Thursday, August 27, 2009

entry tak ada tajuk

hurm..agak lama aku tak tulis apa apa dalam blogkan?
masa hati tengah sedih kemain hari-hari ada saja aku nak taip, tup-tup bila dah baik terus lupakan blog.he...tak lupa tapi busy sangat..aku perlu berpindah bilik, dari office atas ke office baru di ground floor, office yang sangat la sunyi dan tenang buatkan aku selalu menguap apatah lagi bulan-bulan puasa nih.he...

apa kes sekarang aku masih lagi kat office tak balik-balik??
tadi ada meeting, cakap pukul 5 tapi start pukul 5.30 cakap 20 minit je tapi jejak jugak 1 jam. keluar dari meeting room hujan mencurah2..hadoi...tepon kawan aku tanya dia dimana. bagai pucuk dicita ulam mendatang dia tengah beli makanan untuk berbuka puasa..hoyey!!jom kita kirim..:P. sambil menunggu aku blog hoping sana sini hilangkan bosan..lebih membuat bosan my vitamin tak ada dekat sini..dia balik kampung semalam..hurm..eceh! dah berbaik cepat je nak rindu tengah hati panas macam-macam cakap.adeh!!

nak kena ulas ke pasal hari tu??hari yang membuat aku luka bagai nak rak tu??
tak yah kot..cuma kesimpulannya aku memberi peluang lagi dan cuba perbaiki hati aku yang sebenarnya remuk redam mendam ni..huhuhu..hati masih suam-suam kuku..tapi kalu ikutkan sangat bahaya jugak.akukan dah selangkah menuju impian kami jadi kenapa aku harus beralah??anggap saja ini dugaan..dugaan atau sengaja mencar nahas?entah aku pun tak ada jawapan..yang pasti ini aku anggap dugaan sahaja..ok selamat berbuka semua..kawan aku dah pun balik dari bazaar...salam...

Friday, August 21, 2009

H1N1?






tajuk nak gempak, pix pun konon2 gempak jugak..huhuh.. konon nak ulas pasal H1N1 atau lagi gelamor selsema babi..wawawawa...
aku tahu sekarang makin meningkat tapi itu bukan cerita asalnya alasan kenapa aku memakai topeng itu..

nak tahu alasanya aku memakai topeng comel itu?

1. nak tutup jerawat aku yang semakin beriang ria diatas muka aku nih.
2. elakkan dari mereka dapat melihat betapa kembangnya hidung aku.
3. bilik banyak habuk aku asyik bersin tak hengat..menci!
4. ??? dah tak leh pikir dah..huhuh...

mari kita tengok pix untuk alasan 1 dan 2 ( aku memang gila glamor asyik nak tayang pic sendiri je, cam la lawa comel...layankan je la...)




itu dia si wajah jerawat dan hidung kembang..wawawawa...

juga pic alasan 3



sekumpulan habuk dan sampah**sebenarnya banyak agi kumpulan begini**




sampah yang aku dah letak dalam beg plastik** panggil cleaner tak datang2 nak suruh angkut**

owh ye..malam ni aku akan berangkat ke JB ku yang terchinta dengan kekasih hati..kami dah berbaik walaupun hati aku masih lagi suku baik ala-ala suam je hati aku ni..hehehe..tak pe lah ini dugaan sahaja.kalau ini aku mengaku kalah berkahwin lagi banyak dugaan mendatang.aku berdoa agar aku kuat dan cekal.

Esok dah puasa, malam kang dah boleh terawih, paginya dah bersahur..tetiba aku rasa sayu puasa kali ni tanpa insan tersayang aku..

Wednesday, August 19, 2009

si puisi tepi jalan

sejak kapan aku tak tahu yang pasti aku mula mengilai ini si puisitepijalan nukilan dari fynn jamal.satu lagi bait kata membuat aku terpana terpaku

" berhenti beri harapan palsu.
sakit, kau tahu?
perit. rasa kena tipu.

sakit macam waktu kau tahu kekasih kau sudah memadu kasih dengan pasangan baru, kawan2 baik kau ucap "dia main2 saja. cintanya untuk kau. tengok la"."

ye sesakit itu lah aku diwaktu ia berkata tiada apa cuma kawan tetapi sudah dipanggil sayang, apa itu??

" kenapa perlu bohong ikut sedap?
kenapa perlu biar orang mengharap?
kenapa perlu anggap kebenaran itu lebih membunuh dari bohong2 yang kau namakan putih?
kenapa perlu pandai2 bikin keputusan fakta mana yang akan buat orang lebih sedih? "
ini juga nukilan dia. indah bukan??

mungkin aku terlalu mengatakan indah kerana jiwa tengah luka, tapi kiranya aku tidak luka lama dulu aku masih mengatakan ia indah.

kadang cuba meluah kata tidak berjaya, lebih mudah mengutarakan dengan cara begini, lebih puas kerna aku juga selalu begitu. =P!

mesti terasa janggal sedang aku kata aku bukan wanita ayu, yang tidak pandai memujuk rayu tapi boleh pula nak berpuisi..hahahha..ada aku kesah??

Tuesday, August 18, 2009

bersama menyambut puasa

tarik tangan kamu, terbang terus ke langit bersama kamu sambil menjerit pada kamu: "engkau cukup tidak, sayang, kalau cuma yang ada cuma kita dua?"

aku jumpa quote ini dalam FB tri dari fynn.

sangat indah..terlalu indah bagi aku..aku tersentuh dengan ayat indah itu...

aku tahu dan sedar setiap hubungan pasti ada pasang dan surutnya, pasti ada badai menghempas pantai..aku tidak mengharap hubungan aku sentiasa indah cuma aku tak mahu dikotori...demand sangat ke aku??jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak,bukan takut bukan juga berani,cuma mungkin aku xcukup kuat untuk itu..jadi harus belajar menjadi kuat, beralah tak bererti kalahkan?

aku ini orangnya memang tidak memiliki sifat ayu yang pandai memujuk rayu bermaja gedik dengan kekasih hati tapi aku masih punya hati yang terlalu fragile untuk dilukai. ye aku tahu siapa saja fragile hatinya, apatah lagi hati seorang wanita.

bila hati berbicara terasa ingin mengakhiri, tapi bila akal mula bersuara aku merasakan sabar itu lebih baik dari mambuat keputusan terburu-buru.

kerana mengikut kata hati tanpa akal waras, semalam, aku menghilang. telefon tangan tertinggal dirumah, tiba waktu balik kerja kaki terus menekan pedal minyak menghala megikut arahan hati.dikental perasaan agar tidak tergugah dengan rasa kasihan pada kekasih hati, kejamkah?

waktu : 3.30 am

telefon berbunyi dalam raba tangan mencari, mata terbuka melihat nama punat hijau ditekan

" hello..baby awak pergi mana...satu P.... dady cari mamy tau..sampai hati..."

akukah yang sampai hati?hati dia pula bagaimana?
aku egokah?keras kepala?hati batu?buta hati?mati rasa?
ye dalam hati kecil aku sedih mendengar suaranya..dan juga sedih kenapa baru kini rasa takut kehilangan aku itu bertamu dihati dia.

aku dah berbaik semula dengan kekasih hati malah mahu pulang kekampung hari jumaat ini bersama2 menyambut puasa dikampung aku..tapi rasa palsu, kerana hati ini enggan memaafkan.

aku itu masih sayang padanya, malah sangat sayang padanya tapi kenapa hati ini masih lagi di satu sudut yang tidak mahu lari pergi.kecewa,sedih,pedih,marah,luka,apa saja rasa ia masih disitu dan kerana rasa itu kadang aku membuat tindakan diluar kawal otak yang baik..seperti apa yang berlaku semalam, aku hilang sehingga 1 am. =P! aku tidak kemana, yang pasti aku berada disatu tempat yang membuat aku sangat selesa dimana aku merasa masih ada yang ambil berat tentang aku walau mak aku jauh dimata.

oppss!! aku tahu tajuk entri langsung tak ada kena mengena..layankan je sape2 yang baca yer...

apa pun aku nak ucap salam ramadhan pada kalian...semoga bulan ramadhan memberi barakah pada kalian semua..dan doakan hati aku pulih segera dan otak ku kembali diparas normal.

Monday, August 17, 2009

kosong

aku tak tahu apa rasa ini
aku tak pasti apa ada dalam hati
aku tak ngerti apa isi minda

dibongkar tidak keluar
dikumbah masih tersisa
dikerah masih tegar disitu

pedih itu pasti
perih itu menjerut rasa
sedih itu menghuni rongga

apa kau tahu tentang hati
apa kau tahu tentang perasaan
apa kau tahu tentang cinta
apa kau tahu tentang sendu
apa kau tahu tentang luka

kau itu kosong
kau itu bolong
kau itu lohong

kau itu mati rasa
kau itu mati jiwa
kau itu mati segalanya

jika kau ada semua rasa itu pasti tidak kau lukai aku
jika kau ada semua rasa itu pasti tidak kau curangi aku
jika kau ada semua itu pasti kau setia seperti aku
seperti aku yang merasakan kau sudah cukup untuk mengisi ruang ruang kosong dalam hidupku
seperti aku yang merasakan kau adalah dahan yang kuat untuk aku berpegang tapi tenyata kau rapuh dengan ujian-Nya


aku tak minta dia jadi majnun yang mencintai lailanya,

aku tak minta dia jadi shah jehan membina taj mahal untuk mumtaznya,

aku juga tak minta dia menjadi tri yang mengagung fynnnya,
tri yang sayang pada fynn nya, yang aku fikir tiada lagi lelaki di zaman serba moden ini yang mencintai wanitanya sepenuh hati. pada tri dan fynn aku doa kalian bahagia selamanya..aku ni silent reader kalian berdua.

aku cuma berharap kau menjadi adam ku dan aku adalah hawa mu.

tuhan aku mohon berilah aku kekuatan.


jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Friday, August 14, 2009

salah aku kah?

boleh ke orang lain senang2 panggil orang yang kita sayang tu SAYANG?
salah ke kalau aku marah?
aku tak berhak tau ke siapa wanita itu?
aku ke yang tak open minded?
tak boleh ke kalau aku ingin tahu siapa dia?apa hubungan dia dengan kekasih ahti aku?kenapa mesti dia call malam2 buta?perlu ke dia pangil DEAR bagai pada kekasih hati aku?haruskah dia tanya 'u bubum ke dear?' pada orang yang aku sayang?siapa dia?

tak tahu apa rasa yang aku rasa sekarang.
sedih pedih luka semua rasa yang menyatakan tentang sakit itulah perasaan aku sekarang..
aku ke yang salah?aku tak layak bertanya ke?

kenapa bila rasa kasih dah diberi sepenuhnya mesti dikhianati?kenapa waktu kasih ku masih ada keraguan dia tidak membuat onar?kenapa setelah aku menaruh sepenuh percaya dia mula membuat aku curiga?haruskah aku anggap ini dugaan?

buntunya rasa, hati rasa sebu..

Wednesday, August 12, 2009

minda bicara karut

Bodoh itu dulu aku
Gila itu juga aku
Apa kau rasa kau bijak bila aku mengaku bodoh dan gila

Berbicara tiada suara
Berharap ada yang bisa ngerti apa yang disua
Gila kali kita bisa ngerti apa yang dikata tanpa nada

Itu dia hubungan bodoh yang aku jalani dulu
Bisu mengisi ruang polos antara kau dan aku
Menjunjung ego setinggi langit takut dibilang bacul mengaku cinta

Apa itu kau dan aku
Yang kini menangisi cerita dulu
kerna bodohnya kita
mengharap perngertian tanpa mahu kompromi

Hujah bengong membuat bengong
Kisah dangkal menjadi mengkal
Menuding tunjuk tanpa sedar empat yang lain membalik diri
Itu dia kau dan aku

Bodoh itu kau dan aku
Menjadi gila kerana singkat otak
Membuta mata mentuli telinga
Tertutup jiwa
Hati mati
Itulah kau dan aku dulu

Bodohkah kau mengata cinta
Atau aku yang bodoh mengaku cinta
Atau kita sama kerna bodoh dalam cinta

Tuesday, August 11, 2009

minda kosong tiada kisah

semalam aku menunggu,
menanti pasrah,
aku redha,

dimana?
mengapa?
lupakah?

tunggu lagi
masih lagi menanti
tidur terganggu
sedar celik berkali
masih lagi sepi

subuh
celik lagi
kosong

lupakah kau??
tak mengapa aku masih disini setia.

Monday, August 10, 2009

START UR DAY WITH SMILE

heheheheh....apakah??

hoyey!!
hurey!!
yippi!!
lalala!!

mesti kamu konfiuskan.apakah??

yer..aku dah sihat sekarang..alhamdullilah tiada lagi muscle pain!!yey!!
terima kasih nenek denah..sangat hargai pertolongan nenek..
macam mana boleh baik??
berurut...

apakah??
aku tahu aku muda, tapi aku masih lagi percaya dengan urutan mencari urat yang tersimpul lagi baik dari pergi jumpa doctor kena injection sampai bengkak bagai, cuma aku yang lambat bertindak..kenapa lambat padahal dah tahu??

1. aku sangat bz sampai tak boleh nak cuti ahad juga kerja jadi kuli.
2. anggap remeh
3. lebih percaya doctor ** sebab dekat umah je hospitalnya**
4. jauh ** aku pergi muar okeh**
5. konon rasa diri tu kuat untuk tahan sakit
6. tak mahu digelar manja n mengada2 sampai susahkan diri sendiri juga my vitamin.=P!

meh cerita sket perjalanan ke muar.
hari jumaat kerja macam biasa, balik kerja mandi2 tunggu my vitamin datang nak pergi pasar malam dekat precint 2 =P! sakit2 masih lagi nak berjalan.

dah siap makan dekat bulatan JPM tu ** official name aku xtau** aku pun balik rumah packing barang berangkat pergi dengan my bestfren ever..WAN.
my vitamin tak jadi ikut sebab sabtu kena stand by pulak..xbesh!!
sampai muar dah pukul 12 malam, then makan lagi kemuadian tidur, cakap pasal tidur wan pertama kali tengok aku tidur dan dia percaya betapa aku seksa untuk tidur selama 2 minggu itu.tidur dengan nyenyak ditemani nyamuk yang menyanyi di telinga, ahhh merdu** hangin je rasa tapi nak wat cam ne lagi dah nama pun kampung bukan putrajya flat tinggi 20 tingkat**

esok pagi2 dah bangun, pukul 9 memulakan misi ke rumah nenek denah.
apa 1st impression dia pada aku??aku dia ingat lelaki...huk huk!! malu wei...apa nak buat..nasib badan..dah TERRRgunting...huhuhuuhu...
urutan yang lembut bagai tak terasa..segala urat yang tersimpul dilurutkan,semua bengkak disusutkan.besh!!aku memang tak sekali nak berurut tanpa sebab, tapi nenek ni memang POWER!!

katanya urat aku ni dah tersimpul, salah satu sebabnya aku angkat benda berat2..mana taknya kalau PC aku dok angkut macam angkat beg laptop je kan.haih!!
urat besar aku dah bengkak,sebab tu aku rasa sakit sangat..alhamdullillah sekarang aku dah sihat dengan bantuan nenek denah dan dengan izin ALLAH..

untuk kalian diluar sana dan pada sesiapa yang membaca**kalau ada yang baca** aku just bagi 2cent la..pergilah berurut kalau korang tu ada salah tidur ke**bagi yang kritikal cam aku lah**, korang terseliuh ke, sakit2 badan ke,tak boleh sendawa ke, kentut ke, sebab hanya yang pakar je tahu apa yang perlu di lurut.kalau setakat nak urut saja2 bolehlah pergi SPA bagai, tapi kalau untuk kesihatan jumpalah dengan orang2 lama..sebab dekat SPA tu, diorang urut pakai tonyoh je..**mulut memang tak ada insurans aku ni =p!**

so sekarang aku boleh tidur dengan lena dan hari ni aku datang kerja dengan SENYUMAN..
kalian pula??

Thursday, August 6, 2009

cinta dan air mata

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.

Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,
" Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

credit to tipah

i'm speechless!

Wednesday, August 5, 2009

Surat Cuti Sakit

hoyey!!! 2 hari bercuti...
best ker?? sangat tak best okeh...kalau cuti tu kerana sihat best jugak ni cuti sebab sakit..rasanya dah semakin parah je aku ni..hari tu aku cakap nak pergi amik injection untuk release muscle pain aku...yes! i did it!! tapi malangnya ia tidak berkesan langsung pada aku.. =(

lepas injection perut aku rasa macam masuk angin jer..sebu semacam..balik kerja terus pergi rumah my vitamin ajak keluar makan, tapi tak leh makan pun. =(

masa nak balik rumah perut makin sakit,sampai nangis2..my vitamin???gila terkejut la dia tetiba je aku menangis, dengan kadar paling segera terus pergi hospital putrajaya **klinik sume tutp,lagipun hospital dah dekat maka terjah ke hospital je la**...punyalah ramai orang dekat rawatan kecemasan, tak boleh blah betul aku tengok.
perut aku dah macam nak putus urat dah rasanya.sakit yang amat. bila dapat masuk bilik Tiagre kena dok dalam 1 ruang menunggu lagi, adeh!!
sampai masa kena check up diorang bagi aku minum ubat untuk gastric ** ye, aku kena gastric pula ** aku tak suka ubat jenis cecair okeh...aku telan kemudian keluar balik.hoyey!! aku berjaya dapat renungan maut dari kakak misi..huhuhu..sowi...tak lama lepas tu dia bagi injection pula pada aku. adeh!! saya takut okeh! dah lah tengah hari kena injection, ni kena lagi??tak pelah aku redha je..hulur tangan, mulut kumat kamit baca bismillah, mata pejam rapat2..tetiba ubat dah masuk tangan rasa gatal2..yey!!aku elergic rupanya...macam2 hal betul. sudahnya kakak misi suruh aku baring dulu. aku dengan senang hati baring nasib baik elergic tu tak teruk, dalam 10 minit gatal2 tu hilang.

kakak misi dah tolong register nama untuk jumpa doctor, dengan senang hati keluar dari bilik tu duduk kat luar tunggu doctor panggil...masa menanti di luar pukul 3 pagi..dapat masuk jumpa doctor pukul 6.30 pagi..sangat seronok menunggu kan?? my vitamin siap nak mengamuk dah, kami boleh keluar pergi minum dulu dekat mamak, balik semula ke hospital tapi masih tak panggil2 lagi patient...Ya Allah..sabarlah hati...

gastric??ye mula2 dah ok tapi dia datang semula, disebabkan itu aku gagah juga menunggu walau dah subuh.tepat pukul 6.30 pagi

JUNAIDAH !! Sila masuk pintu A

aku dengan lenggang kangkung berjalan masuk pintu A, nampak doctor senyum2 melambai kearah aku...dalam hati geram je..tak pe sabar tu separuh dari iman...

dia soal2 itu dan ini...

rupa-rupanya kesan dari ubat untuk muscle release tu, menyebabkan aku gastric semula, sebab dah hampir 2 tahun aku tak kena gastric lagi..ubat tu punyai dos yang kuat dat y aku boleh kena gastric lagi..itu mengikut kata doktor lah..aku akur saja...

tiba-tiba ada pembantu perubatan lelaki datang pada aku dengan membawa 2 batang picagari..aku pandang muka dia n tanya..

" itu untuk saya ke??"
" Iyer..ini untuk awak"
" Kenapa sampai 2?"
" satu untuk gastric, satu lagi untuk release ur muscle"
" tapi dekat luar tadi dah cucuk dah"
" tapi sekarang dah sakit semula kan perut tuh? dan muscle awak masih sakit lagikan?"
" aah..dah sakit semula..muscle pun tak kurang pun sakitnya even dah amik injection siang tadi"
" ok sebab tu nak inject lagi.." aku pulak??hanya mampu angguk je la...tanpa rela hulur jugak tangan untuk dicucuk...

mula2 cucuk kanan..adeh!! sakit okeh..dia xjumpa aku punya vain..ubat masuk dekat tissue je...tangan bengkak...lagi satu ubat cucuk tangan belag kiri pulak, guna jarum untuk kanak2, dia cakap vain aku kecik sangat, okeh saya yang ikut perintah..hulur lagi tangan tanpa rela..sekali dia cucuk masih xmasuk lagi...dia tarik,dia cucuk, dia goyang2 jarum tu...aku??aku menangis lah..apalagi...sakit okeh...rasa nak sepak je dia tuh...sebab tu aku takut kena injection!!menci!!tangan aku berdarah2 bagai,ubat dah settle sume,panggil my vitamin ajak balik..dia pula sakit hati tengok tangan tunang dia bengkak kena cucuk.tak pelah...janji dah xsakit lagi..dia hantar aku balik umah, dia pun amik cuti separuh hari, mana larat nak pergi kerja lagi, semalaman dia tak tidur.

dan aku??sampai hari ni masih lagi tak sihat, masih lagi sakit, dah tak rupa orang dah ni...hurm..tangan??bengkak giler...kalaulah aku dapat cucuk balik orang tu kan bagus!huh!!

dan kerana sebab2 dan cerita2 diatas aku pun di anugerah Surat Cuti Sakit dari pihak Hospital Putrajaya bahagian KECEMASAN..bestkan

apakah???

Monday, August 3, 2009

Transformation???

hari ini keadaan masih lagi seperti hari sebelum2 ini, masih lagi merasakan muscle pain yang aku tak tahu bila nak hilang...perlu ke pergi amik injection??? scary... =(

opss!! cam lari tajuk lak..heheh
semalam aku telah melalui 1 transformasi eheks!!
sekejap aku bagi tengok apakah itu...















jeng jeng jeng...



ini sebelum di tranformasi..



dan setelah transformasi??













am i still cute??huhuh..




opsss!! jangan bagi komen dulu..
aku tahu mesti aku dah nampak cam tomboy.. =(
tapi masih cutekan??huhuhuh...
nasib baik My vitamin xkesah **sebenarnya kesah tapi selepas dipujuk dan alasan yang munasabah jadi dia setuju dalam paksa =P!**.

kenapa aku gunting???
sebab hair falls yang dah tak terkawal lagi.. =(
banyak sangat gugur sampai timbul rasa takut nanti aku botak..hahahha...
ye..aku tau tak masuk akal,tapi itulah alasan kenapa aku gunting rambut sampai kontot begitu...** aku tak moh botak okeh..saya masih muda lagi..keh keh keh **
aku sedang melakukan treatment untuk rambut sekarang dan bagi memudahkan penjagaan, aku gunting pendek supaya lebih mudah untuk aku maintain balik akar rambut aku yang melemah disamping senang nak sapu hair tonic supaya rambut aku tumbuh dengan suburnya dan lagi 1 aku tak perlu tengok rambut aku bersepah dekat lantai bilik air setiap kali lepas mandi and cuci rambut..it was scary okeh....hoyey!!rambut dah pendek.. ** sebenarnya sedih tengok rambut aku dipotong semalam..tapi muka maintain ceria je..rambut dah pendek sob sob**

and semalam my vitamin pakai kasut yang aku belikan untuk birthday dia ** aku suka..**..sangat suwitt...**pada akulah** masa ni kami tengah melepak sambil minum cendol tunggu my cute car kena basuh..aku rasa nak sula je montot burung yang melepaskan kotoran di pintu keta aku dari atas sampai bawah pintu keta...grrrr!!

okeh...ni kasut dia..chumilkan??



konon ni lah shots paling cute pada dia..




aku main snap jek..ikut suka hati den...





yer..itu kaki aku ** abaikan kehodohan kaki ku..dia berurat sebab dah penat berjalan**..my vitamin chumil dengan kasut, aku pakai flip flop je..** kasut aku dok dalam kete je...**

** quality pic harap maaf sebab amik pakai hp jer...camera??xbawa lak.. =P!

Saturday, August 1, 2009

terasa macam kuli..

=(

pepagi aku dah nak berblog..hari ini dah kena kerja, rasa sakit masih belum hilang semalam dah dapat MC tapi 1 hari je..aku tidur sepanjang hari tapi bangun pagi badan aku masih lagi sakit dan pagi ni nak pergi kerja moh kita tampal koyok (salonpas).adehh!!!

paling aku rasa parah gila, datang opis dapat tau hari ni dah mula nak setup 63 pc pulak..wa!!! haruslah isnin pergi klinik lagi amik mc sekali lagi, macam mana nak baik kalau baru muscle aku nak release dah kena kerah lagi???sakit okeh...

pergi klinik semalam semua dok pandang, ye..aku tahu aku jalan macam robot, kepala tak leh toleh kiri kanan, jalan tegak macam kayu dah lah aku ni kurus terus nampak mcm tiang bergerak. masuk bilik doc cakap muscle pain dah hampir 1 week, then doc cakap nak injection tak??aku lak muka terus pucat ( aku takut jarum) doc senyum je tengok muka aku, then " ok lah i bagi u pills untuk tidur, u rest hari ni jangan banyak bergerak" dalam hati dah hoyey!! dapat cuti..tapi satu hari je..doc...saya lupa nak bagitahu hari sabtu saya bekerja juga haris bagi 2 hari mc...=( huk huk!!
disebabkan dapat 1 hari je mc hari ni gagah jugak pergi kerja, tapi saya masih sakit okeh!!benci lah...

beginilah nasib diri ku yang oh tuhan....adehh!!