah, semoga kamu kekal seperti sekarang, semoga aku tabah mengharungi jika dugaan melanda, semoga Tuhan menjaga perhubungan kita ini. Amin.

ps:: cinta itu lebih indah bila kita pernah merasa pahitnya.

pss:: gila entry tajuk lain, cerita benda lain, caca marba jadiknya. ;p

Tuesday, October 26, 2010

Resepi:: Tomyam Seafood

haaa....dah lama tak kongsi resepi kan...
resepi aku bese r..resepi cai cin cai jek..sumerang pon pandai baut, tapi ai tetap gedix nak kongsi jgk.hahahah

meh anak2..buk jun nak ngajor cara buat tomyam seaput ala jun.



Bahan-bahan (3-4 orang makan)

bahan basah

Udang galah **baby je** 5-6 ekor
sotong 3 ekor
ikan selar kuning 4 ekor

sayur2

kobis bunga
carrot
baby corn
cendawan telinga ** aku tak tau nama, tapi yg besar2 tu**

rencah2

bawang 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili padi 10-15 ** kurangkan kalau tak tahan pedas**
kiub tomyam **sedahnya perencah segera hahah** 3 ketul
serai 1 batang
santan 1/2 cawan

cara cara memasak

tumbuk semua bawang, bawnag putih, cili padi, kiub tomyam sampai lumat, titik serai. Masukkan kesemua bahan yang telah di tumbuk dalam periuk, tumis sedikit sampai naik bau, kemudian masukkan air dan serai. Dah hampir didih masukkan sayur, kacau rata, masukkan bahan makanan basah. Kacau, akhir sekali masukkan santan. Kacau rata jangan sampai pecah santan, tunggu didih. Tutup api sedia di hidang. opss!! jangan lupa masukkan garam dan serbuk perasa.

Nyum nyum wa cakap lu!! buat pulak telur dadar, meleleh.. ;D

cinta oh chenta!

sape tengok citer chenta??sila angkat tangan anda!!

owh aku memang angkat cuma tak nampak jek.huhuhu..dua tangan lagi aku angkat!
walaupon aku tak suka dengan si pasar sendat tu, tapi terpaksa aku akui juga aku suka lakonan dia..hiprokirt tak aku??hahahah..pape la..janji aku suka ADI PUTRA! wuuhuuuu!

gila la..aku jatuh chen........ta kot kat Rasul Iman...tergoda betul tengok muka lembut dia, senyum, mata, mulut, bibir, gaya. Dia sangat comel,cute, macho, ada karisma tersendiri. wah!wah! wah!..hahahah...laki den baco mampuih dia luku.huhuhu...Tapi aku tak suka Amar, boleh???orang yang sama kot berlakon. ;p ntah pape jek aku kan.
Amar serabut, dengan misai panjang, janggut cam kambin, lemas aku tengok.aku dok bayang kalau dia makan misai2 tu terkena kuah ke, minum air terkena susu ke kat misai tu...eyaarkk!! **gial tinggi imaginasi!**

bagi peminat adi putra marilah kita layan wajah kacak beliau yang tiba-tiba membuat aku meroyan seketika.


kacak kan???walaupon mata dia kelihatna letih di situ.xkira! kacak jugak!


sangat jambu okeh...cair guwe seketika.


owh! abang kaca hitam! tak senyum, tak suka..senyum laaaa...


lihat...betapa macho nya dia...adoyai...


senyuman bikin hati melting....aduhh!!


mesti ni zaman muda mudi..xkira...ko tetap comel!


ini paling aku suka, even tak suka misai tu. ;p

tengok betapa hemsemmmmnya dia....whoahh!!!

owh! umur dia baru 29tahun yer. hari ni baru tau.kikikiki

ps:: habis citer chenta confirm guwe dah tak gila kat dia lagik! hahahah

Friday, October 22, 2010

Ketulusan Hati

“ Ayah..Ibu mana?? “ soal si kecil. Aku merenung wajah layu anakku. Aiman…apalah yang mampu ayah buat untuk menghilangkan rindu di hatimu sayang…rintih hatiku. Maria…awk kat mana??kenapa awak sanggup buat macam ni Maria?apa salah saya?apa salah Aiman? Tak sayang ke awak pada anak kita?buah cinta kita?rezeki dan harta yang Allah bagi untuk kita, amanat yang Allah serahkan pada kita? Maria awak lupakah pada janji kita Maria….

“ Ayah…” tersentak aku dari lamunan ku.

“ Ye sayang..Aiman nak apa? Aiman nak makan?” soal ku lembut. Aiman hanya mengelengkan kepalanya.

“ Aiman nak ibu…” rengeknya lagi.

“ Kita pergi rumah nenek ye sayang. Kita jumpa atuk dengan nenek. Aiman main-main dengan Kak Nisa ye” pujuk ku lagi. Harap-harap menjadilah. Aku dah buntu memujuk anak ku ini. Sejak dua bulan yang lalu Maria pergi meninggalkan aku tanpa sebab, aku bagai hilang arah tujuan. Manakan hendak menjaga Aiman, manakan aku perlu bekerja, siapa nak menjaga anakku. Siapa nak menjaga makan pakai ku. Sedangkan selama sepuluh tahun ini semua Maria lah yang menjadi “Lady Boss”. Dialah yang memastikan semuanya berjalan dengan lancar, segala keperluan di rumah dialah yang akan pastikan lengkap, aku hanya perlu mencari duit dan semuanya Maria akan uruskan.

Apa salah abang Maria….terguriskah hatimu selama ini? Abang punya silapkah Maria? Kenapa tidak kau berterus terang Maria? Kita boleh berbincangkan, selama ini kita selalu berbincang. Kenapa tiba-tiba Maria? Kenapa?? Semua itu hanya berlegar dalam benakku, tiada satupun mampu ku utarakan. Bagaimana mungkin kuluahkan sedangkan hanya aku dan Aiman yang mukim di rumah sepi ini, sesepi hatiku kini..

-----

“ Sham..”

“ Ye mak”

“ Kamu masih tak dapat hubungi Maria?”

“ tak lagi mak. Sham sendiri dah tak tahu mana lagi Sham nak cari. Semua kawan-kawan dia Sham hubungi, mama dan papa pun dah tak tahu siapa lagi diorang nak bertanya.”

“ Kamu dah cuba hubungi abang Maria di Australia?”

“ Dah..abang Hamka cakap Maria tak de hubungi dia dah lama dah. Dia sendiri terkejut bila dapat tahu Maria dah tinggalkan saya” ada sayu di hatiku. Maria….

“ Sabarlah Sham..ni dugaan untuk kamu. Mak pun tak tahu pertolongan apa yang boleh mak bagi. Aiman tu kamu tinggallah dekat sini, biar mak yang jaga. Kalau tinggal dengan kamu nanti dia rindu pulak dekat ibunya. Dekat sini dia ada jugak kawan-kawan, lama-lama lupalah nanti dia pada Maria” pujuk mak. Aku tahu mak sakit hati bila Maria meninggalkan aku dan Aiman. Maria bukanlah menantu pilihan keluarga ku, tapi aku berkeras, aku tetap ingin Maria menjadi suri hidupku. Bagi ku dialah segala-galanya. Akhirnya keluarga ku menurut kemahuan ku memperisterikan Maria. Tapi kenapa ini balasan Maria atas segala yang telah ku pertaruhkan untuk hidup dengannya…

“ Mak…Sham minta maaf sebab tak dengar cakap mak dulu. Sham dah lukakan hati mak dan abah. Maafkan Sham mak” ujar ku tiba-tiba, kukucup tangan ibuku.

“ sudahlah Sham…mak dah lama maafkan kamu. Kamukan anak mak…kamu jangan pulak fikir mak tak restu perkahwinan kamu, dah lama mak restui kamu dan Maria.” Jawab ibu dengan linangan air mata.

----

Salam…

Abang maafkan Maria, rasanya Maria dah tak mampu menipu diri sendiri, Maria tak bahagia bersama abang. lupakan Maria, halalkan makan minum Maria, maafkan segala kesilapan dan kesalahan Maria. Maria minta abang lepaskan Maria, abang jagalah Aiman. Maria tak perlukan kalian lagi.

Maria.

Aku menangis lagi, setiap kali surat yang ditinggal Maria aku baca pasti air mata lelaki ku ini murah sekali. Entah dimana silapku, hingga Maria berubah hati.

“ Tahniah! Pn Maria dan En Hisham akan menjadi ibu dan ayah” ujar Doktor Malik sambil menghulurkan tangan.

“ Terima kasih doc, terima kasih banyak-banyak” ucapku gembira. Ya Allah akhirnya setelah sekian lama kau hadiahkan juga kepada ku cahaya mata yang aku impi-impikan selama ini.

“ mulai saat ini Pn Maria kena jaga pemakanan, jaga kesihatan apa lagi di awal usia kandungan, jangan buat kerja berat dan yang penting makan setiap ubat yang saya beri mengikut masa yang ditetapkan”

“ Terima kasih sekali lagi doc”

“ abang..Maria bahagia bang. Akhirnya kita akan dapat anak. Dah lama Maria tunggu bang. Maria nak jadi seorang wanita yang sempurna, selama ni Maria rasa Maria tidak sempurna sebagai wanita” luah Maria sebaik sahaja kami berada didalam kereta.

“ Maria..abang tak pernah anggap Maria tak sempurna. Maria cukup sempurna bagi abang, tapi pastinya abang gembira dengan kehadiran si kecil kita nanti” sedikit memujuk aku berkata. Memang selama ini Maria selalu merasa dia tidak sempurna untuk ku. Manakan tidak perkahwinan kami telah pun menjangkau usia 7 tahun tapi kami masih tidak mempunyai cahaya mata. Alhamdulillah Allah telah makbulkan doa ku selama ini.

“ Terima kasih sayang “ ucapku pada Maria. Maria tersenyum bahagia.

-----

“ abang..Maria rasa Maria dah cukup hari dah. Tapi kenapa masih tak bersalin lagi yer?” soal Maria padaku.

“ Mana kad klinik , biar bang tengok due date” Maria menghulurkan kad ditanganya.

“ Erm..lagi 2 hari…esok lusa la kot..” kataku menyedapkan hati isteri kesayangan ku. Maria memasamkan mukanya bila mendengarkan jawapan dari ku.

“ Ok..kita pergi klinik sekarang yer…kita jumpa doctor Malik” pujuk ku lagi. Segarit senyum di bibirnya.

Sesampai di klinik ….

“ Salam..doc” sapaku.

“ Silakan duduk, ada yang boleh saya bantu”

“ Macam ni doc, my wife risau dengan kandunganya. Due date lagi 2 hari tapi dia masih tak bersalin lagi” doktor Malik sekadar tersenyum.

“ Puan..puan jangan risau ye. Kadang-kadang ada yang cepat melahirkan, ada yang lambat. Insyaallah malam ni atau esok puan akan terasa nak bersalin” aku memandang wajah isteriku. Dia tersipu-sipu. Malulah tu, tadi orang cakap muka nak muncung cam itik.

“ Ok doc..thanx..isteri saya dia tak puas hati kalau tak dengar dari mulut doktor sendiri” saja aku mengusik isteri ku. Tiba-tiba “ Abang..doc..ada air keluar….” Jerit Maria.

“ Ok..Puan Maria jangan panik ye…nampaknya dah sampai masanya” ujar doktor Malik. Maria di naikkan ke atas stretcher dan di bawa ke labour room.

“ Hello…Mama…Maria di hospital sekarang, mama datang ye”

Lagu Sempurna kedengaran. Hish! Jauhnya lamunan ku. Pantas ku capai handphone

“ Salam…” aku memberi salam kepada pemanggil

“ Abang”

“ Maria…mana Maria pergi? Kenapa Maria tinggalkan abang? kenapa Maria? Maria dekat mana? Maria ok? Maria sihat?” bertubi-tubi soalan dari mulutku, tetapi hanya tangis Maria yang kedengaran dihujung sana.

“ Abang…Maria nak abang lepaskan Maria sekarang jugak”

“ Tapi kenapa Maria…apa salah abang…” sekali lagi air mata lelaki ku mengalir kerana Maria.

“ Maria...tak bahagia bang. Maria dah bosan dengan kehidupan kita. Maria inginkan kebebasan”

“ kenapa setelah ada Aiman??Maria tak sayangkan Aiman?”

“ Aiman anak abang, abang yang inginkan dia, bukan Maria. Ceraikan Maria, Maria ingin berkahwin dengan kekasih Maria.”

“ Maria betul rela? “ soal ku tenang, mencari kekuatan diri.

“ Ye”

“ tapi kenapa Maria menangis??” soalanku tak berjawab, kedengaran gagang diletak.

----

Sham..maafkan Maria…aku tersedu sendiri. lebih dua bulan yang lepas di rumah mak mertua ku mengadakan kenduri doa kesyukuran untuk kami seisi keluarga, lagipula suami ku dinaikkan pangkat. Apabila semua tetamu beransur pulang aku ke bilik untuk melihat putera kesayanganku, semasa melalui bilik mertua terdengar perbualan mereka..

“ abahnya..Sham dah naik pangkat lagi. Saya nak suruh dia kahwin lagi satulah, dia pun dah terlebih dari mampu” bagai ada arus elektrik mengalir dalam badan ku. Serta merta air mata ku jatuh, namun kaki ku terus terpaku.

“ Eh! Kenapa pulak Milah…apa kurangnya Maria tu..”

“ memang tak ada kurangnya..tapi saya tetap nak jugak si Sham berkahwin dengan Salina tu..kesian saya tengok dia sampai sekarang tak kahwin gara-gara Sham kahwin dengan Maria” tanpa rasa bersalah mertua yang kuanggap ibuku sendiri menutur kata. Mak..bukankah mak juga seorang wanita. Tergamaknya mak menutur kata yang mencarik hati wanita ini.

“ Milah..Sham tak kan setuju, lagipula tak de kurangnya Maria tu. Awak nak cucu, dah ada cucu pun sekarang. Apalagi alasan awak…” sedikit marah abah bersuara.

“ yelah, dah bertahun-tahun baru ada sorang. Orang lain cucu dah berderet, saya baru merasa satu je” terdengar rungutan dari ibu mertua ku.

“ Awak ni…syukurlah dengan kurnia dari-Nya..jangan ditarik balik…” terdengar keriutan dari pintu bilik mak dan ayah, namun aku masih lagi terkaku disitu dengan rembesan air mata. Ada riak terkejut di wajah mereka.

“ Maria, apa Maria buat dekat sini” aku hanya tertunduk tanpa dapat menahan sebak yang semakin membukit dihati.

“ Maria dah dengar semuanya ayah, mak. Maafkan Maria, bukan niat Maria mencuri dengar” jawab ku sambil tangan mak dan ayah ku capai dan kucium sejenak.

“ Maria…abah minta maaf..abah tak berniat nak lukakan hati anak abah ni”

“ Alah..abang ni..biarlah lagipun dia memang bukan pilhan saya” tersentak aku dengan pengakuan dari mulut ibu mertuaku.

“ Milah! Jangan sampai Sham terdengar….” Aku memotong kata-kata abah “ tak pe bah, Maria paham, biarlah Maria mengalah”

Itulah kali terakhir aku dirumah ibu mertua ku. Sebaik sahaja subuh menjenguk diri aku keluar dari rumah meninggalkan insan yang menjadi tunggak hidupku, meninggalkan pelengkap jiwa ku.

---

Perkahwinan ku dan Salina selamat dilangsungkan, Maria tidak dapat kujejaki. Panggilan yang kuterima dulu adalah yang pertama dan terakhir. Keluarga mertua ku datang semasa majlis perkahwinan ku berlangsung, ada sayu di wajah mama dan papa. Salina memang isteri yang baik menjaga aku sebaik mungkin tapi sayangnya tak ada rasa kasih dalam hati ini untuknya, hanya rasa tanggungjawab dan hormat yang membuatkan rumah tangga kami kekal harmoni. Mak adalah orang yang paling gembira bila Salina akhirnya menjadi menantunya. Kini Aiman punya mammy baru maka lengkaplah kekurangan anakku itu. Aiman sudah pun berusia 7 tahun bermakna telah 5 tahun Maria tidak dapat kukesan dan hingga kini aku belum sekali menjatuhkan talak padanya malah aku juga tidak menerima apa-apa surat dari pihak Maria.

“ bang..” panggilan dari Salina mengejutkan aku.

“ Lin..ada apa Lin?”

“ Ada surat, tak tahu pulak siapa pengirimnya. Tak bersetem pulak tu, Lin tak berani nak buka lagipula bukan untuk Lin” surat dihulur kepada ku. “ Lin masuk dulu bang, nak tengokkan Aiman” aku sekadar menganggukkan kepala. Surat ku buka, tulisan tangan yang cukup ku kenal.

“ Salam…kehadapan suamiku Mohd Hisham dan puteraku Mohd Aiman…

Maria minta maaf andai kehadiran surat ini mengganggu kebahagiaan abang sekeluarga. Maria ucapkan semoga berbahagia untuk abang dengan kak Salina. Maria doakan kebahagiaan abang dari kejauhan. Tujuan Maria bukanlah untuk merampas kebahagiaan itu cuma Maria ingin abang ketahui satu hal, semasa Maria meninggalkan rumah kita dulu, Maria berbadan dua dan Maria selamat melahirkan Marlissa. Jika abang ingin melihat Marlissa datanglah ke Australia, Marlissa kini dibawah jagaan abang Hamka dan memang selama ini Maria bersama dengan abang Hamka. Maria juga yang minta di rahsiakan semua tentang Maria dari abang malah dari mama dan papa. Abang apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Maafkan Maria.

Love;

Maria”

-----

Pertemuan antara aku dan abang Hamka membuatkan aku rasa semakin terluka. Sampainya hati mak melakukan Maria begitu. Tiadakah kasih buat isteri ku itu, tiadakah sekelumit sayang untuk menantunya itu, seperti mana sayangnya dia pada Salina. Anak ku Marlissa sudah pandai berkata-kata, dia seriras Maria, apalagi rambutnya yang ikal dan hitam lebat persis sekali ibunya. sayang sekali insan yang kurindui tak kunjung jelma. Maria benar-benar menjauhkan diri dari ku. Maria abang akan bawa kamu pulang kepangkuan keluarga kita sayang. Hatiku tekad, senekad sewaktu aku mengahwininya dulu.

“ Mak..Sham ada perkara nak bincangkan dengan mak ” tutur ku lembut walaupun dalam hatiku bergolak.

Akhirnya persemukaan antara aku dan mak menjadikan hubungan kami kembali retak seperti mana dulu. Mak berkeras dengan keinginannya bermenantukan Salina walaupun hingga kini Salina tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia mengandung sedangkan alasan mak dulu ingin aku berkahwin dengan Salina selain dari menjadi pengganti ibu kepada puteraku ialah untuk mendapat lebih ramai cucu supaya lebih meriah keluarga kami. Aku tak mengerti kenapa mak yang juga seorang wanita mampu menyakiti hati wanita lain. Aku kesal dengan apa yang berlaku. Maria, abang berjanji Maria akan kembali pada abang.

----

Abang mengertilah apa yang Maria buat semata-mata untuk abang. Aiman maafkan ibu sayang. Ibu sayang Aiman, Aimanlah permata hati yang ibu tunggu selama ini tapi sayangnya ibu perlu berkorban demi orang yang telah ibu anggap emak.

Hati ku merintih bila terkenangkan Aiman, walaupun aku sedar Kak Salina akan menjaganya tapi hati ibu mana yang mampu menahan derita bila terpaksa berjauhan dengan anak sendiri, hanya dari kejauhan Aiman ku perhatikan. Segala yang ku katakan pada Hisham hanya penipuan semata-mata, aku tidak pernah menetap dengan abang Hamka, aku masih di KL malah dekat sekali jarak kami, cuma aku lebih bijak mengelak dari dia. Bertahun-tahun aku menjauhi hidupnya, tetapi akhirnya aku sedar melihat tidak sama dengan benar-benar memberikan. Aku rindui kasih Hisham dan aku rindu pada putera kami. Merampas semula kasih mereka, itu tak mungkin tapi bagaimana kasih ku yang dirampas??? Hati ku berperang sendiri, Marlisaa juga perlukan kasih seorang ayah, Malissa juga perlukan keluarga yang sempurna bukan pincang seperti sekarang. Akulah ibu dan akulah bapa. Sanggupkah aku merampas seorang anak dari ibunya seperti mereka merampas anakku dari aku yang juga seorang ibu?? Merobohkan tempat untuk aku berteduh selama ini??

----

“ Maria???”

“ Abang…Maafkan Maria bang..Maafkan Maria…”

“ Ya..abang tak pernah sekali pun marahkan Ya. Abang yang sepatutnya minta maaf pada Ya, abang yang sepatutnya menjaga Ya” tubuhnya kuraih kedalam pelukan.

“ Sham..bawalah Maria balik..cukuplah apa yang telah kamu berdua lalui, mulakan semula hidup kamu,lupakan apa yang berlaku” ujar abang Hamka.

“ Tapi bang..Mak tak suka Maria..” gusar Maria bersuara.

“ Ya..dengar sini sayang. Mak bukan tak suka cuma dia kesian pada Salina. Maafkan mak ye sayang. Ya balik dengan abang ye, kita besarkan Aiman dan Marlissa sama-sama.” Pujukku pada Maria.

“ Kak Salina macam mana??boleh ke dia terima Maria?” soal Maria tenang namun dapat aku rasakan ada sendu dihati isteriku itu.

“ Ya bagaimana?Ya sanggup terima Salina sebagai madu? Bukanlah abang ingin menyakiti hati Ya, tapi Salina juga isteri abang, dia juga tanggungjawab abang. Abang harap Ya paham…” lemah suara ku menuturkan kata-kata.

“ Ya, sanggup bang. Ya rela” ucap Maria dalam esak.

----

Kepulangan aku dari Australia kali ini memberi impak besar dalam keluarga ku terutama sekali Aiman. Aiman tampak keliru, dia seperti tidak bisa memilih antara Maria dan Salina. Meski selama ini aku mahupun Salina tidak pernah menyembunyikan siapa ibu kandungnya. Maria tenang menerima penerimaan Aiman, sama seperti penerimaan Marlissa pada ku pertama kali bertemu. Mak pula seakan tidak boleh menerima yang Maria kembali semula bersamaku, abah sebaliknya menerima dengan tangan terbuka begitu juga Salina. Baru kini aku sedar yang Salina mempunyai hati yang mulia, dan aku sebagai suami seharusnya memberinya kasih sayang sama seperti aku menyayangi Maria, dia juga berhak seperti Maria. Terasa kerdil diri ini bila melihat ketulusan Salina.

Khabar gembira ini kusampaikan kepada mama dan papa, ternyata mereka gembira walaupun mereka sedar dengan hakikat yang Maria terpaksa dimadu. Ku rahsiakan apa yang berlaku untuk kebaikan semua, lagi pula ini adalah permintaan Maria sendiri. Betapa aku dikurniakan isteri-isteri yang berhati suci.

“ Mak, Sham minta maaf kerna sekali lagi Sham melukai hati mak, tapi mak cubalah pahami hati Sham. Sham berjanji Sham tak kan sia-siakan Salina mahupun Maria” perlahan ku capai lembut tangan tua itu. Aku genangan air dikolam matanya.

“ Sham..mak minta maaf pada Sham dan Maria jugak, mak tahu mak bersalah, tapi tak terniat dihati mak untuk meruntuhkan rumah tangga kamu. Mak cuma ingin….”

“ Dahlah mak, perkara dah lepas tak perlu diungkit. Maria juga minta maaf kerana menderhaka pada mak, sedangkan Maria sedar yang ibu mertua itu sama tarafnya dengan ibu kandung. Maafkan Maria mak” pantas Maria memotong kata-kata mak. Tubuh Maria dirangkul kejap, terdengar sedu sedan dari ulas bibir tua ibuku. Suasana rumah menjadi hening melihatkan adegan yang berlaku.

----

Setahun berlalu…

“ Ya!! Lin!! Aiman!! Lisa!! Mari turun makan, ayah masak special hari ini” panggil ku pada kekasih-kekasih hati ku kini. Tenyata untuk mengecap bahagia bukan semudah itu, apabila telah Allah janjikan sesuatu yang baik buat kita bukanlah kita boleh kecapi tanpa melalui dugaan darinya. Sesungguhnya dialah sebaik-baik perancang. Ya Allah aku bersyukur dengan limpahan kasih sayang mu, aku bersyukur atas kurniaan mu yang tak terhingga ini. Amin….

Tuesday, October 19, 2010

Finally! Musyawarah Burung



Alhamdulillah..akhirnya aku jumpa jugak!

tapi masih mencari2 versi boleh dicetak dia, ada jumpa tapi tak boleh download pulak..kalau2 kalian ada terjumpa atau berbaik hati nak carikan, tolong emailkan pada hamba ya...email hamba ada di sebelah! ahaks!

eh! aku seyes, kalau jumpa tolong email pada aku yer....

Gila kau! serata ceruk pelusuk kedai buku aku dok mencari buku ni, tapi tak jumpa2. Aku tertarik dengan buku ni sebab lagu Tanya sama itu hud-hud **lirik**. Lagu penuh kisah, cerita yang perlu kita ketahui. Banyak membaca banyak ilmu, lagi lah aku yang cetek ilmu ni kan. Aku memang suka buku2 macam ni, yang pada setengah orang agak berat di angkat sebagai bahan bacaan, tapi aku suka jugak!

satu lagi lagu membuat aku mencari tahu inti cerita Andalusia**lirik**, selama ni aku cuma mendengar membuta tuli jek, dah besar panjang ni baru nak celik akal sikit. Mungkin ramai yang dah tahu cerita/kisah Andalusia ni, cuma aku je tercicir dan baru nak cari tahu. Masalahnya buku2 sebegini sangat sukar nak di cari. cari kat muzium jumpa tak?? ;p

ps:: sangat tabik dengan M.Nasir

This is ME!



itu aku... UNIVERSAL

kamu???

what type are you?


cubalah!

Friday, October 15, 2010

perpisahan kerana keterpaksaan II


sambung...

bila berlaku sebuah penceraian dalam sesebuah institusi kekeluargaan, sebagai wanita/perempuan kita akan rasa tamparan yang maha hebat. Sewaktu melangkah ke alam perkahwenan, apa yang di harap adalah sebuah kebahagiaan. Bukanlah mengharap hari2 yang bakal dilalui penuh dengan warna warni, sekali sekala dugaan dilanda badai pasti ada, tapi tidaklah hingga meruntuhkan apa yang di bina. Betapa takutnya kita kiranya itu berlaku. Malah bagi pihak lelaki juga, aku pasti, yakin mereka juga sama seperti kita. Manakan mungkin dia berkahwin hanya untuk melihat keluarga yang di bina runtuh.

Malah runtuhan itu akan menyakitkan orang2 yang disayangi. Wanita yang terpaling sayangi selepas ibunya, anak yang lahir dari benihnya, bukti cinta kasihnya.

Aku pernah melihat derita seorang lelaki bila kasih dibina terpaksa dilerai. Kesan pada dirinya yang membuat dia menderita hingga ke hujung nafasnya. kekosongan jiwa yang dia alami, begitu juga wanita yang terpaksa di tinggalkan, penceraian bukanlah berlaku dengan rela bagi setiap yang melaluinya. Percayalah itu bukan keinginan mereka, tapi kadang kala keadaan mendesak hingga itu adalah pilihan.

walaubagaimanapun aku masih lagi menaruh belas pada anak2 mereka. Tiada kasih ayah, tiada herdik marah ayah, hanya ada ibu yang terkadang berfikri normal dan terkadang terbawa emosi, yang secara perlahan anak itu sendiri membentuk diri mereka dengan emosi yang juga turun naik. jiwa anak itu terbentuk menjadi seorang yang memberontak, salah siapa? ibu ayah kah? anak itu kah? aku sendiri tak tahu nak meletak salah tu pada siapa.

melihat seperti tu, aku jadi sangat2 takut. Semoga ia tidak berlaku pada aku, tidak pada anak2 aku nanti. Minta di jauhi, dan diberi kekuatan sekuat sumayyah.

Aku punya pengalaman sendiri, menjadi sebahagian dari anak2 yang ibu bapa mereka berpisah. Mencari2 diri sendiri, malu kepada orang sekililing, jiwa aku sentiasa meronta meminta penjelesan yang tak mampu ibu dan ayah aku berikan. Setiap tindak tanduk aku, adalah pilihan aku. Dendam benci yang aku simpan entah untuk siapa. Sekian lama aku mengikis rasa sedih dan pedih itu.

walau apa pun setiap kesedihan dan kepedihan yang pernah aku lalui dulu telah berakhir, aku terima dan redha dengan apa yang berlaku. Sekain lama segala yang aku pendam dan dendam aku lepaskan. Kini aku punya 2 ibu, 2 ayah, yang sangat aku sayangi. Aku punya ramai adik beradik, walau berlainan ibu dan bapa. Mereka menjadi nadi aku kini, tapi bagaimana pula yang tak mampu menerima keadaan keluarga yang begini?

Tahu berapa lama segalanya aku pendam?? 12 tahun!! cukup?? seksa sebenarnya perasaan yang terpendam tu. Merelakan apa yang berlaku, tak mudah. Walau mak tak pernah mengajar aku membenci ayah, ayah juga tak pernah berbicara buruk tentang mak. Tapi menerima apa yang berlaku, sakit!

pokoknya penceraian bukan saja memberi impak pada wanita dan lelaki yang bercerai tetapi impak itu juga pada anak2 yang dikatakan tidak mengerti. tapi percayalah sakit yang anak itu terima lebih dari ibu dan ayah itu sendiri.

ps:: cukuplah, terasa bagai aku membuka pekung di dada pulak.

perpisahan kerana keterpaksaan

pagi ni i had a conversation wif seseorang...

how hard her life w/out husband. Aku menjadi pendengar setia keluh kesah dia, tentang anak2, hidup yang sedang di lalui, sedih pedih dia, kata2 orang sekeliling yang terkadang beri semangat tak kurang pulak yang kondem dia, cakap dia lembik, tak kuat, tak tabah.

Aku tak faham kenapa masih ada segelintir kaum kita ni kurang prihatin dengan masalah orang, kalau kau rasa tak boleh nak beri satu pendapat yang baik, tak payahlah bercakap, simpan je untuk diri sendiri. Aku rasa sewajarnya di kala seseorang tu rasa down, ko cheer up kan dia, paling tidak ko jadilah pendengar yang baik, berkata bila perlu. sumtimes orang yang cerita ni bukanlah nak sangat pendapat ko, dia cuma nak pinjam telinga ko jek, untuk kurangkan rasa sakit.

sepanjang perbualan aku dengan dia, dia ada sedikit menyentuh perihal perpisahan atau lagi tepat penceraian. Jujur aku cakap, penceraian memang benda aku paling takut. Aku bukan takut sebagai seorang wanita yang dah berkawen, dan kemudian bergaduh, lalu melalui fasa kritikal yang mana kau tak tahu samada kau selamat atau kau tenggelam, tapi aku takut sebagai seorang anak yang kehilagan orang yang dia sayang.

Anak yang tiba2 dia dapat tahu mak ayah dia tidak lagi bersama, anak yang tiba2 kena terima kata2 keji orang lain kerana mak pak dia bercerai, anak yang terpaksa tengok keluarga orang lain bahagia tapi dia hanya ada ayah atau ibu atau tak ada keduanya sebab duduk dengan nenek. Anak yang terasa dia tidak disayangi, anak yang kena buat keputusan sendir, samada kau nak jadi baik atau jahat, kau nak pandai atau bodoh, kau nak berjaya atau gagal. Segala yang kau buat adalah pilihan kau tanpa mak ayah sebagai pemandu kehidupan. Itu yang aku takut.

Rasa sakit melihat orang yang kau cinta pergi tinggalkan kau tanpa kau tahu kenapa, apa punca, melihat dia datang dan pergi, sekejap ada kejap lagi tak ada. Tertanya2 kenapa dia pergi kerja lama sangat sampai 2 bulan baru ketemu, kenapa mak ayah tidak lagi sebilik, tidak lagi ada perbualan mesra. Malah terkadang anak tidak kenal ibu atau ayah. Semua itu kerana penceraian. Siapa yang lebih terasa impak tu?

Si wanita atau lelaki yang bercerai atau anak kepada wanita dan lelaki itu??

emosi siapa sebenarnya lebih terganggu? siapa lebih sakit? siapa yang boleh merubah perasaan sayang kepada benci?

sakit tahu!!!

ps:: tak mampu nak teruskan. tunggulah nanti.

Thursday, October 14, 2010

Bila senyum bukan lagi milik ku

kelam malap sepi
seperti hati mati
pekat seperti ditanam kejap2 jauh2

berdiri cuba teguh
duduk masih rapuh
terlantar bongkang tetap luluh

berlagu tangis
menari duka
nyata benar
milik ku bukan lagi dia

tunduk redha
terima yakin
tersurat tak sama yang tersirat

faham
angguk
turut
redha
pasrah
berserah

Wednesday, October 13, 2010

Manja terlebih

ollaa....

dah 2 kali post pasal lagu jek..bosan kan?hehehehe...

hari senin hari tu jiwa sedang kacau bilau, sedih tak ingat. Balik rumah pon moody jek..rasa nak marah2 jek..hubby tengok pon blur2, pehal bini aku nih?

Masa pergi Mydin, shopping barang dapur..terjumpa pulak Pn. Qis ** design baju kami cantik!** kita...hiks!
borong2 apa yang patut, balik rumah merengek minta hubby masak mee goreng..mee goreng dia sedap! aku? kalau suruh masak mee goreng macam suruh g bergaduh, sebab masak mesti tak menjadi. ntah pape ntah, bila tak jadi mula aku nak berangin. huhuhuh...

Sebungkus mee yang dimasak, licin di makan oleh kami berdua saja dengan jayanya.ahhaha..hebat! selalu masak setengah bungkus je, di sebabkan bini terlebih manja, dia masak lebih konon untuk makan pagi sebelum pergi kerja, supaya perut bini dia yang leper di harap membuncit sedikit, harapan tinggal kenangan sajor...malam tu jugak den belasah kasi licin...hahahha...tapi perut den? menten kempis je..siap bunyi2 lagi macam orang belum makan.hahah..


thanx dak mok masakkan untuk ami..awak masak memang sedap!!

sebenarnya, kawan baik aku datang, sebab tu mood puting beliung, bayangkan dari hari jumaat sampai la ke hari senin tu, aku asik la nak menagis jek...kena tegur sikit nangis, hubby balik lewat sikit nangis. rupanya emosi terganggu.hahahah..gedix pulak aku bulan ni, tak pernah wat perangai macam tu,selalu aku tau nya nak mengamuk, kali ni cengeng plop.huhuhu....

ps:: nasib laki aku tak meroyan tengok bini, tak masak balik kerja, pastu wat muka asam kecut. ;p!

Tuesday, October 12, 2010

for the rest of my life



semoga cinta ku pada mu hingga kehujung waktu
moga aku isteri mu di dunia juga diakhirat...

ps:: tiap hari cinta dihati makin mekar

Friday, October 8, 2010

Jauh di sudut hati



titis titis jernih tiba2 menitis tanpa paksa
runtuh hati
punah jiwa

ps:: rindu pada yang telah pergi...

Thursday, October 7, 2010

ubat hati:: adik aku

along:: assalamualaikum...umi along ni
umi :: kejap umi panggil adik
along::ok..
akim:: hello..along..... akim tak nak cakap....(suara slow giler...pastu nangis)
umi:: aik tak nak cakap..dia nangis..merajuk semalam dia call along tak angkat...
along:: along kat depan tengok tv..henpon dalam beg kat bilik..nanti along call smula la eh..

dah letak aku tergelak2...adoyai..adik2..manjanya...punya merajuk dengan aku sampai tak nak cakap, siap nangis lagi..gara-gara dia call aku tak jawab phone.comel kan?? huhuh...

adik aku tu, dia memang rajin tepon kakak2 dia. Aku dengan kak ngah..kalau lama sangat aku tak balik JB, nanti mula merengek ajak umi dengan ayah aku datang KL, sebab nak jumpa along dgn abang alim. haih!! rindu!!!

Monday, October 4, 2010

dulu dan kini

hah!! tajuk...

sebenarnya tak tahu nak bagi tajuk apa. ;p

cuma nak kongsi dengan korang sumer...aku dulu dan kini..

ia lebih tertumpu pada masalah kulit yang melanda diri aku sejak umur 20tahun yer kawan2...azab!! sedih pon ada, siap ada orang cakap aku tak pandai jaga muka la, malas la, gara2 muka aku banyaaakkkkkkkkkk jerawat!!!!

weh!weh! ko ingat aku tak tensi tengok muka aku banyak jerawat??? tensi okeh...lagi2 tengok muka rang lain steady jek...pakai la apa jenis pencuci muka, muka tetap maintain..licin cam telur di kupas..huk huk!!


haaa...ni la muka aku dulu2...ni pon kira selamat lagi la ni...ada lagi teruk dari ni, tapi picca tak de plak dlm HD aku ni..so layan yang ni jek la yer..sebab ni jatuh no 2 muka paling teruk pernah aku alami...sadis okeh...

nak jumpa orang pon malu..nasib la my vitamin tu..cool jek..selalu bagi aku kata2 perangsang..tak pernah komplain muka aku teruk ke apa ke..dia diam jek..tapi sama2 tolong cari cara merawat masalah muka aku ni..tq yayang..lov yuh sangat!



ni pulak pic terbaru aku...alhamdulillah...sangat2 bersyukur akhirnya!!! muka aku kembali normal..walaupun masih belum pulih sepenuhnya tapi di kira tahap selamat..nak licin macam muka orang lain susah la kot...sebab tiap kali mens aku mesti akan kuar sebarang 2 3 butir jerawat manja..hiks!

ini produk yang aku pakai hungga kini...alhamdulillah berkesan..thanx pada eilapinky sebab dari blog kamu june jumpa SiL lyna punya produk...syukur!

ps:: sebenarnya kebosanan, nak update tak de idea..tapi nak jugak gatal isi cerita..layan jek...huhu

buka rumah!!

ollaa...

sabtu baru ni aku ada buat buka rumah...tak berapa buka la sebenarnya..hanya untuk teman2 rapat saja..nak undang reramai sape pulok nak memasaknya...

menu hari tu:

rendang ayam cara june ;D mudah saja ting! nanti resepi menyusul..
soto ayam = sepupu den masak
begedil = jenuh menggentel
pecal = orang johor tau punya, lagi2 orang jawa. ;p

air

blackcurrent

dessert

puding caremel
agar2 sirap biji selasih

gambar???ada....tapi masa belom siap jek, sesudah siap, terus lupa nak amik gambar..sebab kelam kabut. orang datang, aku masih dengan baju bangun tido, belum mandi..tak kan orang tengah sebok makan, aku dok terhegeh2 amik gambar..oberrr bebenor..malu ai...hiks!


bahan untuk rendang, sambal kicap, kuah pecal, banyak lagi bahan yang perlu tapi ini adalah bahan asas untuk masak apa saje...heheh
Sup ayam, tak de cili cili bagai ni..sup pakai rempah ratus dan sup bunjut.


nasi impit, ada mee hoon tapi gambar tak da, sebab mee hoon buat pagi2.


sayur mayur untuk pecal...azab nak merebus segala sayur tu okeh..jenuh! tapi bila dah siap, asik makan, makan, makan...sodappp!!!


bancuhan puding, nak sedap lemak2 letak la susu UHT..nyummy!


siap!! menjilat jari! nyum nyum!


then untuk membuatkan hubby aku tu, diam2 dan tak kacau aku memasak..aku bagi dia tugas menampal wall sticker yang aku beli..huhuhu..aku beli stock murah2 jek..kat pasar malam presint 2 sajor..huhuhu..ini hasilnya...

tara!!!!



di sudut pintu bilik depan...macam kanak2 riang kan???hahahha...


penambah seri rumah yang sangat dull!! bosan asik pandang putih jek...huhuhu...

sekian!