Friday, November 26, 2010

kisah suami isteri

salam..

aku pernah dengar orang cakap bila dah kawen lama2 pasangan kita akan ikut kegemaran kita sedikit demi sedikit, tak banyak sikit mesti ikut, sama ada suami ikut isteri atau isteri ikut suami.

dan rasanya yang menguatkan lagi kata-kata tu, ada sorang kakak ni, aku kenal baik dengan dia, hubby dia tak suka makan seafood, tapi kakak ni suka sangat sangat sangat makan seafood, specially ketam....dan itulah makanan yang suami dia paling elergi..tak boleh langsung nak makan, lama kelamaan dari dia suka, sudahnya dia pon tak boleh nak makan. teruslah tak suka.


c!! tidakkah ia menggiurkan???? huhuhu...

Macam sorang lagi ni pulak, gigi dia cantik, tak banyak rosak, tapi hubby dia ada masalah gigi kurang elok, masa muda memang semua baik2 belaka, tapi lama kelamaan dia juga punya masalah yang sama. apakah??? ngeri la pulak! ;p

tapi ada jugak 1 kes ni. si isteri suka sangat makan udang, hari2 ko bagi dia makan udang pon confirm dia sengeh2 dapat makan udang hari2. Suami pon penggemar udang sama macam isteri, tapi dek kerana isterinya suka sangat makan udang dia pon jadi tak lalu dah nak makan. tiap kali nampak udang terbayang muka bini, nak makan udang nampak bini, tak boleh nak makan dah, apatah lagi kalau bini dok sebelah. suami kopek, bini ngap!, suami kopek, bini ngap!, sambil makan penuh nikmat tanpa rasa bersalah si suami menjadi tukang kopek udang dan dia makan dengan berseleranya, tanpa sedar si suami langsung tak jamah pon udang yang di kopek tu. sweetkan si suami?? isteri nya? kejam! hahahhah...

bayangkan tembikai tu udang...nyummsss!!!!

ps:: si isteri makan udang tu aku lah! ;p suami suwit! aku? kejam! haha

pss:: ami bagi jugak kan dady? ;D

Thursday, November 25, 2010

kotex

opssss!!

jangan di salah sangka dengan tajuk itu yer...huhuhuh...

jumpa citer pasal kotex dekat blog pn liyana comel kita ni...Mrs.R::rebitputih, tertarik la pulok...so aku pon menjoinkan diri..meh tengok jom!

kotex dia comey2 tau.geram jek. aku ni memang pengguna kotex tapi bukanlah pengguna setia pon, aku suka cuba2 yang lain jugak, tapi kotex memang memenuhi kriteria aku, dar segi keselesaan, kesesuaian, kemudahan, senag citer sukalah. ;p

so that aku pon cuba menengok personaliti aku ni...aku ni orangnya cam ne...meh tengok personaliti aku meh **macam lah orang nak tau kan** huhu...




Miss perfect gitu...huhuhu poyo sungguh kenyataan perfect itu yer... ;p

sambil2 buat tu haruslah godeh2 apa isi dalam kan...aku suka bab2 download ni, ada menu download tool kit, sesapa yang guna outlook 2007 boleh download WOW email signature dia, tomel! aku cuma download wallpaper jek..suka!!! sebab??? PINK! dan meriah uuollsss ;p



owh! menatang pepel tu aku punya signature ehhh...huhuhu..

korang jugak boleh dapat free sample, yang penting haruslah sign in dulu kan...moh kita dapatkan sample kotex comel itu! cepat3x!

tengok ni kotex dia, cantik kan????nyomel nyerrhhhhhh!!!!



cantikkan?? cam sayang jek nak pakai.lekat kat dinding boleh tak??hahahha...

nak tahu lebih lanjut?? sila klik di sini KOTEX

ps:: bila tengok menda comel kalau boleh sume aku nak beli.huhuhu

Award! yeayy!!!

salam...

pagi pagi saya dah terharu **saya terussss katanya...hahahahha**

mendapat satu entry khas dari teman yang buat saya tersentuh hati gitu...awwwwww!! ** pelik bercakap saya saya ni**

dia seseorang yang aku rasa layak aku gelarkan teman, sebab??? hahahahha..aku memang semuanya nak bersebab kan? ;p

dia selalu menjadi pendengar terbaik untuk aku, apa saja. semua cerita boleh berkongsi, gosip, serius, hal ehwal kerja, masalah, meroyan, merajuk semua citer, tanpa jemu dia tetap dengar. kot dia jemu pon belum pernah dia tunjukkan pada aku, maka aku tetap jugak becok bercerita.huhuhuu...redha kekdahnyaaa...

aku dengan dia hanya berdua, dia ada aku, aku ada dia. kesian kan kami? kikikikiki dalam kelompok kami yang lain semuanya jantan, hanya kami berdua gadis **nak jugak gadis kannnnn...**

dia anugerahkan saya sesuatu yang indah.



comelkan??? sukaaaa!!!

buat pn.syg terima kasih....saya juga berterima kasih sebab sudi jadi teman saya!

semoga kamu dan En.Beh bahagia selamanya. Pesanan penaja kamu memang best! maka marilah kita berusaha bersama-sama hingga berjaya.gambate!!

meh kita tengok pn. syg dan En.Beh nya..



cutekan orangnya.hehehe...

and presenting urs truly dengan pn syg....urs truly haruslah ada kan...


sangat suka tengok hidung beliau...tecik n tomel! pn syg sila jangan kembang yerrr....hahahahha

ini pula adalah bukti hanya kami gadis ** gadis la kan selagi masih lom berbaby..hiks!** dalam department kami.huhuhuhu...


kanak2 riang dalam department aku.

Pn.syg terima kasih atas penghargaan itu yer.. terima kasih daun kali lenkali bagilah lagik..huhuh

Wednesday, November 24, 2010

Apa korang nak jadi?

salam..

pernah satu masa dulu ayah aku tanya soklan ni....masa tu kami 3 beradik melanguk tengok tv.

" ayah nak tanya, apa yang along, angah, adik nak jadi? fikir dulu baru jawab"

aku pon dok pikir....pikir punya pikir adik aku yang tengah jawab " kita nak jadi orang kaya, nak hidup senang, nak senangkan mak ayah"

" alhamdulillah..." jawab ayah aku.

" kita nak jadi orang" adik lelaki aku jawab. ayah aku cuma senyum.

" along?"

" kejap...tengah pikir lagik"

lepas beberapa minit, aku jawab " kita nak jadi manusia setidak tidaknya, kalaupun bukan menjadi insan, tapi kita nak jadi manusia"

then ayah aku elaborate soklan dia tu.

dalam hidup kita cuma ada 2 pilihan, baik dan buruk, benar dan salah, perbaiki atau musnahkan. Setiap apa yang berlaku dalam hidup hanya ada 2 pilihan, tak kira apa pun. setiap satunya mesti datang dengan 2 pilihan.

sumtimes simple question came with complex answer. think wisely, choose correctly. dont simply jump to assumption, pikir, pikir, pikir, kemudian baru jawab, baru bertindak. tiap tindakkan pasti akan berserta dengan implikasi, maka tiap langkah perlu seiring dengan akal fikiran. setiap soalan kadang kala tampak biasa, tapi penerima jawapan boleh membaca ciri2 diri kita. cara kita berfikir, sifat kita, seperti apakah kita ni, dan tiap jawapan kadang2 beri impak besar pada orang yang mendengar jawapan tu.

kerana itu dia tanya apa kami nak jadi. tiap jawapan benar, tiap jawapan betul tak salah cuma kurang tepat. . sebab?? kurang tepat mengikut kehendak ayah aku lah.

sebenarnya tiap jawapan menggambarkan macam mana kita berfikir. fikir dalam2 atau fikir yang di depan mata, melalui fakta, melalui padangan visual, fizikal.

contoh:

adik aku jawap nak jadi kaya, itu cita-cita. Ayah aku kata dia seorang yang melihat sesuatu perkara hanya pada visual sahaja, pada perkara yang fizikal, yang ada di depan mata, bukan apa terkandung di sebaliknya. orangnya berpandu pada fakta. dia berfikiran realistik, bukan pemikir.

adik aku kata nak jadi orang, jawapan yang hampir tepat, bermakna dia melihat kedalam apa soklan itu, cara dia berfikir berbeza dengan adik aku lagi 1. ** adik aku yg bungsu ni memang banyak fikir skit**

aku jawap manusia, betul but to be precise INSAN. masih tidak tepat sebenarnya tapi ayah aku cakap aku orangnya suka fikir jauh2 sebab tu aku selalu migrain.hahahhaha....

ini bukan soal aku pemikir adik aku tidak, tapi menunjukkan tiap orang itu punya pendapat yang berbeza, cara pemikiran yang tidak selari dengan kita. kehendak dan impian kita tak sama. semuanya tidak serupa, tapi stilllllll kita perlu fikir sebelum menjawab sebelum bertindak. people will jugde u.

ps:: hati2 nak jawab soklan bila tengah appraisal review dengan bos yer! dah hujung2 tahun dah ni. hahahhaha

Monday, November 22, 2010

bila harapan tinggi?

terbang dah tinggi melangit
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jatuh!!!!

sedih dan pedih.

Saturday, November 13, 2010

26 tahun

salam...

hari ini cukup usia aku 26 tahun.

Ya Allah, terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk terus hidup di atas bumi mu. Limpahilah aku dengan rahmat mu, jauhi aku sekeluarga dari segala bencana. Amin.

dalam tak sedar dah 26 tahun aku hidup sebagai seorang cucu, anak, kakak, sepupu, kawan, dan kini seorang isteri .

dari seorang ank kecil, menginjak remaja, kemuadian dewasa, bertemu jodoh dan berkahwin. Jauh sungguh perjalanan yang telah aku lalui. banyak manis, pahit di depan aku dulu telah aku tinggalkan di belakang, dan kini menjadi panduan aku hidup untuk masa hadapan. Insyallah...

semalam berdating dengan hubby, ingatkan makan2 biasa, ye lah gomen dah gajikan.hihik!
tapi tak kisahlah nak kemana pon, janji dating. ;p

time bersiap tanya dia " nak pakai baju comel ke biasa2" he said " comel la sikit"

pastu " nak make up?" he said " make up la...momel2 cikit" aku " ok bby"

dalam bersiap dah terpikir, ni mesti ada sumthing ni...


ini adalah edisi bersiap comel aku.hahak! dah comel la ni bagi aku. ;p


owh kesayagan hamba. ;D

bila dah sampai tempat di tuju, rupanya hubby dah siap2 buat reservation. dalam hati dah suka! hehehe..yey yey nak sambut bday! ;p ** owh! hubby bukan type romantik yer..jadi pasti aku sangat berbunga2 bila dia buat sumthing cam ni**


restoran d'tasik dekat Resident Hotel Uniten.

tempat cantik, makanan sedap! seyes suka! time tu aku dok tersenyum2 jek..hubby lagi la senyum sipu2.comel! ;p


owh! sekali lagi tayang kesayangan hamba.


yours truly..abaikan hidung kembang saya yer.hahahha


makanan dah sampai! sedaapppp!!!!

menu :

nasi putih
sotong goreng tepung ** yang rupa cam sarang burung tu..**
telur bungkus
kailan sos tiram
kerapu masak asam pedas thai
epal juice
watermelon juice

makan tetapppppp banyakkk..hahahah...

then dekat restoren tu ada live band. sokaaa!!!



he dedicate to me this song!



rasa nak nangis! sangat terharu...thanx so much sayang!

lagu ni masa kami tengah berkawan mula2, tak sangka dia masih ingat. dia telah menyentuh hati aku semalam. love!

rasa terkaku sekejap.

kemudian aku pilih lagu ini untuk kesayangan aku tu.



bukan sepenuhnya yer..sikit jek..




kerana terkejut, aku lupa terus nak amik video lagu dealova. bila turn aku baru lah ingat nak amik video.

apa pun semalam was a great bday celebration untuk aku.

untuk sayang. i love you so much!!!

ps:: kalau nak wat wedding kat situ memang sangat sesuai tau! too b2b pergilah survey! wink! wink!

Thursday, November 11, 2010

Resepi :: udang masak masam manis

wah!!!

tetiba datang mood nak update blog, tapi pasal makanan la yer..di sebabkan sekarang perut aku berdondang sayang minta di isi, padahal pepagi tadi dah isi nasi, tengah hari nasi lagik, sekarang mahu lagi isi. apalah yang dah jadi pada aku ni. makan makan makan.

Tak pe aku memang dalam usaha mengemukkan diri sikit dari berat yang telah 'menten; since aku form 4. dah seploh tahun berat aku masih macam tu jek, pernah jugak naik, tapi turun semula ke tahap tu, moga2 aku berjaya mencapai 55kg. hahahahha...tak agak2 target 55kg, padahal sekarang baru menjenguk angka 52kg, bilakah 55 tu akan muncul?

eh....merapu plak..sowi...

okeh kita layan resepi aku ni yer..kunun mulanya nak masak kari udang, or udang masak lemak cili padi, sudahnya jadi masam manis,tapi rasanya sedaaaapppp..lagilah kalau udang tu udang segar n guna udang baby lobster tuh.nyummmmsss!!


source: teratak ibu

Bahan-bahan (2-3 orang makan)

udang 6-7 ekor ** bby lobs**
bawang 1 labu - di hiris bulat2
cili boh/cili kisar
sos cili
sos tomato
sos tiram
sos cili thai linggams
garam
ajinomoto

bahan ditumbuk lumat.
bawang 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili padi 5-6 batang ** bagi yang nak pedas la**

cara memasak ::

tumis bahan yang telah di tumbuk lumat, bagi naik bau, masukkan cili boh 2 sudu, goreng sampai garing/pecah minyak, masukkan sos cili 2 sudu, sos tomato 1 sudu, sos tiram 1/2 sudu, sos thai linggams 1/2 sudu, campurkan sedikit air. Bila kuah sedikit menggelegak masukkan udang, gaul rata, jangan lupa masukkan garam dan pak aji. tunggu hingga pekat, kalu nak kuah biar berkuah sedikit, lagi sedap kalu kuah pekat.

Bila dah siap, makan dengan nasi panas, telur dadar/ telur bungkus. nyummmmssss! sangat!
cubalah.

ps:: hari2 pikir nak masak apa. poning den.hahah

Wednesday, November 10, 2010

ASMARA

erlow..

gara-gara cerita Asmara tv 3 aku gigih cari lagu dalam drama tu. cari2 punya cari, rupanya lagu Anggun, dah lama tak dengar suara dia jadi aku lupa dia pemilik suara yang besar. Aku mati2 ingat lelaki yang nyanyi lagu ni.hahahahha...ye la dalam tv dengar sikit2 jek kot..** nak jugak menangkan diri yang salah ;p**

lagu dia menusuk2 ke hati...lagi la bila seiring dengan cerita yang terpampang depan mata, haruslah terbawa emosi **aku kan emo telebey** hahak!

meh layan sikit lagu yang merobek jiwa aku kala ini.

Berganti Hati

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…




ps:: aku rasa sepanjang hari aku cuma dengar lagu ni jek. ;p

triplet!!

ollaaa....

sedang berbelogwalking, aku jumpa blog seorang mama yang mempunyai triplet! guys! its triplet!! teruja okeh aku!

sebok membaca belog mama kembar3 ni aku sungguh2 punya eksaited, bestnya ada kembar...3 plak tu. dan terhebat kembar semua lelaki. wah wah pastinya mereka ni wat aksi superhero, superman, batman, cicakman **cicakman??motip? hahah**


lihatlah aksi si kembar..bukan main bertiarap lagik dia atas 'papes' hahaha...

pastu hobi adalah mengemas rumah, jom kita kemas rumah jom!

fahmi :: jom tolong mama kemas rumah.
faris:: best jugak tu, sian mama penat.
fauzi:: nak tolong jugak!!! poji sayang mama jugak...

**dialog olah aku sendiri.hahahah

hasil kemas si triplet



kata mama kembar3/kak nani ini hobi si kembar.huhuhuh


dah! letih tolong mama kemas rumah, nak relax plak. ;p

adoyai...indahnya ciptaan Allah itu. kalaupun aku tak kenal si kembar ni, tapi tengok gambar, baca gelagat diorang dah dapat bayangkan kecohnya mereka ni.

buat mama kembar3/ kak nani, semoga fahmi, faris dan fauzi membesar menjadi anak yang soleh dan cerdik pandai ** hobi mereka baca buku dan gigit skali as a pakej kan?hihih**

**gambar semua dari blog mama kembar3.

Tuesday, November 9, 2010

Makan makan makan

salam uoollssss...

Deepabali hari tu aku balik kampung halaman terchenta, best wooooo.....rindu woooo....
acara penting balik JB ialah makan! haruslah kan...kat KL aku tak jumpa lagi yang sama macam kat Jb **eceh! padahal ko memang suka Jb, banyak je bagi alasan! ;p**

haruslah aku suka Jb kan..itukan kampung aku, mak ayah adik badik semua ada, kawan2, sedara mara, pokoknya semua deh! tempat jatuh lagikan di kenang ini kan pulak tempat tidur baring, jatuh cinta memadu asmara dengan si buah hati ku itu.ahaks!

owh, balik kali ni memang seronok, walaupun sekejapan cuma..tak best!

sesampainya aku kat Jb, lepas jumpa mak, terus tuju ke mamak rosmerah**siap nama okeh**, mamak tu adalah saksi cinta kami berdua. hahahah..dari berkawan, sampai bercinta, bertunang, sampai lah dah kawen, memang muka aku laki bini wajib kenal, even berbulan bulan tak nampak muka. malam tu layan rojak mee terbaikkkk..gila banyak..puas hati den!


seyes sedappp!!

esoknya pulak pergi kg senibong, dekat permas jaya. Aku nak makan nasi lemak kat sana. korang kalau pergi JB singgahlah makan di kg senibong, makan nasi lemak dia seyes korang nak lagik. Kedai tu boleh dikatakan 60% adalah cina, dorang stok makan nasi lemak kosong pon jadi. pon sedaaappppp!!!



dah berubah wajah, dulu tak semenggah jek, skang dah cantik dah...

inilah kedainya...Nasi Lemak Berlauk..macam2 ada...

gila sedap okeh!!
pastu dekat tepi2 tu dah ada gerai2 kecik..biasalah, dimana tempat ramai orang datang, mesti akan ada ambil peluang berniaga. Aku pon terrrrrrbeli menda comel ni...cute sangat!!!


crochet booties...comellll!!!


Hari sabtu pulak, ada kenduri pertunangan BFF aku, dan my hubby frens wedding. Maka haruslah makan makan makan lagik..

pagi sebelum tu sarapan jemput2 kentang, ummi buat yer, aku balik kampung adalah berehat2 sajork..kuang ajaq x?hahah..tolong kemas je la, masak mak or ummi je yang masak, aku tukang makan **ye la kalu balik kampung, tapi aku jugak masak tak best la kan** ;p











semua diatas adalah sepanjang majlis, aku tak capture semua, sebok berbual tak habis2. ;p kualiti gambar memang hampeh, HP kokak jek.. ;p tapi makanan adalah super sedap!

lauk ayam masak lemak cili padi,
soon goreng dgn udang,
asam pedas,
sambal belacan.
Air oren.
cakar ayam,
apam gebu comel. kecik coit. korang cuba tengok kat pic akhir tu, ade terselit sikit.hahah...

gambar sepasang sejoli, adalah bakal menamat zaman bujang awal tahun depan. mereka ini adalah BFF aku, jauh dimata dekat di hati. ;D

then pergi wedding hubby frens, juga merah putih.






malam tu, makannnnn lagik......gila makan jerk!
kami ke bubur sentosa pulak...







menu dia simple:
bubur putih
ikan bilis goreng dengan cili padi
kangkung belacan
telur masin
lobak masin, sambal udang kering,ikan masin,kacang

menu tambahan:
ikan bakar mabeles! leleh!!

penutup aktiviti makan. Esoknya bersarapan mee rebus.



tamat al kisah makan....

rasanya korang nak bagi penampar tak aku citer makan dari awal sampai akhir? hahahah..seyes beb...kalau balik JB ini la aktiviti wajib aku laki bini. makanan KL belum berjaya memikat tekak jawa aku **ehh??apa kena mengena jawa ek??**

Wednesday, November 3, 2010

gelagat si kecik

owh! si kecik yang nak aku kisahkan ni bukanlah kecik sekecik baby yer...dah besar gajah dah budaknya. dah sekolah darjah 1, tapi kerenah dia memang selalu unexpected! muka innocent jek tau.

meh tengok budak kecik nih!

yang bolat tu abang si kecik tunjuk peace tu yer. skang ni kesah pasal si penunjuk peace.

sat tadi mak si kecik ni called aku, saja berborak. citer2 pasal mak aku dah dapat kete baru..alhamdulillah..thanx so much cik ana! ** mak si kecik adalah makcik kesayangan aku!**

berbual punya bual termasuk citer si kecik ni. Mula citer pasal adik aku asyik tak nak sekolah, biasalah budak2 ni ada je akal dia kalau dia malas nak sekolah. sakit kaki, jari tercucuk jarum, jatuh, sakit perut, macam2 kot. ye la, ai pon selalu je buat temberang sakit perut masa zaman sekolah dulu. ;p!

pastu aku cakap lah :

aku::biasalah budak..adik tu pon cik ana,macam2 akal dia ada, pandai jek semunyik tak nak skolah punya pasal.kelakar kita tengok.
cik ana:: memang...ade je akal dia. baru2 ni dia buat hal, pergi cabut kelas. boleh tak??

aku dah kah kah kah kah....korang boleh tak bayangkan budak umur 7 tahun dah pandai cabut2 kelas ni. adeh!!! aku memang tak tercapai dek akal tau tak. nakal2 aku sekolah darjah 1, masih lagi takut nak mencabut kan diri, tapi tingkatan 1 pandai dah! hahahahh..

sebenarnya dia di masukkan kelas khas untuk belajar mengeja, bila dah pandai of cos kene pindah kelas normal, tapi dek kerana tak nak pergi kelas normal dia pergi lepak kat surau ramai2. ramai2 tu yang lagi aku tak tahan tu, kat surau lagi.

mak nyer apalagi... kasi piat la telinga dia...lagipun budak lelaki kan, nakalnya memang tak sama dengan budak perempuan. lagi2 bila ada geng, ligat je otak dia berputar. tapi as a parent tak kira kecik ke besar kena beritau perbuatan tu salah, kadang budak2 ni bukan dia paham pun..dia ingat dia tak salah.ye tak?

Tapi alhamdulillah bila time periksa, paper almost semua dapat A. bila tanya dia meniru ek??

" mama ni...pekse mana boleh tiru2...adik buat sendiri la".

bila budak cerdik, samada dia nerd, duduk diam2 baca buku atau dia aktif sebab otak dia sentiasa berkerja nak meneroka benda baru. bukan kata budak nerd ni tak suka teroka benda baru cuma diorang ni perangai lebih behave, tapi bukan pada budak yang aktif@hyperaktif ni, mereka ni memang selalu kena pantau dan sedikit tegas, supaya dia lebih memahami kenapa itu betul kenapa ini salah.

untuk adik...kak long harap adik jangan buat nakal2 lagi tau...pengsan mama nanti.

nah! hambek satu lagik si kecik nakal itu!


muka dia memang baik..sopan santun jek.adik adik..

ps::still guwe tak leh blah dia cabut kelas.adeh!! si gula2 hati saya ni.
pss::masa dia kecik dia sangat baik, bila besar dia banyak betul akal. ;p

Tuesday, November 2, 2010

manusia annoying!

bila ko rasa mengaku salah adalah perkara memalukan untuk di akui maka kau tu EGO!
bila ko rasa ko tetap betul padahal ko salah itu ko bodo sombong!
bila ko rasa ko lagi bagus dalam segala bidang yang ko masuk itu ko tunjuk bagus!
bila ko rasa semua bodoh cuma ko sorang yang pandai itu ko kaki bodek!
bila ko buat muka bagus depan aku aku rasa nak sepak2 jek.

ko tau tak orang yang di atas ni sangat annoying??
rasa kalau boleh lempang bagi sedar dah lama aku buat.

jangan simpan ego tu semata mata ko nak orang tunduk menyembah pada kaki
sesekali ko juga perlu tunduk tanda hormat pada orang lain
bila kau hormat orang, maka orang juga hormatkan ko
bila orang tegur dengar dulu baru ko jawab, jangan jawab je tanpa fikir, kadang boleh menjerat diri.
tak payah cakap kat semua orang tu semua ko yang buat, padahal orang lain sama2 je buat kerja tu, bukan ko sorang.
bila perlukan sesuatu ko pandai minta tolong, bila masa orang minta tolong ko cakap orang tu malas,konon ko buat semua sendiri tak pernah mintak tolong orang.
lagi satu boleh tak jangan tanya orang macam orang lain tak mampu buat itu ini, macam ko sorang jek mampu? kalau pon aku tak mampu, ko nak tolong? setakat tolong semak tak yah ok. lagi semak tengok muka ko.

tak paham aku!

ps:: aku emo plak ai ni. haha!

harga ucapan maaf

"saya mintak maaf"

"i'm sorry "

"forgive me"

"maafkan saya"

mudah tak?
mudah untuk diucapkan, mudah dilafazkan. senang. MAAF!

tapi orang yang ingin memaafkan tu? semudah orang yang meminta maaf ke?
"awak saya minta maaf"
"ye, saya maafkan"

nak minta maaf memang senang, tapi untuk memaafkan ada yang ambil masa seminit, ada pula yang ambil masa bertahun tahun. Kadang aku rasa ucapan maaf yang di minta murah, tapi mahalnya maaf yang hendak diberi.

ada sorang kawan aku ni, dia cakap;

" aku mungkin boleh lupakan tapi aku tak pernah maafkan, sampai satu masa nanti aku akan maafkan jugak tapi bukan sekarang"

selepas bertahun aku tanya lagi:

"ko dah maafkan?"
"belum"
"ko tak lupa lagi ke?"
"dah"
"tapi kenapa dah lupa tapi tak maafkan lagi?"
"sebab aku bukan pemaaf, nak mintak maaf memang senang tapi nak maafkan tak semudah ko minta maaf"

mahalnya harga sebuah kemaafan.

kadang kala dalam membuat satu perkara tanpa sedar kita dah pon sakitkan hati orang lain, mungkin mak ayah, adik akak, kekasih, suami/isteri, kawan2 dan dalam ke tidak sedaran itu kita leka menyakiti hati dia, dan dia yang menerima, menelan sakit tu. Tiap kali di tegur baru rasa bersalah, mulut pula mudah je ucap maaf, tak buat lagi, maaf, tak sengaja, tapi tidak ada kesedaran untuk berubah supaya perkara yang sama tak berulang. Kalau berulang lagi, sekali lagi maaf diunjur di hujung bibir.

Itu bagi kemungkinan kita tak sedar. macam mana pulak dengan sedar? kita sedar perbuatan kita itu akan menyakitkan hati orang. kita sedar perbuatan kita itu pasti ada impaknya. kita tahu benda tu tak sepatutnya berlaku.

Bagi aku kesalahan yang pertama adalah kerana khilaf, kemudian berulang kali kedua, mungkin tak sengaja, tapi kalau dah kali ketiga kesilapan serupa berulang adakah itu khilaf? adakah tak sengaja? fikirkanlah!

Kalaulah perbuatan itu kecil mungkin maaf tu mudah diperolehi, kalau perkara yang berlaku itu memang benar2 mengocak rasa sabar? apa mungkin ucapan maaf diterima dengan hati terbuka seperti selalu? semudah yang meminta maaf?

contoh perkara kecil :

adegan somi istri ber-sms.

somi :: abang balik lambat ok
istri:: ok, jangan lewat sangat, syg tgu abg blk mkn sama2
somi:: ok syg

pukul 10

istri:: syg da lpo, abg lewat ke?
somi:: aah, makan dulu, blk kang abg mkn syg msk
istri:: hurm..ok,jgn lwt sgt k

pukul 11

istri:: dah pukul 11.xblk lg?
somi:: kjp ek..nak blk dah

seterusnya istri tido kroh kroh...

bangun pagi somi mintak maaf sebab balik lewat. Istri merajuk, somi pujuk, mintak maaf, dah berbaik semula.

silap kecil yang boleh diberi maaf dengan seminit cuma.

contoh perkara besar?

aku tak nak bagi contoh, takut menggangu sensitiviti orang lain pulak, tapi aku pasti setiap kalian pernah menyimpan rasa marah yang sukar nak padamkan.

aku?? dulu ada, sangat2 marah, siap pakej benci lagi. Tapi percayalah hanya kerana satu ucapan maaf korang akan rasa beban di bahu tu hilang, sebab benci dan dendam tak bawa kemana, hanya rasa sakit je yang meghimpit. Tapi harga sebuah kemaafan tersangat mahal, tak semurah meminta maaf.

lets forgive and forget. mesti hidup korang peace!

bezakan? satu huruf yang sama, punya fungsi yang berbeza, bawa makna yang berlainan, perbandingan nilai yang jauh!

MAAF, antara mengharap sebuah kemaafan atau memberi kemaafan.

dah! penat seyes! jom dengar lagu ni ;D



ps:: layan jugak lagu ni. :D

Monday, November 1, 2010

Selamat Pengantin Baru-eila/xora/zaila

Tahniah buat Eila - Miss Eilaz, Xora - Dia Terima Nikahnya & Zaila - The zaila. Kalian bertiga memang cun melecun! ada ke orang kawen tak cun? ahaks! haruslah berseri2 muka tu kan. yang dicintai kini telah dimiliki. Bila hati gembira pasti naik ke muka, maka timbullah seri yang tak pernah terlihat...betul tak??. wah! memandai jek guwe. ;p!

tapi seyes korang memang cantiks! berseri2, lagi berseri selepas diijab kabulkan. cam ne perasaan? lega tak? best tak?

perasaan telah dimiliki oleh orang yang tersayang mesti indah kan? bila tengok video, gambar korang terasa semula perasaan ketika aku dimiliki oleh suami.

sedih tak? aku???? aku jangan cakap... sedih tok sah citer! bukan sebab tak gembira, tapi terlalu gembira, dan rasa sedih kini bukan lagi milik ibu ayah tapi milik suami. kadang rasa heran dengan perasaan tu, suka bila boifren telah menjadi suami, tapi sedih pulak bila dah kawen, ke emosi aku ni memang huru hara? korang rasa gitu tak para pengantin baru? hiks!

gembira?suka?senang hati?? itu memang dah tersangat pasti..kan? maunya tak gembira bila kasih yang disulam akhirnya termetrai jugak...bertahun memadu cinta akhirnya jadi milik hakiki insyallah..mudah2han yang dibina hari hingga ke tua hingga hujung nyawa.


tengok miss eila kita...ceria gitu!


ini pulak pn xora kita..pertama kali tengok xora! xora ko cun okeh!

Pernikahan Zaila & Zul from WIRAVISUALS on Vimeo.


untuk pn zaila, kita layan video yer...suka pink itu! sama la kita lalink! hiks!


apa pun selamat datang ke kelab isteri-isteri! hiks! nanti sila jadi gemok macam ini perempuan jujur yer! nawal, mak mertua ko cakap ko da gemok kan??

satu lagi! untuk korang bertiga ampun dipinta kerana aku tak dapat hadir ke majlis korang...nak sangat!!!!!!! tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan berlaku. Terima kasih sebab sudi mengundang..cepat2 kasi update yer! xora! ko memang pantas!tabik toing toing! :D

ps:: suka sangat tengok wajah berseri ketika sah menjadi milik suami!
pss:: gambar hasil ehsan dari FB yer...video dari wira. ;D